Title: RESEPI KEK PERMAISURI BUAH-BUAHAN...... KHAS UNTUK SEMUA

Salam buat semua,

Resipi kek permaisuri ini saya telah hantar ke Muslimat Net & telahpun tersiar.  Namun, elok juga saya forwardkan kepada Hizbi-netters, kot-kot boleh print & suruh isteri masing-masing cuba buat.  Saya guarantee kek ni memang sedap dan rasa-rasanya tak sempat Raya lagi dah "licin"! 

Kek Permaisuri inilah yg telah saya kirimkan kepada bakal mertua saya & mereka terus beri lampu hijau pada bakal husband saya supaya cepat-cepat meminang..     Hehehhehe..... kiranya kek ni "kek penambat hati bakal mertua".....  Gurau ajelah!!   OK, saya perturunkan resepinya seperti berikut:

Bahan-bahannya:

1 tin butter yg diberi nama "Churn" made in New Zealand   Butter ni rupa tin dia keemasan dan biru, harga lebih kurang RM4.50 - 5.00.

1 tin gula halus (untuk menyukat gula & tepung, kita MESTI GUNAKAN tin butter ini juga, jangan guna penyukat yg lain.
2 tin tepung kek naik sendiri
9 biji telur (yg dipukul hingga gebu segebu-gebunya)
1 kotak buah-buahan campuran (kotak warna merah tu apa nama? "Sun Maid" kalau tak silap la)
Jangan lupa kertas kek yg kecik-kecik tu - about 100 (satu adunan ni boleh dapat more than 100 biji, you know!)
1 kotak kecil manik gula yg warna-warni tu untuk hiasan
1 sudu kecil perasa vanilla
½ cawan gula hangus - cara nak buat gula hangusnya ialah dengan menggunakan setengah cawan gula dan setengah cawan susu cair Ideal.  (nak buat gula hangus ni memang susah tau, sebab dibuat dengan susu cair)

Jangan lupa gunakan petitin kek untuk buat "cup cake"  (kalau tak guna petitin kek macam ni, nanti macam mana kek kita nak naik dengan cantik...  kembang macam bunga kantan pulak!)

Tips & Pantang Larang untuk membuat kek permaisuri ni.....

****Tepung kek naik sendiri tu hendaklah terlebih dahulu diayak beberapa kali setelah disukat.  Ini amat penting kerana the more kita ayak tepung tu, lebih ringanlah jadinya, dan kek kita akan naik gebu macam tuan yg buat tu lah (kalau tuannya kurus, tak tahulah, kan?  Hehehe.. gurau sikit!)******

*****Buah-buahan tu kalau boleh jemur dulu untuk memastikan ia kering & ringan, kemudian taburkan sedikit tepung, agar ia tidak bercantum-cantum***

*****Gula hangus tu JANGAN buat awal-awal, takut ia terlalu sejuk.  Gula hangus yg baik ia tak beku setelah sejuk, namun jangan pula ia terlalu panas bila hendak dicampurkan dengan adunan nanti***

*****Kacau/pukul mentega dengan gula tu satu hala aje... jangan kejap hala kiri, kejap hala kanan....dan lagi satu, masa nak taruh tepung dalam adunan, balik-balikkan ia agar ia jadi ringan dan bila naik nanti dia tak turun balik/kek tak jadi lesut****

Ingat pesan mak guru, OK?

Cara-caranya:

1.      Mula-mula, seperti biasa, kita pukul hingga kembang (sekarang ni kita pakai mesin aje) butter dengan gula.

2.      Masukkan telur satu persatu atau sedikit demi sedikit  - telur tu mestilah telah digebukan (fluffy) terlebih dahulu.

3.      Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan balik-balikkan .

4.      Masukkan buah-buahan kering tu dan pastikan buah-buahan tu tak mendap ke bawah adunan itu.

5.      Masukkan vanila beserta gula hangus tadi.

6.      Gunakan sudu kecil untuk memasukkan adunan itu dan make sure jangan terlalu penuh, sebab kek ni kalau naik      nanti tak cantiklah melempah pulak kek melebihi sarung kek tu!

7.      Taburkan manik-manik gula yg berwarna-wani sebagai hiasan.  Manik-manik gula ni kadang-kadang akan jadi         kembang dan tak berapa menonjol sangat.  Tapi warnanya tetap cantik. 

8.      Bakar dalam oven yg tidak terlalu panas.    Kalau panas sangat, kek akan cepat naik tapi lesut mendadak/jadi    hangus pun ya jugak!

Perlu saya ingatkan bahawa kek ni adunannya terlalu ringan dan nampak macam agak cair.  Tapi, don't worry.  Jangan pandai-pandai pergi tambah lagi tepung...  aduh... nanti kek tu jadi berat & keras.  Ia akan jadi kurang gebu.

SELAMAT MENCUBA BUAT RAKAN-RAKAN MUSLIMAT SEMUA!

Wassalam

AIN

Kirim email ke