*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Ini adalah pandangan saya, berdasarkan pemahaman saya daripada
prinsip-prinsip yang disampaikan oleh ustaz-ustaz saya :

1. secara umum, apa-apa majlis (termasuk dinner) yang mencampurkan yang
halal dengan yang haram adalah haram.

2. antara unsur haram ialah pergaulan bebas lelaki perempuan bukan mahram.
Termasuk dalam kategori ini ialah tari menari seperti yang disebutkan.

3. muzik zaman ini (termasuk muzik disko dan slow rock) pada pendapat ulama'
adalah haram.

Berdasarkan prinsip diatas, pada saya majlis yang ada tari menari seperti
yang disebutkan adalah haram. Apatah lagi jika tarian itu diiringi dengan
muzik.

Walaupun kita tidak menari tetapi hanya duduk di kerusi semasa majlis tarian
berjalan, kita boleh dianggap bersubahat dan redha dengan perkara haram.
Mungkin ada orang kata, yang menari itu ialah 100% pasangan mahram. Ini pun
haram juga pada saya, kerana tarian di tempat awam, walaupun yang menari itu
mungkin suami-isteri, menimbulkan banyak perkara haram (mempamerkan lenggang
lenggok kepada bukan mahram, pegang sana sini, dll).

Nasihat yang baik ialah jauhkan diri kita daripada majlis sedemikian.
Sekiranya tidak dapat dielakkan atas sebab-sebab tertentu, nasihat saya
ialah keluar dari majlis sebaik saja nampak tanda tarian akan diadakan. Jika
tidak dapat keluar - istighfarlah banyak-banyak - semuga Allah mengampuni
kita yang sentiasa membuat dosa, tundukkan pandangan dan dalam hati
hendaklah membenci perkara itu. Itu adalah selemah-lemah iman.

Wallahua'lam
-------------
Subject: H-Net* Majlis tari-menari dari sudut pandangan Islam.
Date: Tue, 21 Dec 1999 07:29:59 -0800 (PST)
From: nukman naufal <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]

Assalamu'alaikum netters sekelian,

Baru-baru ini saya ada menghadiri satu majlis makan
malam atau dinner kata setengah orang. Selepas habis
makan, maka dia orang pun mulalah memainkan muzik
rancak ala Disco dan kemudian muzik slow dan terus
berdancing.

Disini saya pinta jasa baik pada para netters yang
mempunyai fikrah Islamiah dan yang committed dengan
Islam untuk memberi hujjah tentang majlis tari-menari
ini.

Wassalam.


Pengirim: nukman naufal <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com?sr=mc.mk.mcm.tag001


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: inordin <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to