Isu-isu sebegini kerap kali muncul bila tiba ramadhan al-mubarak. Samada salawat selepas tarawih ataupun bilangan rakaat tarawih. Saya suka mengambil jalan pertengahan dalam membahaskan isu ini. Dan kita tinjau sejenak dalil-dalil mengenainya.
Hukum salawat
Firman Allah S.W.T:
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk nabi.
Wahai orang yang beriman, ucapkanlah salawat dan salam yang sempurna kepadanya
(nabi)." (Surah Al-Ahzab: ayat 56)
Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash r.a, ia mendengar Rasulullah S.A.W
bersabda:
"Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi
rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu." (Riwayat muslim)
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
"Manusia yang paling utama bersamaku (nanti) pada hari kiamat ialah
orang yang banyak mengucapkan salawat kepadaku." (Riwayat Tirmidzi, ia
mengatakan hadith hasan, jua diriwayatkan daripada Abdul Rahman Auf, Amr
bin Rabi'ah Ammar, Abu Talhah, Anas dan Ubai bin Ka'ab)
Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata Rasulullah S.A.W bersabda:
"Seseorang itu amat hina, jika namaku disebutkan di sisinya lalu ia
tidak mengucapkan salawat kepadaku." (Riwayat Tirmidzi, ia mengatakan hadith
hasan)
Dari Ali R.A, ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Orang yang bakhil itu ialah orang yang jika namaku disebut di sisinya
maka ia tidak mahu mengucapkan selawat kepadaku." (riwayat tirmidzi, ia
mengatakan hadith hasan sahih)
Demikian adanya dalil-dalil yang berkaitan dengan kelebihan selawat.
Selawat selepas tarawih
Kalau ditinjau dalam mana-mana kitab-kitab hadith, kitab-kitab
ulung karangan ulamak muktabar mahupun pengasas mazhab empat, pasti kita
tidak akan menemui sebarang dalil dari as-sunnah tentang selawat selepas
tarawih. Kebanyakan masyarakat melayu awam khususnya menganggap selawat
selepas tarawih itu adalah SEBAHAGIAN solat tarawih. Apakah yang akan terjadi
sekiranya kita kata kepada imam masjid, "Imam, malam ni kita tak payah
selawat."? Benar, selawat tidak disyariat bila dan di mana, bahkah bila-bila
masa dan di mana-mana. Fahaman inilah yang menimbulkan masalah. Persoalan
yang menarik untuk difikirkan, adakah sah solat tarawih tanpa selawat selepasnya?
Amalan bulan ramadhan yang paling afdal
Terdapat banyak lagi perkara-perkara sunat yang berdalil tetapi kita
tidak bincangkan. Antaranya ialah qiamulail, i'tikaf, tadarrus dan banyak
lagi doa-doa yang ma'thur di bulan ramadhan.Tarawih adalah salah satunya.
Daripada Ibnu Umar, Anas dan Aisyah r.a: Bahawa baginda S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Nabi S.A.W beri'tikaf pada 10 hari terakhir bulan ramadhan. Baginda melakukan demikian sejak baginda datang ke Madinah sehingga Baginda wafat." (Muttafaq 'alaih)
Az-Zuhri mengatakan: "Sungguh pelik manusia, bagaimana mereka boleh meninggalkan i'tikaf. Rasulullah S.A.W melakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu tetapi tidak meninggalkan i'tikaf sehinggalah baginda wafat."
Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir R.A dengan sanad hasan bahawa baginda
S.A.W bersabda:
"Bagi setiap muslim ada doa yang dimakbulkan, dia berdoa dengannya
pada bulan ramadhan."
"Sesiapa yang membangunkan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala. diampunkan dosa-dosanya terdahulu." (Sahih Bukhari dan Muslim)
Dll dalil mengenai amalan bulan ramadhan. Selamat beramal.
Rujukan:
Al-Azkar, Imam An-Nawawi
Wallahua'lam.