*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NAJIS DAN CARA-CARA MENYUCIKANNYA

Erti Najis: Sesuatu yang kotor lagi membatalkan sembahyang dan wajib 
orang-orang Islam membersihkannya.

Bahagian Najis:

a. Najis Berat (Mughallazah):  iaitu najis anjing, babi dan 
keturunan-keturunan yang lahir daripada kedua-duanya, atau salah satu 
daripada kedua-duanya dengan binatang-binatang lain.

b. Najis Ringan (Mukhaffafah):  iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang 
belum sampai umurnya 2 tahun, dan tidak makan sesuatu kecuali susu ibunya 
sahaja.

c. Najis Pertengahan (Mutawassitah):  iaitu semua najis-najis yang lain 
daripada segala najis yang mughallazah dan mukhaffafah seperti: segala jenis 
darah, kecuali hati dan limpa, bangkai-bangkai selain daripada bangkai 
manusia, ikan dan belalang. Segala jenis muntah, nanah, sesuatu yang keluar 
daripada dua jalan (kecuali mani), susu binatang yang haram dimakan 
dagingnya dan lain-lain lagi.


Cara-Cara Menyuci Najis:

a. Najis Mughallazah: Jika ada ain najis itu (bendanya), hendaklah 
dihilangkan benda itu dahulu, kemudian dibasuh tempat yang kena najis itu 7 
kali dengan air mutlak, salah satu daripadanya dengan air yang dicampurkan 
dengan tanah. Dan jika tidak ada ainnya, teruslah membasuhnya dengan tujuh 
kali yang tersebut.

b. Najis Mukhaffafah:  Jika ada ainnya, hendaklah dihilangkan dahulu, 
kemudian memadai dengan direnjiskan air pada tempat-tempat yang terkena 
najis itu, dan tidak dikehendaki membasuhnya.

c. Najis Mutawassitah: Jika ada ainya, hendaklah dihilangkan dahulu, 
kemudian memadai dibasuh tempat yang kena najis itu dengan menyiramkan air 
sekali lalu sahaja, tetapi disunatkan basuh dengan 3 kali jirus.

Peringatan:

Air tuak dan air perahan buah-buahan yang telah menjadi mabuk itu adalah 
najis, tetapi boleh menjadi suci, bila ia bertukar menjadi cuka dengan 
sendirinya.

Kulit-kulit bangkai, selain anjing babi dan pecahan dari kedua-duanya, boleh 
disucikan dengan disamak, iaitu dengan cara:

Membuang darah, lendir dan lemak-lemaknya, kemudian disapu dengan 
benda-benda yang boleh menghilangkan baunya, seperti kapur atau 
lain-lainnya. Kemudian memadai dibasuh dengan air yang suci sekali jirus 
sahaja.

Najis-Najis Yang Dimaafkan:

1. Bangkai-bangkai yang tidak mengalir darahnya, seperti nyamuk, lebah dan 
seumpamanya.
2. Najis-najis yang sedikit; seperti sedikit darah, sedikit muntah dan 
seumpamanya.
3. Najis-najis kecil yang sukar hendak dipelihara, seprtoi debu-debu najis 
di jalanraya, tahi burung yang sukar hendak dielakkan dan sebagainya.


Wallahuaklam



______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "H Rahman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke