Annuar Musa Mengaku Tanpa Anwar, UMNO Tewas
 

Sumber MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 dalam UMNO Kelantan melaporkan, penganggur terhormat Datuk Annuar Musa
membuat pengakuan bahawa tanpa Anwar Ibrahim, UMNO akan kehilangan sokongan di kalangan orang Melayu dan
tewas teruk dalam pilihanraya umum akan datang.
 
Annuar, bekas Ahli Parlimen Peringat yang menangis terisak-isak dalam pejabatnya sesudah kehilangan jawatan,
membuat pengakuan itu dalam satu perjumpaan pegawai UMNO di rumahnya.
 
Annuar menyatakan bahawa MAHAFIRAUN tentu tidak berjaya menaikkan semula martabat UMNO kerana dia "adalah
punca utama kekalahan UMNO".
 
Timbalan MAHAFIRAUN, Abdullah Badawi, "tidak layak menjadi perdana menteri kerana merupakan pak turut yang
gagal menyelesaikan masalah dalaman Barisan Nasional di Pulau Pinang, tempat kelahirannya sendiri".
 
Tengku Razaleigh pula "gagal menawan semula Kelantan" sementara Naib Presiden UMNO Najib Tun Razak, "hilang
kepercayaan masyarakat dengan jumlah majoriti yang begitu sedikit. Dia juga tak untukan bini."
 
Menurut Annuar Musa, hanya satu sahaja cara mengembalikan kekuasaan UMNo iaitu dengan memberi pengampunan
bersyarat kepada Anwar Ibrahim dengan harapan dia akan berdiam diri sementara menunggu masa masuk semula ke
dalam UMNO.
 
Bagaimanapun, Annuar Musa membayangkan jika Anwar diampunkan sekalipun, kemarahan orang Melayu terhadap
UMNO sudah memuncak dan tidak dapat dibendung lagi. (MRF) 21 Dis 99
 
 
 

Kirim email ke