*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sala-salam..

ha teman nak tambah sikit.. kebetulan si nazri ni teman punya ahli parlimen
kawasan teman.
kalau teman nak tulih pasal  perangai si nazri terlalu banyak..sebagai
contoh beliau memperalatkan budak sekolah menyepak tendang lambang
pas,menyokong permecatan ishak baharum
dan lain-lain lagi..yg teman bengang beliau ni kamcing dgn jamal nasir adun
lubuk merbau yg juga
ketua pemuda umno perak mempergunakan bekas setiausaha pas perak ( Ahmad
helmi abd samad )yg tak ada duit kemudian beliau menggadaikan maruah memberi
ceramah menghentam pas dan menyesatkan pas. .pada dasar nya bapa beliau
adalah pengasas pas dikawasan berkenaan.
kalau nak tau lebih lanjut silalah bebual dengan ustaz azizan mat desa atau
bekas biro penerangan umno kawasan chenderoh ( ustaz mat yassin ) .Bagi
teman Umno memang tak relevan termasuklah orang yg menyokong nya walaupun
depa menang tapi mereka tetap malu nak bersua dgn orang melayu islam kerana
depa menang kerana undi orang 'bukit'
-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Monday, December 20, 1999 9:26 AM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* cerita Nazri - reply



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
<DELETED>
Nazri dok kata, beliau pernah bertegang  leher masa miting dalam kabinet
dengan sorang menteri Cina semata-mata nak pejuang dan pertahankan ketuanan
Melayu -   Boleh tahan jugak Nazri nih.....Tapi yang dok jadi tanda tanya
saya, apa betulke miting Kabinet tu, Nazri  boleh masuk? - Kan Nazri masa tu
masih Timb. menteri!
<DELETE>

Assalamualaikum Puan Seri Mawar,

Gini ajelah, kalau kita tengok perlantikan kabinet baru baru-baru ini;
secara kasarnya kita boleh kata bahawa kabinet itu bermakna gabungan
kementerian2 di bawah Perdana Menteri, yang mana setiap kementerian itu
diwakili oleh 3 penama - Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.

Dengan kata lain, ketiga-tiga jawatan di atas adalah juzuk himpunan kepada
sebuah kabinet. Maka itu, apabila ada hamba Allah berkata bahawa beliau ada
berbuat itu ini dalam kabinet, ianya tak bermakna beliau berbuat demikian
hanya dalam meeting kabinet antara menteri-menteri kabinet.

Bila depa kata depa ada bincang dalam kabinet atau ada bersembang dalam
kabinet; ada kemungkinan "dalam kabinet" diertikan sebagai dalam meeting
kabinet, dalam  sub-committee kabinet, dalam  Jawatankuasa Kecil kabinet,
dalam Special Task Force kabinet, atau pun mungkin dalam perjumpaan2 tak
formal seperti dalam pejabat, dalam cafeteria, dalam lift, dalam tandas,
dalam karaoke atau pun mungkin dalam kelab dangdut....J (yg ini saya
tambah!).

Apa-apa pun, tujuan saya tulih pasal Nazri, bukannya sebab saya nak habag
kata dia tu bagus sangat; cuma saya nak habag kata saya rasa dia ni okay
atas sifat dia sebagai seorang ahli politik, tak ada kena mengena dgn
fahaman politiknya - macam jugak orang tua saya, hardcore UMNO kelas satu
yang cukup respect dengan Mat Sabu, sampaikan dua tiga bulan sebelum
pilihanraya dia pernah habag kat saya kata ada rumours di kalangan orang2
UMNO bahawa Mat Sabu akan bertanding atas tiket UMNO.

SAYA NAK TERGELAK BESAR - SEBAB SAYA PERNAH MAT SABU KATA DALAM SATU
CERAMAHNYA:

"NAUZUBILLAH HI MIN ZALIK KALAU AKU MASUK UMNO!!"

So, bagi saya Nazri ini cara perjuangan politiknya macam jugak Mat Sabu -
depa dua ini cukup yakin dengan apa yang depa yakin.

Nazri cukup yakin kononnya melalui UMNO sahajalah org2 Melayu dapat
mempertahankan ketuanan Melayu di Malaysia ini. Kerana itu, apabila
berhadapan dengan PAS atau KeADILan yang pada pandangan beliau tidak
menepati perjuangan ketuanan Melayu menurut tafsirannya, maka beliau pun
melawan habis-habisan; contohnya beliaulah yang mula2 mencabar Dr Wan Azizah
masuk politik kalau berani sangat. Lepas tu, bila dah Kak Wan masuk politik,
beliau mencabar pula Kak Wan atau Azmin atau siapa2 saja dalam KeADILan
supaya bertanding berlawan dengan beliau di Chenderoh, Perak.

Tang bab kutuk PAS, yg tu jangan habaglah - kalau kita tengok transkrip2
persidangan parlimen yg lepas2; kita boleh naik termuntah baca ucapan beliau
mengenai PAS.

Pun begitu; yg saya kagum kat dia ni; dia bukan saja berani lawan parti
lawannya, tapi juga pernah berani lawan Mahathir ( la ni saya tak tau pulak
dia masih berani ke tidak lagi!). Kalau sapa masih ingat, 4 lima tahun dulu,
dia hampir terpelanting dari politik nasional apabila secara lantang
membantah ucapan Mahathir yg disifatkannya menghina ketuanan Melayu. Saya
lupa pulak dah pasal bab Bahasa atau bab hak2 keistimewaan org Melayu; tapi
saya masih ingat lagi surat khabar2 ketika itu cukup rancak memainkan isu
berkenaan. Penutup cerita itu berakhir apabila Nazri dipaksa melutut
menyembah Mahathir.

Baru2 ini pula masa gawat kes DSAI; kita mungkin masih ingat Nazri nak kena
saman mahkamah pasal kes hina mahkamah apabila beliau kata : Hakim Ogostin
Paul patut letak jawatan kalau tak reti bahasa Melayu!!

Sebab2 di atas adalah sebab kenapa saya kata dia ni okay sebagai individu;
tapi sebagai ahli PAS saya tetap tak bersetuju dengan beliau. Beliau ini pun
macam puak2 UMNO yg lain; walaupun mungkin ikhlas dalam perjuangan tapi
sebab orang2 bawah nak kena jamu (macam jugak tok bomoh jamu hantunya) dan
politik wang sudah menjadi budaya; maka itu beliau pun end up jadi macam
wakil2 rakyat UMNO yg lain, fulus dulu, tulus kemudian:

Contohnya:

Dalam Pembahagian Saham Individu Bumiputera 1993; Nazri mendapat saham Super
Ent. Holding  Berhad sebanyak 700,000 unit. Tahun 1994 pula beliau
dianugerahkan saham LB Aluminium Bhd sebanyak 339,393 unit.

ISH, ISH UNTUNG AIH MASUK UMNO - DUIT DAPAT, POKET PUN KEMBUNG; LEPAS TU
BOLEH PI MELALAK MERATA JALAN HABAG KAT SATU MALAYSIA KATA:

"Perjuangan kami ialah untuk menegakkan ketuanan Melayu!!"

PIIRAHH!! - KETUANAN MELAYU TAIK KUCING!!

Wassalam,
Pakdin



---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Aziz, Azrul Mahathir" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke