Suhaimi Makkazen wrote:

 

Saya nak tanya pada warga hizbi yang berilmu nie tentang satu persoalan tentang sembahyang..........

Saya bersembahyang di salah satu masjid.....saya dapati bahawa kadang-kadang bacaan yang dibaca oleh imam tersebut sebutannya adalah 'salah'..., Salah yang saya maksudkan disini dari segi sebutan terhadap sesuatu huruf dalam jawi tu.......seperti antara shin, sin, tha (huruf selepas 'Ta')......

Jadi persoalannya ....
        1... apakah hukumnya terhadap bacaan imam tersebut ???
        2... apakah sah sembahyang yang dibawa oleh imam tersebut ???
        3... Apakah saya perlu keluar dari sembahyang tersebut ???
        4... Apakah yang perlu saya buat...???

Untuk pengetahuan saudara semua..saya nie bukannya pandai sangat tentang bacaan al-quran ini tetapi adalah sedikit ilmu tentangnya......

Harap mendapat feedback dari anda semua bagi menenangkan hati saya agar sembahyang saya lebih khusyuk hendaknya...

Penerangan yang anda berikan amatlah saya hargai....

Terima kasih...

------------
Jawapan:

Sekiranya bacaan terlupa atau tersalah, diharuskan menegur imam tersebut.
Hadith al-Musawwar bin Yazid Al-Makki:
Rasulullah S.A.W bersembahyang dan baginda tertinggal membaca satu ayat, lalu salah seorang berkata, "Wahai Rasulullah S.A.W, ayatnya begini dan begini." Tanya baginda S.A.W, "Kenapa tidak kamu ingatkan aku dengan ayat ini." (Riwayat Abu Daud dan Abdullah bin Ahmad dalam musnad bapanya. Nailul Autar)

Juga berdasarkan hadith Ibn Umar:
"Bahawa Nabi S.A.W telah menunaikan sembahyang dan baginda telah keliru dan terlupa; apabila baginda S.A.W selesai bersembahyang, baginda bertanya kepada Ubai, katanya, "Apakah engkau sama-sama sembahyang dengan kami?" Jawabnya, "Ya." Tanya Baginda S.A.W, "Apakah telah menghalang kamu menegurku?" (Riwayat Abu Daud)

Sekiranya imam tersebut sebut dgn sebutan tidak betul:
Mengikut kaedah hukum fiqh, imam tersebut ialah orang yang athla' yakni orang yang menukar bunyi huruf (menyebut huruf tidak betul). Orang seperti ini tidak sah menjadi imam kerana tidak sama taraf dengan makmumnya kecualilah makmum juga sama sepertinya. Ini disepakati oleh semua mazhab yang empat sebagaimana yang tertera dalam kitab-kitab ulung seperi al-mughni, al-muhazzab dll. Mazhab ahlus sunnah wal jamaah berpendapat bahawa salah satu syarat menjadi imam ialah hendaklah imam tersebut seorang yang betul sebutannya iaitu dia dapat menyebutkan suatu huruf sebagaimana yang sepatutnya.

Orang yang lahhan yakni yang banyak kesilapan bacaan (tersilap tanda bacaan seperti membariskan bawah huruf dal--'di' pada perkataan al-hamdu atau seumpamanya), orang seperti ini makruh menjadi imam. Ia sah menjadi imam kepada orang yang tidak tersalah bacaan kerana ia telah menunaikan fardu bacaan. Termasuk juga orang yang bacaan tidak fasih, ia makruh juga.

Dari segi lain pula, sembahyang menjadi batal dengan mengeluarkan bacaan yang mengubah makna SEKIRANYA seorang yang yakin perubahan itu akan menyebabkan kufur.

Tambahan atau pembetulan dialukan.

Rujukan utama:
Al-fiqh islami wal adillatuhu al-juz thani, Dr. Wahbah Zuhaili.

Wallahua'lam

Kirim email ke