*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bila masa pulak..Tan Sri Musa ni...ada title Dr.

----- Original Message -----
From: Abdullah Zubair <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Saturday, December 18, 1999 6:52 PM
Subject: H-Net* Kementerian Pendidikan: Yang Tersurat & Tersirat



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sumber: Reformasi Pendidikan Negara
(http://members.xoom.com/boikot_mm/)

Kementerian Pendidikan: Yang Tersurat & Tersirat

MENTERI : Profesor Tan Sri Dr. Musa Mohamad
TIMBALAN MENTERI : Dato' Abdul Aziz Shamsuddin
SETIAUSAHA PARLIMEN  : Profesor Madya Dato'  Mahadhir
Mohd Khir

Pengenalan
Telah menjadi perbualan umum, salah satu sektor utama
pendokong dan penyokong serta penggerak GERAKAN
REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF adalah terdiri dari
golongan PENDIDIK. Samada di peringkat Sekolah Rendah,
Menengah mahupun di peringkat Institusi Pengajian
Tinggi. Golongan Pensyarah,  Mahasiswa, Guru dan
Pelajar adalah watak - watak penting, yang menjadi
tenaga utama dalam pilihanraya ke 10 yang baru lalu.
Cara mana kumpulan ini bergerak, mengatur strategi,
perang saraf, berkomunikasi, bermesyuarat, membuat
pelan tindakan dan bertindak banyak bergantung kepada
kebijaksanaan dan kepakaran  masing-masing.

Realitinya, tidak ada satu badan yang khusus yang
mengorganisasikan sektor ini. Ini yang membenggangkan
Mahathir dan kuncu kuncunya kerana sukar untuk
bertindak. Syabas kepada para pensyarah, pegawai dan
kakitangan Universiti, mahasiswa,  pendidik dan
pelajar sekalian. Tugas dan tanggungjawab yang telah
dilakukan amat berjaya dan berkesan sekali.

Post Mortem pilihanraya ke-10 masih dijalankan oleh
semua pihak, sama ada Barisan Nasional mahupun Barisan
Alternatif, bagi mencari punca kepada kekalahan
ataupun kemenangan. Hasilnya satu pelan tindakan, yang
sama ada konkrit atau tidak, akan dikemukakan untuk
tindakan selanjutnya, bagi menghadapi pilihanraya
ke-11, pada tahun 2004 yang tidak berapa lama lagi.

Mahathir berjaya mengesan salah satu segmen terpenting
yang telah berjaya melemahkan BN, khusunya UMNO,
iaitu, sebaik saja pilihanraya selesai, malah sebelum
pilihanraya diadakan lagi, ialah cabang PENDIDIKAN.

Tumpuan utama dan khusus mesti diberikan segera. Ini
kerana komponen PENDIDIKAN mengandungi kumpulan
pengkaji, perancang, pakar perang saraf, pemikir,
penggempur dan strategis yang terdiri daripada para
pensyarah guru , mahasiswa dan pelajar. Ia  juga
mengandungi kumpulan pengundi yang terbesar, iaitu,
belia dan remaja sama ada di Institusi pengajian
tinggi atau pun pelajar di sekolah menengah yang
berada di tingkatan 4 dan 5 [ yang bakal menjadi
pengundi-pengundi baru, pada pilihanraya ke-11 nanti ]


Dalam keadaan sekarang ini, di mana UMNO telah
kehilangan sejumlah besar ahlinya, dianggarkan oleh
setengah-tengah pihak sehingga 2/3 [ 2 per 3 ]
daripadanya dari jumlah  " 2.78 juta " orang [ seperti
yang didakwa oleh Setiausaha Agungnya yang baru Tan
Sri Khalil Yaakub ]  telah MENINGGALKAN UMNO.
Daripada 2/3 yang keluar itu, ½ daripadanya telah
menyeberangi PAS manakala ½ lagi telah mengisi borang
KeADILan. Jadi kekuatan sebenar UMNO tinggal 1/3
daripada " 2.78 juta " itu.

Angka " 2.78 juta " itu pun sebenarnya angka yang
telah dimanipulasi, iaitu termasuk di dalamnya, ahli
yang telah meninggal dunia, ahli di bawah umur  yang
didaftarkan oleh ibu bapa yang menjadi ahli UMNO, ahli
yang telah keluar parti tetapi masih dalam senarai
ahli parti, contohnya, Sdr. YB En. Mohd Azmin Ali,
ADUN Hulu Kelang dan lain-lain lagi.

UMNO perlu dan MESTI menggantikan ahlinya yang telah
keluar parti dan  yang masih ada dalam parti [ yang
menjadi  mata dan telinga kepada BARISAN ALTERNATIF ]
sebelum tahun 2004.

Untuk itu, bekalan tambahan ahli UMNO  hanya dapat
diperolehi daripada sumber pasaran baru, iaitu,
pelajar-pelajar di peringkat sekolah Menengah hatta
peringkat sekolah rendah.  Golongan lepas sekolah, 18
tahun ke atas dan remaja serta dewasa sudah memasuki
kem BARISAN ALTERNATIF. Yang masih kekal bersama UMNO
ialah golongan tua dan veteran, yang berusia 50 tahun
ke atas, dan sebahagian besarnya terdiri dari golongan
pencen 55 tahun ke atas. Pada usia begini umur sudah
tak panjang lagi. Sekali atau dua kali pilihanraya
lagi, mereka ini akan "pergi", siapa lagi yang akan
menjadi ahli UMNO dan menyokong perjuangannya.

Tidak mungkin UMNO akan membuka keahliannya kepada
kaum Cina dan India ataupun pendatang asing
Bangladesh, Thailand,  Filipina, atau Burma. Walaupun
diketahui umum, mengikut maklumat yang disalurkan oleh
Pemantau, BUDI, atau dalam Internet, pengundi -
pengundi hantu yang telah "MEMENANGKAN " UMNO dan BN
adalah terdiri dari orang - orang BANGLADESH,
THAILAND, FILIPINA DAN BURMA selain dari sokongan
orang-orang CINA dan INDIA.

Kemungkinan juga, untuk menglobalisasikan UMNO, bagi
mengganti orang- orang Melayu yang telah keluar
daripadanya, UMNO perlu dibuka kepada semua bangsa di
dunia. Dengan itu, cawangan-cawangan UMNO di luar
negeri dapat dibuka di seluruh dunia dan tidak terhad
kepada Kelab-kelab UMNO di Britain, USA, Australia,
Kaherah dll sahaja .

Ini telah dilakukan di Sabah, di mana semua kaum
Bumiputra berhak dan layak menjadi ahli UMNO, sama ada
dari kaum Dusun Kadazan, Bajau. Murut, Melanau, Iban
dll. Di Kelantan, Kedah dan Perlis, kaum berbangsa
Thai telah diterima oleh UMNO Mahathir. Parti UMNO
"United Malay National Organisation " sudah dibuka
oleh Mahathir untuk kaum-kaum Bumiputra lain dan tidak
terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.  Mungkin
cadangan di atas tidak pelik untuk dibuat oleh
Mahathir, kerana, dengan semangat  "MALAYSIA BOLEH "
sudah tidak ada yang tidak boleh didunia ini. Semuanya
boleh.

Hanya dengan itu, UMNO akan terus hidup di atas muka
bumi ini.
Jadi untuk menghadapi KEPUPUSAN ahli-ahlinya, cadangan
yang dirasakan relevan adalah dengan  menurunkan
syarat umur untuk menjadi ahli kepada 16 tahun [
tingkatan 4 ]  akan dibuat semula dalam Perhimpunan
Agung UMNO yang akan diadakan dalam bulan April 2000
nanti. Cadangan itu telah dibuat oleh Naib Presiden
UMNO " 241 " Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berapa
lama dulu.

Selaras dengan itu, tengoklah kalau tak percaya, had
umur mengundi juga akan diturunkan kepada 16, 17 atau
18 tahun [ selaras dengan tuntutan BARISAN ALTERNATIF
].

Perubahan yang dilakukan oleh Mahathir, menunjukkan
beliau merupakan seorang ahli politik yang cekap,
licik dan masih bergeliga serta cepat bertindak.

Belum pernah berlaku dalam sejarah, seorang yang tidak
mempunyai pengaruh,  bukan tokoh politik apatah lagi
bukan ahli parlimen dilantik menjawat jawatan kanan
dalam kabinet, sebagai MENTERI PENDIDIKAN. Pada zaman
Mahathir semuanya boleh. Demi KUASA, PANGKAT, HARTA
dan KEDUDUKAN, semuanya boleh. MALAYSIA BOLEH. Politik
menghalalkan cara.

Berbalik kepada perlantikan Tan Sri Dr. Musa Mohamad,
Dato' Aziz Shamsuddin dan  Profesor Dato' Mahadhir
Mohd Khir, kita perlu melihat dari dua sudut iaitu,
Positif dan Negatifnya.

Bilamana kita melihat dari sudut yang baik, atau
positif, saya sendiri mengalu - alukan perlantikan
Prof. Tan Sri Dr. Musa Mohamad sebagai Menteri
Pendidikan. Ianya sebenarnya sudah terlambat.
Sepatutnya dari dahulu lagi, sebaik saja Malaysia
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, usaha mengisi
kemerdekaan dan membangunkan negara dipikul oleh orang
yang ahli dalam bidangnya dan berkelayakan serta
mempunyai pengetahuan dan kemahiran. Ianya bukan saja
terhad di bidang pendiidkan. Seharusnya merangkumi
semua bidang, sama ada agama, pertanian, perumahan,
ekonomi, kewangan, pertahanan, belia, sukan,
kebudayaan, masyarakat, sains, teknologi, alam
sekitar, tenaga, telekomunikasi dan lain-lain.

Apa yang diamalkan selama ini, kebanyakan menteri
menyandang jawatan yang tidak berkaitan dengan
kemahiran dan kepakarannya. Hakikatnya, kita belum
MERDEKA dalam erti kata yang sebenarnya. Semua menteri
menjadi tukang angguk dan "yes man" kepada penjajah
baru, iaitu MAHATHIR dengan fahaman MAHATHIRISMEnya.

Telah menjadi adat manusia, prejudis orang tidak dapat
dihalang. Jika dilihat dari sudut negatif, ternampak,
ini adalah antara usaha terdesak Mahathir untuk
menyelamatkan takhtanya dan mempastikan jawatan
PERDANA MENTERI dapat dipegang hingga ke akhir hayat.


Ini adalah sangat sesuai dengan kenyataan akhbar oleh
beliau, kononnya, ini adalah penggal terakhir beliau
berkhidmat untuk rakyat sebagai peneraju negara
PERDANA MENTERI. Dengan penuh rasa tak malu,  beliau
menyatakan , walaupun rakyat Malaysia mahukan beliau
memegang jawatan itu hingga ke akhir hayat, beliau
bertegas ini adalah penggal terakhir sebagai PM.
Inilah manusia MUNAFIK terbesar abad moden ini.

Oleh itu, bila dipandang daripada sudut negatif,
pemain-pemain utama di Kementerian Pendidikan,  iaitu
Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen
merupakan perancang utama dan khadam Mahathir bagi
menghadapi dan menangani GERAKAN REFORMASI dan BARISAN
ALTERNATIF yang melibatkan sektor PENDIDIKAN.

Ketiga-tiga Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha
Parlimen merupakan tenaga pakar dalam bidang
masing-masing, yang akan berhadapan dengan para
pensyarah dan kakitangan Universiti, mahasiswa,
Pendidik dan Pelajar sekolah.

Tujuan utama atau misi ini bermatlamat untuk ;-

*  Mengesahkan tahap sebenar penglibatan pensyarah,
guru dan Mahasiswa dalam BA dan Reformasi
*  Mengekang dan mengawal serta menghadkan GERAKAN
REFORMASI dan  BA
*  Mengembalikan kesemua pensyarah, guru dan pelajar
menyokong UMNO.
*  Memulihkan Kementerian Pendidikan " 241 " akibat
dicemari oleh Dato' Najib.  Ini telah ditunjukkan
dengan penolakan secara menyeluruh orang - orang
Melayu di Parlimen Pekan. Akibat dari kegagalannya
mengawal para pendidik, pensyarah dan mahasiswa serta
pelajar.
*  Mengimbangi tindakan dan langkah BARISAN ALTERNATIF
yang telah menjemput Prof. Jomo.K.Sundram
membentangkan belanjawannya, yang merupakan seorang
tokoh ekonomi dan ahli akademik yang berwibawa , yang
juga seorang yang bukan ahli politik. Maruah UMNO dan
BN harus dipulihkan segera, supaya dilihat kembali
sebagai penuh komitted dan berjaya.

Mengikut pengamatan yang saya lakukan, dengan
perlantikan itu , pecahan tugas dibuat mengikut
kemahiran, kepakaran, dan pengalaman serta objektif
tertentu Prof. Tan Sri Dr. Musa Mohamad. Beliau
berpengalaman luas di Universiti. Pernah menjawat
tugas sebagai Dekan Pusat Pengajian Farmasi, USM,
Timbalan Naib Cancelor dan Canselor USM. Berpengalaman
luas mengendali dan mengawal selia pensyarah, pegawai
dan kakitangan Universiti. Beliau akan ditugaskan
menekan dan mengawal pensyarah, pegawai dan kakitangan
universiti. Golongan pensyarah merupakan "think tank "
atau pemikir dan perancang utama dalam gerakan
reformasi. Kampus - kampus universiti tempatan IPTA
atau IPTS merupakan "stimulator" , "activator ",
"catalytor " - pemangkin kepada GERAKAN REFORMASI,
mendokong perjuangan Dato Seri' Anwar Ibrahim selaras
dengan KEBANGKITAN ASIA.

Gerakan senyap dan "smart"  di kalangan pensyarah
universiti memberi kesan yang mendalam, menggempur
kubu - kubu UMNO di seluruh negara.

Dato' Abdul Aziz Shamsuddin. Beliau merupakan
penasihat utama PM. Setiausaha Politik PM. Seorang
Senator yang dilantik dan memegang jawatan Setiausaha
Parlimen Kementerian Penerangan pada bulan Novemebr
1999, khusus bagi menghadapi pilihanraya ke-10 yang
baru lalu. Beliau dikira berjaya menjalankan tugasnya
dengan perancangan yang licik bagi mengekalkan
majoriti 2/3 BN. Beliau juga merupakan pendokong utama
dalam gerakan menghapuskan Dato' Seri Anwar Ibrahim
daripada UMNO dan Kabinet. Kemahiran, keupayaan,
kepakaran dan pengalaman beliau dalam sesuatu OPERASI
KHAS amat  mengkagumkan Mahathir. Lantas dengan itu,
belaiu telah diberikan kepercayaan untuk melancarkan
satu lagi OPERASI KHAS , iaitu, mengawal dan mengekang
GERAKAN REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF di kalangan
penjawat-penjawat sektor PENDIDIKAN.  Untuk jawatan
ini, beliau ditugaskan khusus untuk menjaga Pendidik,
iaitu guru-guru di sekolah menengah dan rendah serta
para pelajarnya, di seluruh negara.

Laporan mengenai kegiatan guru dan pelajar sekolah di
seluruh negara akan dikemaskini tiap-tiap hari. Polis
cawangan khas, yang menyamar sebagai guru, pekerja
makmal, juru jual malah sebahagian daripada guru-guru
akan dilatih khas untuk menyerap maklumat,  akan
berkeliaran di semua sekolah.

Taklimat harian akan diberikan oleh Aziz , selaku
Setiausaha Politik kepada Mahathir. Ini akan
memudahkan Mahathir merancang tindakbalas dengan serta
merta yang akan memberikan kesan yang maksima.

Profesor Madya Dato' Mahadhir Mohd Khir. Bekas
pensyarah di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera,
Universiti Malaya. Seorang ahli akademik terkemuka
dalam bidangnya, pengkaji dan pengkritik politik.
Beliau juga adalah seorang yang mengkagumi Mahathir
dan UMNO. Berdasarkan pengalaman luas beliau di
Universiti Malaya, kemahiran dan pengalaman untuk
menghadapi golongan MAHASISWA telah memikat Mahathir
untuk meletak beliau bertanding di Parlimen Sungai
Petani. Ini bagi membolehkan beliau dilantik bagi
menganggotai kabinet Mahathir dan dalam operasi
tertentu. Dalam hal ini tugas utama beliau ialah
mengurus, mentadbir dan menakluki MAHASISWA di semua
universiti awam dan swasta.

Mahasiswa merupakan salah satu penggerak utama dalam
gerak kerja dan perang saraf  BARISAN ALTERNATIF.
Tenaga sukarela Mahasiswa dari semua universiti telah
bebas, bersepadu, dan maju dalam menggempur semua kubu
 kubu UMNO di seluruh negara. Ini adalah antara
kejayaan terbesar Barisan Alternatif. Golongan
mahasiswa, adalah berkecuali, tidak berparti, boleh
diterima oleh masyarakat umum, khusunya orang-orang
UMNO dan pengundi atas pagar. Kejayaan mereka memikat
hati orang-orang UMNO dan atas pagar, menyaksikan,
BARISAN ALTERNATIF berjaya menambahkan bilangan kerusi
di Parlimen dan DUN, menambahkan majoriti BA serta
seterusnya mengurangkan majoriti UMNO ke tahap yang
cukup minimum dan menyesakkan. Akhirnya timbullah apa
yang dipanggil fenomena  UMNO TELAH DITOLAK OLEH ORANG
MELAYU

Kuasa beli yang ada pada para mahasiswa cukup berkesan
untuk menundukkan ibu bapa, adik beradik, jiran,
kawan-kawan dan masyarakat setempat. Kaedah dan cara
yang dilakukan oleh mahasiswa amat menakjubkan.  Bahan
kempen dan tajuk hujahan yang dikupas sangat memikat.
Idea-idea yang dilontarkan mudah difahami oleh
sasaran, iaitu pengundi "atas pagar " mahupun orang -
orang UMNO itu sendiri

Sehubungan dengan itu, mengikut penelitian saya ,
semua pihak yang terbabit, seperti yang disenaraikan,
iaitu pensyarah, pendidik, mahasiswa dan pelajar perlu
ada dan mesti mengatur langkah mengadakan PELAN
BERTINDAK  atau "CONTINGENCY PLAN " bagi menghadapi
strategi Mahathir ini.

Ianya mesti ditangani secara berkumpulan [  jamaah ],
bersistematik, berperancangan dan tekad serta semangat
yang jitu, padu, BEBAS, SEPADU  dan MAJU.  Bukan apa,
ini kerana, kemenangan dan kejayaan yang cemerlang
yang kita semua hajati. Usaha untuk meroboh PROGRAM
JAHAT Mahathir yang penuh sistematik, mesti dihadapi
dengan perancangan dan tindakan yang lebih baik dan
bersistematik juga.

Tulisan ini dimajukan bukan bermaksud tuan-tuan dan
puan-puan tidak sedar, tidak tahu atau tidak dapat
membaca  situasi yang ada, cuma untuk berkongsi rasa
dan pendapat serta pandangan. Ingat dan mengingati
amat mustahak dalam gerakan ini.

Sebenarnya, saya tidak ingin memberikan apa-apa
cadangan atau langkah- langkah yang perlu dibuat. Itu
terpulang kepada kebijaksanaan, kepakaran dan ilmu
yang ada.

Lagipun saya sangat berminat kiranya artikel mengenai
PERANCANGAN Mahathir ini dibuka untuk perbincangan,
kritikan, komen dan pendapat umum. Kemukakan
kritikan, hujahan, komen dan pendapat  tuan- tuan dan
puan - puan  demi untuk kebaikan bersama. Ini sangat
penting  sebagai persediaan menghadapi pilihanraya
ke-11 nanti. Alangkah moleknya,  kalau kita dapat
mengatur strategi supaya berada selangkah di hadapan
musuh. Kita hidu dan cium dahulu perancangan mereka.
Dengan itu, kita dapat membuat persediaan yang cukup
sebelum turun ke gelanggang.

Cuma satu pandangan ikhlas dari saya, apapun, dalam
membuat perancangan dan bertindak, kita perlu "
SMART." Teruskan perjuangan. Semoga kita akan terus
berjaya.


AHLI  UMNO YANG KEKAL SOKONG PAS.
14 Disember 1999.



____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdullah Zubair <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mad" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke