*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KEPUTUSAN PILIHANRAYA : SATU ANALISIS

Ramai yang masih terkejut dengan keputusan pilihanraya
yang baru selesai. Terkejut kerana tidak percaya
dengan gelombang perubahan yang amat dirasai, BN/UMNO
masih mampu memenanginya dengan majoriti lebih dari
dua pertiga. Satu pilihanraya yang sengit di mana
tektik tektik kotor yang dihidang secara meluas dalam
media media cetak dan elektronik dengan tujuan
untuk menakut nakutkan pengundi pengundi. Tektik
tektik kotor yang tidak pernah kita lihat yang
dipergunakan tanpa segan silu oleh parti yang bertahan
tanpa memberi ruang langsung kepada parti lawan untuk
menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dihidangkan
oleh BN/UMNO. 

Kita juga menyaksikan satu keadaan di mana media media
massa yang majoritinya dimilikki oleh BN telah dikawal
rapi dan telah disalahgunakan untuk menyiarkan
propaganda dan dakyah BN/UMNO.  Ternyata minda rakyat
sengaja diJAJAH supaya mempercayai  segala propaganda
yang dihidangkan oleh BN/UMNO. Ini diperhebatkan lagi
menjelang pilihanraya. Bermacam macam iklan disiarkan
yang rata rata cuba menakut nakutkan rakyat jelata.
Walaupun Dr Mahathir ada berkata bahawa iklan iklan
tersebut berpunca dari penyokong penyokong BN/UMNO, 
namun rakyat tidak mempercayainya kerana di
saat saat akhir tersiar satu iklan yang hampir serupa
bunyinya yang ditandatangani oleh beliau sendiri. Maka
terbongkarlah rahsia siapa sebenarnya yang berdiri
dibelakang iklan iklan yang menjijikkan. Satu lagi
pembohongan oleh Dr Mahathir! 

Rakyat terkejut menyaksikan tektik tektik kotor ini.
Satu tektik yang tidak diduga. Tidak pernah dalam
sejarah tektik tektik atau perkara perkara seperti ini
berlaku bukan sahaja di negara ini tapi di mana mana
negara dalam dunia. Tidak pernah. Satu
tektik kotor oleh orang yang betul betul DESPERATE!
Hanya Malaysia saja yang  boleh. Di zaman Mahathir
semuanya boleh termasuk juga tektik tektik kotor dan
keji yang termasuk  MENIPU DALAM PILIHANRAYA!! 

Mengapa BN/UMNO sanggup bertindak demikian? Mereka
berani bertindak demikian kerana habis media media
massa telah mereka kontrol terlebih dahulu. Mudahlah
kerja kerja mereka! Maklumat maklumat yang dihidangkan
untuk tontonan rakyat rata rata berat sebelah dan asik
diPUTARBELITkan! Utusan Malaysia sungguh MELOYAkan.
TV3 seperti TV tiga suku fe'elnya. Lagi pun, institusi
institusi penting seperti PDRM yang menjaga
keselamatan dalam negeri di bawah cengkaman
mereka. Kerana sudah TERSEPIT dan DESPERATE, Mahathir
dan para konspirators sanggup melakukan apa saja untuk
mengkekalkan kuasa. Tambah tambah lagi apabila Barisan
Alternatif mengumumkan bahawa DSAI ialah bakal Perdana
Menteri jika BA menang kelak. Ini membuat mereka lagi
takut kerana jika BA menang dan DSAI dilantik menjadi
PM, maka terbongkarlah  rahsia rahsia mereka,
terdedahlah angkara angkara mereka. Ramai yang akan
diseret ke mahkamah rakyat dan satu persatu kerja
kerja kotor dan keji mereka akan didedahkan. The
STAKES were so big! They had no choice but to make
sure that BN/UMNO wins the election. 

Bayangkan apa akan terjadi kepada Mahathir dan
keluarganya, Daim, Rafidah, Sanusi, Megat Junid, Rahim
Thamby Chik, Aziz Shamsuddin, Mokhtar AG, Musa Hassan,
Hakim hakim, Ummi Hafilda  dan juga bekas Ketua Polis
Negara…..ramai lagi yang akan diseret dan pekung
pekung mereka didedahkan untuk tontonan umum. Laporan
laporan SB dan perisik tentera jelas menunjukkan
kemarahan rakyat terhadap tindak tanduk Mahathir dan
pemimpin pemimpin UMNO. Lagi dihidangkan cerita
cerita rekaan mereka dan fitnah fitnah, lagi rakyat
menyampah. Satu persatu hidangan hidangan mereka
ditolak oleh rakyat jelata. Yang terakhir ialah
pengakuan bersumpah gadis yang dirogol oleh Rahim
Thamby Chik tatkala Rahim menjadi Ketua Menteri.
Kerana ternyata backfire, Mahathir sendiri terpaksa
membuat kenyataan  menyarankan supaya semua berita
berhubung dengan gawat politik semasa mesti melaluinya
dulu!! Jelas, negara dilanda satu bentuk KRISIS
KEYAKINAN! 

Ramai ahli ahli UMNO tua dan muda sudah kecewa dengan
UMNO. Mahathir sedar arus kemarahan dan kebangkitan
rakyat tidak lagi dapat dibendung. Laporan laporan
dari pemerhati pemerhati dari dalam dan luar negeri
pun jelas menunjukkan bahawa BN/UMNO akan menghadapi
masalah besar untuk memenangi pilihanraya kali ini.
Jika BN/UMNO kalah, sudah pasti Mahathir akan
menghadapi masalah besar. Semua jari akan menuding ke
arah  beliau!! Mahathirlah punca kekalahan UMNO.
Mahathirlah punca KEMEROSOTAN KEYAKINAN orang orang
Melayu terhadap UMNO! Dalam keadaan  demikian,
when the stakes were so big, what choice did they have
to remain in power in order to ensure that their
clandestine activities and secrets are not exposed??
That's what they exactly did-MENIPU dalam pilihanraya
yang baru sudah! 

 Memang terdapat banyak bukti kukuh di mana kita boleh
mempertikaikan kesahihan  keputusan pilihanraya kali
ini.  Jika mengikut logik dan analisis yang terperinci
dan kritikal, memang terdapat banyak kepincangan dan
perkara perkara yang pelik dan tidak masuk akal dan
yang mengHINA MINDA kita, telah berlaku sebelum,
semasa dan selepas pilihanraya tersebut. Strategi
penipuan diperhebatkan lagi apabila BA mengumumkan
bahawa DSAI ialah bakal Perdana Menteri. Mahathir dan
para konspirators menggeletar lutut apabila mendengar
pengumuman ini! Di kepala masing masing sudah
terbayang adegan adegan di mana mereka diheret ke
mahkamah!! Sudah tentu dengan stakesnya too big, tidur
bermandi peluh dan tidak lena memikirkan kemungkinan
ini! 

Betul ke ada penipuan? Mana bukti buktinya? Pertama,
kita analisakan peranan yang dimainkan oleh SPR.
Adakah SPR ini betul betul berlaku ADIL, bebas dan
telus? Sebelum hari mengundi lagi, sudah banyak
kedengaran beserta dengan bukti bukti kukuh bahawa
terdapat banyak kepincangan dalam senarai pengundi
yang disediakan oleh SPR. Memang banyak! Ada pengundi
pengundi yang sudah mati tapi nama masih dikekalkan
dan orang yang sudah mati pun boleh  mengundi di
tempat
yang lain seperti di Kubang Pasu. Senarai pengundi
yang mencurigakan terdapat untuk kawasan Kubang Pasu.
Bila dijumlahkan, senarai ini agak panjang!! Satu
nombor kad pengenalan yang sama tapi nama berlainan
dengan berlainan tempat mengundi. Bukan sedikit tapi
banyak. Ada pengundi pengundi yang nama mereka telah
hilang secara misteri atau ditukarkan tempat mengundi
tanpa pengetahuan pengundi sendiri. 

Sebelum ini, senarai pengundi pengundi hantu di Sabah
telah pernah dibukukan! Berapa ramai yang sempat
menyemak daftar mengundi? Berapa ramai yang ada
kemudahan internet? Bantahan demi bantahan dikemukakan
kepada SPR tapi SPR bukan bertindak memperbetulkan
senarai senarai tersebut tapi sebaliknya, mempersenda
dan memperlekehkan bantahan bantahan yang dikemukakan.
Reaksi SPR dalam hal ini boleh disamakan dengan satu
pertandingan bola sepak di mana SPR ialah pengadil.
Walaupun ternyata seorang pemain telah mencuri ayam,
penjaga garisan pun sudah menaikkan benderanya,  SPR
buat tak tahu aja dan membenarkan gol tersebut!!
Walaupun pemain pemain telah membantah, pengadil tetap
membenarkan gol tersebut!  Itulah yang sebenarnya
berlaku  semasa pilihanraya baru baru ini. Lagi pun,
siapa yang kontrol SPR? Siapa? Bukankah SPR dibawah
cengkaman Mahathir dan para konspirators? 

Kedua, amat jelas sekali undi pos, pengundi hantu dan
tektik kotor memanipulasikan secara menaikkan peratus
mengundi telah diguna secara berleluasa semasa
pilihanraya kali ini, khususnya di kawasan kawasan
tertentu. Di kawasan seperti Kuala Kangsar, inilah
yang berlaku untuk memberi kemenangan kepada Rafidah.
Mengapa di Kuala Kangsar? Bukankah satu negara
digemparkan dengan pendedahan berita mengenai
salahlaku rasuah yang dilakukan oleh Rafidah? Kalau
mengikut bukti bukti yang didedahkan, memang sah
Rafidah telah melakukan salahlaku rasuah. Jika Rafidah
tumbang (sebenarnya beliau tewas) implikasinya ialah
pengundi pengundi di kawasan tersebut sensitif dengan
salahlaku rasuah yang dilakukan oleh Rafidah. Oleh
yang demikian, dengan apa cara sekalipun, Rafidah
mesti dimenangkan. At all cost. Apabila Rafidah menang
ini akan memberi gambaran seolah olah pengundi tidak
peduli atau tidak percaya dengan salahlaku rasuah
calun berkenaan yang telah didedahkan oleh DSAI.
Rafidah sebenarnya menghadapi masalah untuk menjaga
imejnya kerana di mana beliau pergi di luar
negara khususnya, soalan mengenai salahlaku rasuahnya
asik diajukan kepada beliau!! Tujuan Mahathir ialah
simple, membuktikan bahawa walaupun pendedahan
salahlaku ini telah dibuat terhadap seorang menteri
kanannya, pengundi masih sayangkan beliau dan masih
boleh terima beliau sebagai wakil rakyat mereka!
Itulah yang Mahathir cuba tonjolkan. Ego Mahathir
terlalu tinggi! Oleh kerana implikasinya terlalu
besar, at all cost, Rafidah must win dan seperti yang
dirancang, dengan mengguna pengundi hantu atau undi
pos dan memanipulasikan peratus yang keluar mengundi,
maka berjayalah Rafidah. Kemenangan secara MENIPU yang
dirancang awal awal lagi!! To the eyes of the world,
pengundi pengundi di Kuala Kangsar nampak
bodoh-diperbodohkan oleh Mahathir dan para
konspirators untuk tujuan tujuan menghalalkan yang
mungkar! 

Ketiga, calun calun BA yang bersuara lantang mesti
ditumbangkan at all cost. Inilah yang berlaku kepada
calun calun seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh.
Hingga pengundi pengundi Cina terkejut dengan
keputusan keputusan tersebut! Ini memang telah
dirancang. By hook or by crook, Kit Siang dan Karpal
mesti kalah kerana mereka berdualah yang lantang
bersuara samada di dalam atau di luar parlimen,
menegur dan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap
sistem pentadbiran, institusi kehakiman dan kekejaman
polis. Mereka berdualah yang berani mendesak penubuhan
suruhanjaya penyiasat diraja setiap kali sesuatu isu
timbul! Rakyat berbilang bangsa sudah mula membuka
mata menonton betapa relevannya isu isu yang Kit Siang
dan Karpal cuba bangkitkan. Maka arahan pun
dikeluarkan memastikan kekalahan Kit Siang dan Karpal
at all cost kerana suara suara lantang mereka telah
MEMALUkan kerajaan dan Mahathir yang kuat egonya,  di
mata dunia. Maka tektik tektik kotor seperti 
pemindahan pengundi atau penggunaan pengundi hantu dan
pos dan memanipulasikan peratus yang keluar mengundi,
digunakan di kawasan kawasan di mana Kit Siang dan
Karpal bertanding! Untuk mengrealkan kekalahan mereka
dan untuk mengaburi pandangan dan memperdayakan
rakyat, mereka telah atur pemasangan spanduk di
kawasan di mana Karpal bertanding kononnya pengundi
pengundi di situ sudah menolak Karpal sebagai wakil
rakyat mereka walhal pengundi pengundi di kawasan
tersebut mengakui rekod servis Karpal! Satu bahan
bukti untuk mengiyakan kekalahan Karpal kelak. Seperti
yang dirancang, maka tewaslah Kit Siang dan Karpal.
Pengundi pengundi Cina samada di kawasan tersebut atau
diseluruh negara terkejut dengan keputusan ini. Mereka
tidak menjangkakan Kit Siang dan Karpal akan tewas
kerana suara suara mereka masih diperlukan di dalam
parlimen! Mungkin ramai yang terpedaya dengan dakyah
BN sendiri bahawa kekalahan Kit Siang dan
Karpal disebabkan mereka sanggup bersekongkol dengan
PAS dan disebabkan ini, maka pengundi pengundi Cina
telah menolak mereka! Ini bukan sebab sebenar.
Kekalahan Kit Siang dan Karpal disebabkan MANIPULASI
DAN PENIPUANyang telah dirancang dengan liciknya!
Don't be fooled by this propaganda-A THEORY HATCHED BY
BN meant to fool the public! 

Keempat, calun calun heavyweight dari KEADILAN mesti
dikalahkan at all cost. Itulah arahan spesifik dari
Mahathir sendiri. Implikasi jika calun calun KEADILAN
menang banyak terlalu besar-satu petanda bahawa
gerakan REFORMASI yang dimulakan oleh DSAI masih hidup
dan segar. Jika calun calun KEADILAN menang di
kebanyakkan kawasan yang ditandingi, ini jelas
menunjukkan bahawa pengundi pengundi menyokong
perjuangan DSAI! Satu gambaran bahawa rakyat prihatin
dengan pendedahan pendedahan yang dibuat oleh DSAI dan
perjuangannya! Implikasinya terhadap UMNO terlalu
besar. Implikasinya terhadap Mahathir terlalu besar.
Walaupun se buah parti baru, KEADILAN sudah mendapat
tempat di arena politik Malaysia! Maka tektik tektik
kotor dan penipuan pun digunakan untuk melaksanakan
arahan Mahathir ini. Walaupun ternyata sentimen
pengundi memihak kepada calun calun KEADILAN, kalah
tetap kalah! Zainur boleh kalah di Lembah Pantai, Ezam
di Shah Alam, Marina di Wangsa Maju, Irene Fernandez
di Subang, Chandra Muzaffar juga tewas dengan tipis.
Kekalahan kekalahan yang disebabkan oleh tektik tektik
kotor! Sebenarnya calun calun ini telah menang tapi
undi hantu atau undi pos dan tektik menaikkan peratus
yang keluar mengundilah yang menewaskan calun calun
tersebut!! Pengundi pengundi terpelajar Cina khususnya
di bandar bandar di mana calun calun ini bertanding
terkejut dengan keputusan keputusan pilihanraya
kerana mereka sendiri menjangkakan calun calun ini
akan menang. Sebenarnya, ramai di kalangan pengundi
pengundi bukan Melayu pun telah memberi undi mereka
kepada calun calun ini. Kekalahan tipis kebanyakkan
calun calun ini ternyata disengajakan! Di saat saat
akhir entah mana datangnya tong tong undi yang memihak
kepada calun calun BN! Disebabkan tektik tektik kotor
dan penipuan BN/UMNO dengan didokong oleh SPR sendiri!
SPR ternyata telah bersekongkol dengan para
konspirators dalam melaksanakan agenda agenda kotor
mereka. Memang jelas sekali strategi UMNO khususnya
Mahathir ialah memastikan majoriti pemimpin pemimpin
KEADILAN dikalahkan at all cost. 

Itulah yang menimpa juga Dr Hatta, calun heavyweight
PAS di Gombak! Sentimen pengundi di kawasan tersebut
jelas menunjukkan bahawa Dr Hatta akan menang mudah
tapi the 'silent majority', pengundi bisu dan buta
telah menentukan kekalahan Dr Hatta. Dua kawasan ADUN
di parlimen Gombak telah memihak kepada calun calun BA
walaupun manipulasi telah juga dilakukan tapi
disebabkan penggundi hantu diguna dan peratus yang
keluar mengundi dimanipulasi dan dinaikkan,
tiba tiba Dr Hatta boleh tewas!! Sebelum pengundian
lagi Mahathir ada menyebut bahawa 'the silent
majority' akan membawa kemenangan kepada BN. Apa yang
dimaksudkan oleh Mahathir  dan siapakah gerangan
'silent majority' ini jika bukan pengundi pengundi
bisu dan tiada mata? Bukankah sebelum keputusan
pilihanraya disiarkan, sudah ada maklumat yang
menyatakan bahawa keputusan keputusan akan di 'vet'kan
dulu oleh Mahathir dan para juaknya seperti Aziz
Shamsuddin dengan sebuah bilik khas disediakan untuk
tujuan ini? Apa tujuan mereka? Inilah sebenarnya
berlaku. Mereka terpaksa melakukan tektik kotor ini
kerana 'the stakes were just too big!' 'They can't
afford to loose' 

Kelima, gawat politik semenjak pemecatan DSAI sungguh
memeningkan Mahathir dan para konspirators. Satu
persatu salahlaku beliau dan pentadbirannya  telah
didedahkan. Walaupun mereka cuba menangkis pendedahan
pendedahan tersebut dengan mengguna tektik tektik
seperti pengakuan bersumpah, majoriti rakyat sudah
mula nampak segala kepincangan Mahathir dan
pimpinannya. Terbongkarlah rahsia rahsia kotor mereka
yang selama ini disorok dan dikawal rapi dari
terbongkar. Rupa rupanya selama ini rakyat asik
dihidangkan dengan berita berita baik saja mengenai
Mahathir dan pimpinannya. Rakyat tua dan
muda sudah mula nampak dan jijik dengan segala
maklumat dan berita yang cuba disampaikan oleh media
media massa yang dikawal rapi oleh pihak pihak
tertentu. Ternyata rakyat dahagakan berita berita dan
maklumat maklumat sebenar dan mahukan pembaharuan.
Sentimen mendesak pembaharuan jelas terasa di seluruh
negara. Tambah tambah lagi dengan apa yang berlaku
di negara jiran di mana ulama ulama diberi mandat
untuk memerintah. Mahathir ternyata amat risau dengan
perkembangan yang berlaku di Indonesia! Mahathir dan
para konspirators sudah benar benar TERSEPIT dan tidak
ada pilihan lain melainkan terpaksa mempertahankan
kedudukan masing masing. A do or die situation! Sambil
itu, Mahathir dan para konspirators telah mengheret
secara rasuah dan ugutan, pegawai pegawai tinggi
institusi institusi kerajaan seperti badan kehakiman
dan polis. Media media massa pun disalahgunakan dengan
cara rakus tanpa segan silu lagi menghidangkan satu
demi satu fitnah dan dakyah BN/UMNO. Implikasinya
terlalu besar jika BN/UMNO kalah. Mahathir dan para
konspirators akan diseret ke mahkamah di mana segala
penyelewengan dan salahguna kuasa Mahathir dan para
konspirators dan juga pegawai pegawai tertentu dari
institusi institusi yang terlibat, akan didedahkan
satu persatu! Risikonya terlalu tinggi! The stakes
were so big! Peguam Negara, Hakim Hakim dan juga
pegawai pegawai kanan PDRM termasuk bekas Ketua Polis
Negara, pegawai pegawai tinggi kerajaan dan editor
editor dari media media massa juga,  berada dalam
keadaan cemas. Lutut mereka menggeletar terutama
sekali apabila BA mengumumkan DSAI ialah bakal Perdana
Menteri! Siapa kata Mokhtar AG, Ghani Patail  atau
Musa Hassan yang terang terang terlibat melaksanakan
agenda agenda  konspirasi yang direkacipta oleh
Mahathir dan para konspirators untuk menjatuhkan DSAI,
tak terasa takut akan kemungkinan ini?? Mahkamah yang
tidak relevan dengan tilam diusung, tarikh pertuduhan
boleh dipinda sesuka hati dan 'selective persecution'
diguna secara terang terang…..bermacam macam
tingkahlaku yang amat pelik yang MEMALUkan negara!
Habis pekung pekung mereka akan didedahkan untuk
ditonton oleh rakyat jelata jika BA menang dan DSAI
menjadi PM kelak! The mere thought of this made
them shiver!! Mereka terpaksa menyelamatkan diri
masing masing dan untuk tujuan ini, pilihan yang ada
pada mereka ialah memberi sokongan total kepada
Mahathir dan para konspirators! Kerana sudah
terlanjur, terpaksalah terus menyokong agenda
agenda kotor Mahathir dan para konspirators dan
mempastikan BN menang dalam pilihanraya. The stakes
were so big. They virtually had no choice. BN/UMNO
cannot afford to loose. Many will not only loose their
jobs but all the dirty things that they executed to
support Mahathir's many dirty agenda particularly in
relation to the weird sacking of his deputy, will
eventually be exposed. Some government institutions
will definitely crumble! The credibility of these
institutions are at stake! By hook or by crook BN must
win! It is a do or die situation. Mana logiknya
walaupun ramai pemerhati politik dari dalam dan luar
negeri meramalkan BN/UMNO akan menghadapi masalah
besar dalam pilihanraya kali ini dengan angin
perubahan jelas terasa di seluruh negara, BN/UMNO
masih mampu menang besar dengan majoriti lebih dari
dua pertiga?? Pelik tapi benar. Tektik tektik kotor
dan penipuan telah mereka gunakan-pindah nama
pengundi, guna undi pos, guna undi hantu, tukar tong
undi, manipulasi dan naikkan peratus mengundi, menabur
wang ringgit, ugut menggugut, menyalahguna institusi
seperti SPR….macam macam lagi. Macam macam tektik
digunakan untuk memastikan BN menang. 

Mereka telah berjaya mengguna tektik tektik ini di
Perlis dan Kedah yang sepatutnya jatuh ke tangan BA
tapi tidak berupaya membawa kemenangan di Kelantan dan
Terengganu kerana angin perubahan amat ketara di
negeri negeri tersebut. Walaupun mereka cuba mengguna
tektik tektik kotor ini, tapi oleh kerana jurang
perbezaan amat ketara sangat, mereka  takut jika
rakyat
akan nampak tektik tektik kotor yang mereka
pergunakan. Akhirnya mereka terpaksa akur dengan
kemahuan rakyat di negeri negeri tersebut! Sebenarnya,
mereka mahukan Kelantan kerana disitulah terletaknya
lubuk emas dengan rizab gasnya  yang banyak!
Terengganu pula menerima royalti minyak yang bernilai
beratus juta ringgit!! Jatuhnya Terengganu ke BA
bermakna kaya rayalah kerajaan negeri yang baru!! 

Mereka juga bertungkus lumus berusaha untuk menewaskan
Presiden parti KEADILAN di Permatang Pauh kerana
implikasi kemenangan kepada DSWA amat besar tapi
disebabkan sentimen kebanyakkan pengundi memihak
kepada DSWA, mereka terpaksa juga mengaku kalah. Itu
pun sempat mereka gunakan tektik tektik kotor di
kawasan kawasan DUN tertentu. Di saat saat akhir
Mahathir telah berkempen di kawasan DUN berkenaan dan
disitulah tektik tektik kotor digunakan! Sebenarnya
pengundi pengundi di kawasan DUN tersebut telah
menyampah melihat muka Mahathir! Sepatutnya majoriti
kemenangan untuk DSWA ialah lebih  besar tapi untuk
menunjukkan bahawa sokongan terhadap DSAI telah
merosot, dengan sengajanya tektik tektik kotor
digunakan untuk mengurangkan majoriti kemenangan!
Sebenarnya majoriti kemenangan untuk DSWA ialah jauh
lebih besar! 

Di parlimen Parit, sayang sekali angin perubahan tidak
dapat menyelamatkan Megat Junid yang telah tewas
walaupun usaha usaha dibuat juga untuk memenangi
kawasan tersebut. Dengan mengguna tektik tektik kotor,
mereka terlalu konfiden Megat akan menang walaupun
beliau dipindahkan ke kawasan tersebut di saat saat
akhir. Don’t worry Megat, we will take care and
ensure your victory tapi oleh kerana jurang perbezaan
sebenar terlalu besar sehinggakan tektik tektik kotor
pun tidak berupaya membawa kemenangan kepada Megat,
dan oleh kerana takut rakyat akan sedar dengan tektik
tektik kotor mereka, mahu tak mahu Megat terpaksa
dikambinghitamkan! Megat akhirnya tewas! Untuk
menyelamatkan air muka Megat, seorang konspirator
yang mempunyai skandal skandal, majoriti kekalahan
diberitakan tipis setelah peratus yang  keluar
mengundi dinaikkan! 

Najib sepatutnya tewas tapi dengan penipuan, telah
menang dengan tipis. Macam mana Najib boleh menang
juga kalau bukan dengan mengguna tektik tektik kotor?
Tiba tiba muncul beg beg baru yang mengandungi kertas
kertas undi semasa proses pengiraan undi sedang
berjalan ketika status pengiraan ketika itu jelas
menunjukkan Najib tertinggal di belakang! Hairan bin
ajaib, tiba tiba undi banyak untuk Najib!! Mungkin
undi undi pos  yang sepatutnya diberi kepada Annuar
Musa tapi telah digunakan di kawasan Najib!! Bukankah
Annuar Musa ada menyatakan baru baru ini bahawa undi
pos yang sepatutnya beliau terima tidak diterimanya!
Hah, terbongkarlah tektik kotor calun calun  UMNO yang
rata rata bergantung kepada undi undi pos!! Dah guna
undi hantu tak cukup nak menang kena ada undi pos
pula!! 

Keenam, kerana sudah kurang yakin BN/UMNO boleh
memenangi banyak kerusi di Semenanjung setelah
menerima laporan laporan SB dan perisik tentera, untuk
memastikan kemenangan dan menghindar risiko kekalahan,
salah satu strategi Mahathir dan para konspirators
ialah menumpukan perhatian kepada Sarawak dan Sabah.  
Di negeri negeri tersebut diberitakan pengundi
pengundi hantu dan pos dan penipuan penipuan seperti
menukar kotak kotak undi dan peraturan peraturan
mengundi tidak dipatuhi, telah berlaku dengan
berleluasa dan secara terang terang. Walaupun pada jam
4 petang rekod jumlah pengundi yang keluar mengundi
ialah kecil tapi bila keputusan disiarkan, tiba tiba
peratus yang keluar mengundi menjadi besar!! Pelik!!
Wang ringgit juga disogokkan kepada pengundi pengundi.
Ini berlaklu secara terang terang! Tak percaya,
tanyalah pengundi pengundi di Sarawak dan Sabah! Maka
tak hairanlah BN menyapu bersih kesemua kerusi di
Sarawak yang juga mempunyai Ketua Menteri yang
bermasalah, dan majoriti kerusi di Sabah termasuk
kerusi kerusi yang disifatkan hitam. Diberitakan di
Sarawak, semasa pengiraan undi jelas banyak kawasan
yang tumbang ketika itu tapi tiba tiba, negeri
tersebut dilanda kegelapan. Power failure dan apabila
bekalan elektrik dipulihkan, tiba tiba calun calun BN
mendahului calun calun BA, khususnya calun calun
KEADILAN. Ini disaksi sendiri oleh ramai pemerhati.
Tak percaya tanyalah orang orang Sarawak yang
berada di pusat pusat pengiraan undi! Tektik yang sama
yang pernah diguna oleh Mahathir apabila ia dicabar
oleh Ku Li dulu semasa pemilihan jawatan presiden
UMNO! 

Cuba kita fikirkan di mana lojiknya dengan logistik
yang wujud di negeri negeri tersebut, keputusan
keputusannya dapat disiar dan diketahui lebih awal
dari negeri negeri yang lain? Cuba fikirkan, untuk
pilihanraya negeri negeri tersebut, sekurang
kurangnya dua hari diperlukan sebelum keputusan
diketahui tapi kali ini, sebelum jam 9 malam hampir
tiga suku keputusan keputusan dari negeri negeri
tersebut telah diketahui!! Hebat sungguh! Bukankah
sebelum mengundi lagi sudah ada berita dari SPR yang
menyatakan bahawa keputusan keputusan dari negeri
negeri tersebut akan  diketahui lebih awal??? Apa
makna
pengumuman ini? Tong tong undi telah ditukar  atau
tong tong baru tiba tiba timbul telah berlaku secara
terang terang di negeri negeri tersebut. Prosedur
prosedur mengundi atau pengiraan undi tidak langsung
dipatuhi. Sebenarnya keputusan keputusan untuk negeri
negeri tersebut telah ditentukan sebelum pengundian
berjalan lagi kerana Mahathir ada membuat kenyataan
sebelum itu bahawa BN konfiden menyapu bersih kesemua
kerusi di negeri negeri tersebut!  Hairankan, tekaan
Mahathir amat tepat sekali! 

Rakyat negeri Sabah juga terkejut apabila Pairin
menang tipis di kubu kuatnya! Tidak lama sebelum itu
dalam pilihanraya negeri,  Pairin telah menang besar
untuk kerusi DUN tapi untuk kerusi parlimen, beliau
hampir kalah! Takkan dalam masa beberapa bulan saja,
pengundi pengundi sudah berpaling tadah terhadap
Pairin yang diakui sebagai Raja Kadazan! Mana
logiknya? Bukankah tektik tektik kotor telah digunakan
juga untuk cuba membawa kemenangan BN di kawasan
Pairin?. Banyak kawasan kawasan di Sabah dan Sarawak
yang diberitakan BN kalah tapi tektik tektik kotor
telah digunakan. Ini diakui sendiri oleh pegawai
pegawai SPR setempat yang telah diugut dan
dirasuahkan! Di Sabah dan Sarawak, money talks!!
Sebelum pilihanraya lagi, bukankah Mahathir asik
menekankan kemenangan melebehi dua pertiga? Lebih dari
40 kerusi ialah dari Sarawak dan Sabah yang mesti
diperolehi oleh BN at all cost! 

Ketujuh, tektik menakut nakutkan pengundi khususnya
pengundi pengundi bukan Islam dengan iklan iklan yang
tidak bermoral yang kononnya diterbitkan oleh
penyokong penyokong BN dan juga tektik melaga lagakan
PAS dan DAP, memang tidak dinafikan adalah satu tektik
paling kotor menjelang pilihanraya. Tapi, percayalah, 
ini ialah hanya untuk mengaburi pandangan  mereka.
Sebagai penyebab atau alasan mengapa BN boleh menang
besar walhal mereka telah awal awal lagi mengatur
strategi kotor dan licik untuk memenangi pilihanraya
tersebut secara penipuan. Kononnya tektik tektik ini
boleh menakutkan pengundi pengundi bukan Islam/ Melayu
yang akan memberi undi mereka kepada calun calun BN.
Itulah gambaran yang mereka perdayakan rakyat tetapi
apa yang sebenarnya berlaku ialah mereka sudah atur
dan menyediakan strategi strategi kotor dengan segala
bentuk penipuan! Awal awal lagi! Majoriti rakyat tidak
sedar permainan kotor dan licik ini ciptaan  Mahathir
dan para konspirators. Ramai yang termakan dengan
propaganda bahawa pengundi pengundi bukan Islamlah
yang memberi sokongan padu kepada BN! Itulah yang cuba
dipaparkan dalam media media cetak milik UMNO!
Sebenarnya tidak! Jika 100 peratus undi pengundi bukan
Islam pergi ke BN pun, tak mungkin BN boleh menang
besar! Tak mungkin! Lagi pun bukan semua pengundi
pengundi bukan Islam yang memberi undi undi mereka
kepada calun calun BN! Majoriti pengundi pengundi
Melayu pun telah memberi undi undi mereka kepada BA.
Jadi, macam mana BN boleh menang besar sungguh sungguh
menghairankan?? 

Kelapan, Gerak Gempur Pemuda dan Wanita UMNO ialah
hanya satu strategi untuk mengaburi pandangan rakyat
kononnya kemenangan BN ialah atas usaha kumpulan gerak
gempur ini. Maka kita nampaklah pemuda pemuda dengan
jeket gerak gempur mereka di mana mana jua menjelang
pilihanraya. Ramai pengundi pengundi di kampong
kampong yang menyatakan mereka TIDAK PERNAH didatangi
oleh kumpulan ini menjelang pilihanraya. Mana ada?
Sebenarnya, JENTERA PILIHANRAYA UMNO  TELAH LUMPUH 
tapi untuk mengcreatekan impression bahawa kononnya
ada usaha usaha gigih UMNO yang membolehkan calun
calun UMNO/BN menang, maka ditubuhkanlah kumpulan
tersebut yang pada hakikatnya, langsung TIDAK
BERFUNGSI-setakat menayang jeket sahaja kerana mereka
sedar, jika mereka cuba berkempen di kampong kampong,
mereka tidak akan menerima sebarang sambutan!
Sebaliknya kumpulan ini dicemuh dan diherdik! Itulah
yang berlaku-ceramah ceramah UMNO langsung tidak
mendapat sambutan. Makanan berlimpah limpah, lebih
banyak dari yang hadir berbanding dengan ceramah
ceramah BA! Amat jelas sekali kumpulan gerak gempur
ini yang dibekalkan jeket berlambang BN ialah hanya
untuk mengaburi pandangan rakyat! Mahathir dan para
konspirators pada awal awal lagi sudah mengatur
strategi menipu dengan dibantu oleh SPR dan SB SB! SB
SB pun ada menyamar dengan jeket BN ini!! Mahathir
sedar tidak ada jalan lain lagi untuk memenangi
pilihanraya kali ini melainkan MENIPU!  Beliau perlu
menyelamatkan dirinya, keluarganya, para konspirators
dan juga orang orang seperti peguam negara, hakim
hakim, pegawai pegawai tinggi PDRM, segolongan pegawai
pegawai tinggi kerajaan…ramai lagi yang telah diheret
bersama. Arus kebangkitan dan kemarahan rakyat
tidak lagi dapat dibendung secara demokratik. Satu
demi satu hujah hujah yang cuba disampaikan melalui
media media massa milik mereka, tidak lagi diterima
oleh rakyat. Sebaliknya, rakyat makin nampak segala
kemungkaran dan kerja kotor dan fitnah Mahathir dan
para konspirators. Dalam keadaan demikian, when the
stakes were so big, fikirlah, what choice did Mahathir
have in order to win the election? Resort to dirty
tactics-CHEATING and that's what they exactly did!.
Very very  DIRTY! 

Kesembilan, sekali lagi untuk mengaburi pandangan
rakyat dan dunia, Mahathir dan para konspirators
dengan sengaja
memaparkan adegan dalam media media massa yang
menunjukkan para tentera keluar mengundi. Ini ialah
for your eyes only tapi yang sebenarnya berlaku  ialah
setelah mengetahui 80 peratus dari undi undi tentera
memihak kepada BA, beg beg undi telah ditukar dengan
beg beg yang mengandungi kertas kertas undi yang telah
siap dipangkah BN! Untuk tontonan rakyat dan
satu dunia, dihidangkan dalam kaca TV para tentera
mengundi tapi keadaan macam mana tentera tentera
mengundi tidak ditunjukkan. Sekali lagi Mahathir dan
para konspirators berjaya menipu dan memperdayakan
rakyat! Diperbodohkan rakyat bulat bulat!! 

Kesepuloh, untuk meyakinkan rakyat sebelum rakyat
keluar mengundi, Mahathir sudah awal awal lagi
menyatakan bahawa 'the silent majority' akan membawa
kemenangan kepada BN/UMNO. Apa yang dimaksudkan dengan
'silent majority' ini? Tidak lain tidak bukan pengundi
pengundi yang tidak boleh bersuara dan tidak
nampak-pengundi pengundi pos dan hantu! Tanpa
disedari, Mahathir sudah 'preempt' penggunaan undi
undi macam ini. Satu lagi bukti ialah apabila Mahathir
berkata bahawa kakitangan kerajaan akan memberi
sokongan padu kepada BN/UMNO walhal 80 atau 90 peratus
kakitangan kerajaan sudah meluat dan jijik dengan
kepimpinannya dan UMNO. Apa tujuan Mahathir berkata
macam ini kalau bukan untuk mem'preempt'kan kemenangan
BN/UMNO kelak! Sebagai alasan untuk kemenangan! Jadi,
dengan fakta fakta macam ini, mana datangnya
kemenangan besar BN/UMNO kalau bukan dari penipuan??? 

Kesebelas, awal awal lagi Mahathir sudah berkata jika
BA menang akan tercetus huru hara. Ini bukan sahaja
tektik untuk menakutkan rakyat tapi juga tektik untuk
menghalalkan penipuan penipuan yang telah mereka
rancangkan. Kononnya  segala propaganda mereka membawa
kemenangan mutlak kepada BN/UMNO. Ini bukan sebab
sebenar. Yang membawa kemenangan kepada BN/UMNO
kononnya! Tidak! Ini hanya satu tektik untuk
MENGHALALKAN  AGENDA AGENDA PENIPUAN  mereka. Mereka
sebenarnya bimbang jika tektik kotor mereka bocor dan
rakyat tidak menerima keputusan pilihanraya tersebut.
Sebelum ini berlaku awal awal lagi Mahathir sudah
membuat kenyataan bahawa pihak lawan akan mencetuskan
huru hara kerana tidak menerima keputusan pilihanraya.
Segolongan menteri menteri kanan UMNO memang berada
dalam keadaan suspens kerana takut rahsia kotor
Mahathir dan para konspirators ini terbongkar. Risiko
tektik yang digunakan oleh orang orang yang sudah
TERSEPIT DAN DESPERATE ini terlalu tinggi! Maka tak
hairanlah sebelum pilihanraya lagi sudah disiarkan
bukti  di mana Pak Lah sudah menempah tiket
kapalterbang untuk berhijrah ke negara luar!! 

Ramai yang tertanya tanya dan frust apabila mendengar
keputusan pilihanraya kali ini. Majoriti tidak percaya
dengan keputusan keputusan yang dihidangkan. Macam
mana BN/UMNO boleh menang besar walhal jenteranya
sudah lumpuh? Walhal angin perubahan sudah lama
dirasai! Ramai juga yang termakan dengan tektik halus
dan licik Mahathir dan para konspirators yang
telah merancang begitu rapi seolah olah pengundi
pengundi bukan Melayulah yang membawa kemenangan besar
kepada BN/UMNO! Kit Siang dan Karpal boleh tumbang dan
Pairin pun menang dengan tipis!! Ramai yang terpedaya
dengan TEORI ini yang dicipta oleh Mahathir dan para
konspirators! Sehingga ramai yang tidak sedar di saat
saat kemenangan secara menipu BN sudah dipasang KAKI
KAKI SORAK  dalam dewan untuk menjerit 'hidup
Mahathir'! Satu tektik ala Yahudi untuk melonjakkan
IMEJ BOS!! Mengikut orang orang dalam, sebenarnya
semasa Mahathir membuat pengumuman pada pagi
tersebut, beliau dikelilingi oleh SB SB! Ramai SB SB
dalam dewan tersebut dari ahli ahli UMNO untuk
menyambut kemenangan BN/UMNO! Mana SB SB tak terlibat
kerana merekalah yang merancang tilam sebagai bahan
bukti dan diusung ke mahkamah dan pengakuan demi
pengakuan yang direka dan dipaksa oleh mereka, jenis
peluru pun tak sama dengan pistol seperti yang
dilakukan terhadap Dato Nalla!! Selepas pengakuan
bersumpah Dato Murad, beliau hilang secara misteri!
Ini
semua kerja SB SB yang terpaksa untuk mempertahankan
institusi PDRM yang telah diliwat dan dikotori oleh
pihak pihak tertentu! 

Percayalah, the stakes were so big and Mahathir had no
other choice but to win the elections by HOOK OR BY
CROOK and that's what he exactly did! Satu keputusan
yang sungguh mencurigakan. Satu keputusan yang boleh
dipertikaikan dengan disokong oleh BUKTI BUKTI KUKUH!
Kalau betul kemenangan BN/UMNO diiktiraf sepatutnya
BSKL kita melonjak naik sejurus selepas BN menang
besar seperti apa yang berlaku apabila Golkar tumbang
dan Gus Dur mengambil alih pemerintahan. Tapi,
sebaliknya berlaku, sejurus selepas 'kemenangan besar'
BN, indeks BSKL melarah turun! Satu petunjuk bahawa
pelabur pelabur pun tidak YAKIN dengan kemenangan
BN/UMNO!! A CLEAR CASE OF CRISIS OF CONFIDENCE!
Pelabur
pelabur pun tahu Mahathir dan BN menang cara MENIPU!!
Sekali lagi MINDA kita dihina dan diperlecehkan!! 

Jika kita tidak mahu menerima kesahihan keputusan
pilihanraya yang baru lalu, jika kita tidak mahu minda
kita dihina lagi oleh Mahathir dan para konspirators,
marilah kita cari dan dedahkan bukti bukti kukuh
bahawa memang benar terdapat bermacam penipuan semasa
pilihanraya ke 10 yang baru berlalu. Kita syurkan
mereka yang terlibat dengan agenda agenda kotor dan
penipuan dan yang ada conscience, tampillah ke
hadapan! How can we allow this rubbish to happen?? How
can we allow them to get away with all the dirty
things that they have done? 

Selama lebih dari satu tahun, kita dihidangkan satu
persatu cerita cerita karut yang direka cipta oleh
Mahathir dan para konspirators yang ternyata menghina
minda kita. Mahathir dah buat kita ni macam orang
orang bodoh! Dipaksanya kita percaya dengan propaganda
propaganda rekaan mereka yang menjijikkan. Masihkah
kita mahu menerima keputusan pilihanraya ini?
Risikonya terlalu tinggi apabila Mahathir menang-dia
boleh berkata dia sudah dapat mandat baru untuk
melakukan apa saja….the rakyat sudah mengendorsekan
apa yang beliau lakukan kepada institusi kehakiman dan
PDRM! Mahathir has made the voting  Malaysians look
stupid in the eyes of the world! Maruah kita telah
dihina oleh Mahathir!! Jika tidak ada pilihan, why not
GO INTERNATIONAL!! Kita kemukakan bukti bukti
penyelewengan ini kepada badan badan dunia, termasuk
juga PBB, OIC  dan Pertubuhan Komanwel  supaya satu
dunia nampak Mahathir dan BN telah menang
pilihanraya ke 10 melalui penipuan! 

PROFESSOR KAJIAN STRATEGIK 
  


_________________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.com address at http://mail.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?Hero=20Noone?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke