*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum warahmatullah, Salah satu cara melengkapkan kekurangan dalam menjalani ibadah puasa ialah perbanyakan perkara sunat dalam berpuasa. Disunatkan kita melakukan perkara-perkara berikut: 1. Makan sahur walaupun sedikit seperti kadar seteguk air dan sunat melambatkan makan sahur. Dalil: i.Bersahurlah kamu kerana sahur membawa keberkatan. (Riwayat Bukhari dan Muslim) ii. Bersahur membawa berkat, oleh itu jangan kamu biarkan walaupun sesiapa daripada kamu bersahur dengan seteguk air, sesungguhnya Allah dan malaikatNya sentiasa berdoa untuk orang yang bersahur. (Hadith riwayat Imam Ahmad--hadith dhaif) 2. Bersegera berbuka puasa apabila yakin matahari telah terbenam dan sebelum menunaikan solat. Dalil: i. Sentiasa mendapat kebaikan selama mana mereka bersegera berbuka puasa. (Muttafaq 'alaih dari Sahal bin Said diriwayatkan oleh Imam AHmad dan At-tirmidzi) 3. Berdoa selepas berbuka puasa dengan doa ma'thur. Juga disunatkan berdoa kerana doa orang yang sedang berpuasa tidak ditolak berdasarkan sebuah hadith: Bagi orang yang berpuasa ketika berbuka dikurniakan satu doa yang tidak ditolak. (Riwayat Ibn Majah daripada Abdullah bin Amr) 4. Sunat memberi makanan kepada orang yang berpuasa walaupun sebiji kurma atau segelas air. Yang paling baik ialah memberi makanan yang mengenyangkan. Dalil: Sesiapa yang memberi makanan kepada orang yang berpuasa, akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya. (Riwayat At-Tirmidzi dan dianggap sahih) 5. Dll yang tidak berkesempatan utk menaip di sini. Wallahua'lam Rujukan: Al-Fiqh Islami wal adillatuhu Al-Juz At-thani, Dr. Wahbah Az-ZUhaili. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Dr. Tanpa Nama 98" <[EMAIL PROTECTED]>