*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah satu usaha yang murni dari muslimat.  Muslimin seharusnya
rasa malu terhadap usaha untuk mempertahankan seorang saudara yang baru
saja kemabli kepada Islam ini.  Janganlah kita biarkan dia lari sekali
lagi.  Kenapa saya katakan kembali?  Setiap manusia itu lahirnya dalam
fitrahnya beragama Islam.  Tetapi ibu-bapa yang mencorakkan dia menjadi
Islam, yahudi, majusi atau nasrani.  Alhamdulillah Aishah telah kembali
kepada Islam.  Marilah kita sambut dia dengan membantu beliau kembali
ke Malaysia terutama sekali Kelantan- Negeri Serambi Mekah (Ain - Bunut
Payung tu kat Kelantan ke?) .  Semoga keimanannya dan anak-anaknya
tetap terpelihara.

Nak tanya sikit Ain betul ke sumber-sumber yang saya dengar bahawa dua
orang anaknya tidak ke sekolah - yang perempuan tu.  Dengar-dengar
cerita hanya home schooling kerana mereka tidak mampu.  Sila sahkan.

Sebenarnya saya telah mendapat pengesahan tentang cerita beliau ini
dari seorang rakan di Kanada.  Kata beliau tempat dia tinggal tu memang
tak ada Melayu.

Ain, sila berikan alamat penuh anda atau Habibah kerana saya hanya
mampu menghantar cek, tak sempat nak ke bank.  p.s: Kalau nak kad raya
boleh juge!

Pabiyen Sitok - orang boyan sini


>  ---- Nor'ain Eusoff wrote: 
> > Assalamu'alaikum kepada semua rakan netters Hizbi sekelian (and
also my siberian friends), semoga anda semua berada dalam lingkuangan
RahmatNya.
> > 
Berikut saya kepilkan e-mail dari seorang sahabiah dari Muslimat Net yg
meminta saya forwardkan message ini.
> > 
Memandangkan kita semua memang takut jika saudara se-Islam kita
dimurtadkan, tapi dalam cerita "Aishah" ini agak berlainan sedikit. 
Dulu sebelum memeluk agama Islam, Aishah sebenarnya telah cuba
memurtadkan saudara kita dalam Islam, iaitu Sdr. Sham.  Instead, bukan
Sham yg diKristiankan, tetapi Aishah yg telah diIslamkan...
Alhamdulillah, berkat usaha Sham...(Tuan-tuan & Puan-puan sila ikuti
kisah selanjutnya dalam message dari rakan muslimat kita, Puan Salwani
Ali).
> > 
JIKA ADA ANTARA TUAN-TUAN & PUAN-PUAN yg BERMINAT nak sumbangkan derma,
untuk pengetahuan, kami di Muslimat Net telah "appoint" seorang
Akauntan
untuk menjadi pemegang Amanah tabung ini.  Berikkut saya berikan
butir-butirnya:
> > 
Nama Pemegang Akaun:    Cik Habibah binti Yahya, Akauntan di Yee Lee
Edible Oil S/B
Bank Islam Malaysia Berhad , A/C No 08-013-02-018720-0
> > 
Jadi.... sebagai "tukang forward", bagi pihak Muslimat besarlah harapan
saya jika ada antara Tuan-tuan & Puan-puan yg bermurah hati untuk
menderma bagi membolehkan Aishah berada di dalam kelompok kita,
InsyaAllah. Segala sumbangan tuan-tuan & puan-puan itu saya dahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.   Untuk pengetahuan, saya hanya
bertugas untuk memforwardkan saja message ini, ia adalah satu dari
projek Muslimat buat masa ini.   
> > 
Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi saya personally
melalui e-mail ataupun boleh juga diajukan pertanyaan kepada Puan
Salwani Ali sendiri.... e-mail address beliau ialah: 
[EMAIL PROTECTED]

 ATAU

terus kepada Pemegang Akaun, Cik Habibah sendiri di: 
[EMAIL PROTECTED]
> > 
Semoga usaha kita ini diberkati oleh Allah s.w.t.  InsyaAllah.
> > 
> > Wassalam
> > 
> > ==============================================================
> > 
> > KISAH AISHAH DIISLAMKAN...
> > 
> > -----Original Message-----
> > From:  "Undisclosed Sender"
> > Sent: 16 December, 1999 3:50 PM
> > To: 'Nor'ain Eusoff'
> > Subject: FW: H-Muslimat-Net* TABUNG DERMA untuk sahabat
> > 
> > 
> > Ain, boleh tak tolong forward ke hizbi net?  Tujuan kita hanya nak
> membantu
> > muallaf berhijrah ke
> > negara Islam.
> > 
> > 
> > 
> > -----Original Message-----
> > From:       SALWANI ALI 
> > Sent:       16 December 1999 15:29
> > Cc: [EMAIL PROTECTED]; <mailto:[EMAIL PROTECTED];>  'aishah'
> > Subject:    RE: H-Muslimat-Net* TABUNG DERMA untuk sahabat
> > 
Sis Aishah ini adalah rakyat Kanada.  Suaminya bernama Shamalisham
Sulaiman. Kedua-duanya berusia 31 tahun.  Sebelum berkahwin dnegan
Sham, Aishah sudah mempunyai 2 orang anak dengan suami terdahulu. 
Tujuan dia berkawan dengan Sham pada mulanya ialah untuk
mengkristiankan dia, tetapi perkara sebaliknya terjadi bila dia tak
nampak satupun kecacatan pada Islam.  Dia sekarang sedang mendalami
Islam melalui kuliah-kuliah yang diadakan ditempatnya, Sarnia, Ontario,
Kanada.
> > 
Aishah dari keluarga yang kurang care.  Ibu-bapanya tidak pernah
melawat
beliau begitu juga adik-beradiknya yang lain.  Bukan sebab dia Islam,
tetapi memang keluarganya bukan jenis caring.

Aishah sekarang sudah mempunyai 6 orang anak termasuk anak terdahulu.
Anaknya yang sulung Adam 14 tahun menjadi imam bagi remaja di
tempatnya.
Kedua Maryam.  Yasmin adalah anak sulung Sham.  Diikuti Najmi, Taslim
dan terbaru dah lupa namanya, lahir minggu lepas.  Kak Wani masih
simpan
gambar mereka anak-beranak kecuali Sham.
> > 
Suaminya kebetulannya adalah junior kak wani di Teknik Terengganu. 
Beliau mendapat pinjaman JPA untuk melanjutkan pelajaran ke Kanada. 
Batch-mate Shafinaz Saad.  Beliau fly kalau tak silap 1991.  Selepas
dua tahun kena pindah U, macam kita kat ITM le agaknya.  Di U baru
beliau tak dapat transfer kredit sebab tak cukup dan tak memenuhi
syarat U baru tersebut. Beliau terpaksa tukar kursus dari Civil
Engineering kepada Mining Engineering.  Of course terpaksa mula dari
awal.  Kerana dah lebih tempoh, JPA telah menamatkan pinjaman.  Beliau
belajar dengan dibantu oleh Aishah.


Setelah tamat pengajian dalam tahun 1997, sekali lagi JPA enggan
memberikan tiket pulang (mungkin kerana keluarganya yang besar)
> > 
Sham tidak mendapat pekerjaan yang sesuai dengan ijazahnya kerana
diskriminasi. Namanya pelik bagi orang Canada untuk menjadi seorang
eksekutif, agamanya juga pelik.  Lainlah kalau dia penghijrah yang dah
punya pengalaman bertahun-tahun bekerja.  Beliau bekerja di
departmental
store. Dengan anak 6 orang, tentulah gaji tersebut tidak mencukupi. 
Aishah cuba bekerja, tapi beliau terpaksa membuka tudung jika ingin
bekerja.  Sesuatu yang dia tak suka.  Beberapa kali dia bekerja dan
berhenti kerana rasa bersalah.  Akhirnya dia membuat perniagaan menjual
jubah.  Keuntungan cukup untuk menampung perbelanjaan harian.  Oleh
kerana mereka berada di bawah paras kemiskinan, mereka menyewa di rumah
kerajaan dengan kadar 30% dari pendapatan.
> > 
Komuniti Islam di tempatnya kurang memberikan perhatian.  Mereka
kebanyakannya berpuak-puak.  Arab dengan Arab dan Pakistan dengan
Pakistan. Di sana tak ada keluarga Melayu kecuali pelajar.
> > 
Aishah terlalu ingin pulang ke Malaysia.  Dia ingin dilingkungi
keluarga
dan orang Islam.  Dia risau untuk membesarkan anak-anak dalam komuniti
yang bukan Islam.  Dia ingin mempelajari Islam betul-betul.  Dia tahu
 kebanyakan cerita dari sini.  Masa election sibuk dia tanya kak wani
pasal election, keputusan dsb.  Dia turut memberikan komen yang kelakar
as if dia ni memang one of us - orang Melayu.
> > 
Beberapa orang dari kami sudahpun menghantar pakaian raya untuk anak
 beliau. Ada yang masih belum dipos.  Next week Faridah akan poskan
tudung, Ain akan poskan baju Adam.
> > 
Kami cuba bertanya pada Baitul Mal Selangor dan Wilayah.  Kedua-duanya
memberikan jawapan hanya untuk anak negeri mereka saja.  NEXT TIME
JANGAN BAYAR ZAKAT KAT WILAYAH - BAYAR KAT NEGERI KITA SENDIRI. Kami
minta kakak Sham meminta dari Baitul Mal Kelantan atau dari ADUN Bunut
Payung atau dariMP Kota Bharu, tapi beliau malu.  Dalamasa dua tahun
keluarga mereka telah berjaya mengumpulkan >RM10K.  Mereka memerlukan
6000 wang Kanada untuk tambang kapal terbang.  Tahun lepas C6000 =
RM13,500, tapi sekarang selepas pilihanraya, kadar tu dah naik.

Jika kita membantu mereka kita sebenarnya membantu seorang muallaf
untuk
berhijrah ke negara Islam.  Kita seperti Ansar yang membantu
penghijrahan Muhajirin.  Tidakkah kita tergerak untuk turut serta? 
Mahukah kita melihatmereka kembali kepada agama asal?  Mahukah kita
melihat anak kepada Shamalisham membesar dalam budaya hidup orang-orang
kafir?  Dia saudara kita, saudara seislam kita, dia melayu macam kita,
tapi kerana tiada usaha kita untuk membawa mereka ke sini, mereka akan
terus dibuli disana. 

Bersedekahlah - kerana sedekah itu membersihkan harta.  Bagi orang
sekitar Kajang dan Bangi yang nak menderma boleh bagi personally pada
kak wani, nanti kak wani akan masukkan sekali semuanya ke akaun Bib.  

Sekian.
Salwani Ali 
8262020 samb 4035



[EMAIL PROTECTED] wrote:
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
<  Sila hantarkan mel anda ke [EMAIL PROTECTED]         >
<  Hizbi-Muslimat-Net : Membina Muslimat Pembangun Ummah >
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum wr wbt rakam muslimah

Semoga semuanya berada dalam rahmat Allah disamping menunaikan ibadah
puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Masihkah sahabat2 ingat dengan kisah Sis Aishah Abdullah dari Kanada??

Well, demi untuk membantu sahabat seIslam berhijrah.. kami sudah
berpakat untuk melancarkan Tabung Derma ini.. dan ingin memohon derma
ikhlas daripada sahabat2 semua yang sama2 berada di muslimat-net ini.

Untuk pengetahuan semua, wang yang dikumpul oleh keluarga suaminya di
M’sia masih belum cukup [abt few thousand Rm lagi..] untuk membawa Sis
Aishah dan keluarga pulang ke M’sia.

Jadi besarlah harapan Bib agar sahabat2 di sini dapat menghulur sedikit
derma demi kemaslahatan sebuah keluarga muslim...

Okaylah, tak reti nak bermadah2.. jadi mana2 sahabat yg hendak menderma
bolehlah BANK-IN kan ke akaun saya [ Pemegang Amanah Tak Rasmi... ;)) ]

Habibah binti Yahya
Bank Islam Malaysia Berhad , A/C No 08-013-02-018720-0

Dermalah dengan seikhlas hati. Kemurahan hati sahabat semua, hanya
Allah yang mampu membalasnya. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita.
Wassalam.

...........................
CIK HABIBAH YAHYA
ACCOUNTS EXECUTIVE, YEE LEE EDIBLE OILS SDN BHD
05-5451055 ext 275

> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hati yang beriman dan bertaqwa serta akal
berisi ilmu dan pengetahuan
terpancar diwajahnya kejernihan dan cahaya
Barangsiapa melihat wajahnya,
akan terbongkar rasa berTuhan


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke