*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum,

Saudara/i para netters yang dikasihi Allah,

Janji Allah dalam topik yang sedang kita bincangkan ini adalah satu janji 
yang khusus untuk umat Islam di akhir zaman. Sebenarnya jika teliti dalam 
sejarah telah menjelaskan bahawa sebelum sesuatu kebangkitan itu, terdapat 
isyarat-isyarat awal daripada Allah. sama ada secara langsung mahupun secara 
tidak langsung.
Umpamanya, sebelum kelahiran Nabi Musa a.s, para nujum Firaun telah 
meramalkan kedatangan seorang pemuda yang bakal menjatuhkan kekuasaan 
Firaun. Maka dibunuh semua anak laki-laki, termasuk yang masih di dalam 
kandungan. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Anak yang Allah 
selamatkan itu hidup dan membesar di dalam istana Firaun sehingga tiba waktu 
perjuangannya memuncak, iaitu diutus sebagai Rasul.
Kelahiran Nabi yang mulia, Rasulullah SAW juga telah disebut di dalam 
kitab-kitab Allah yang sebelumnya. Kerana itu pendita dan rahib Yahudi dan 
Nasrani amat peka dengan sifat-sifat lahiriah Rasulullah SAW sejak kecil 
lagi.
Banyak perkara-perkara yang belum berlaku di sesuatu zaman itu yang telah 
diberutahu lebih awal. Itulah bukti bahawa Allah SWT itu Maha Mengetahui. 
Bahkan sebelum diciptakan Nabi Adam a.s pun telah diberitahu lebih awal 
kepada para Malaikat.
Di antara perkara-perkara yang telah diberitahu melalui lidah Rasulullah 
SAW, tidak berlaku di waktu hayat baginda tetapi berlaku setelah baginda 
wafat, malah memakan masa ratusan tahun.
1. Ada di kalangan isteri Rasulullah SAW yang akan di salak anjing.-kejadian 
ini berlaku kepada Sayidatina Aisyah r. a dalam peperangan Jamal.
2. Sabda Baginda SAW: "Timur dan Barat akan terbuka untuk kamu" (Riwayat 
Ahmad)
Ketika ungkapan ini dikeluarkan, Rom dan Parsi masih berkuasa dan belum 
tumbang lagi. Malah di dalam Al Quran juga Allah SWT menjanjikan kemenangan 
umat Islam atas Rom dan Farsi
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Rom dikalahkan oleh farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu 
akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Samaada sebelum dan 
selepas, semuanya dalam urusan Allah. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang 
Mukmin bergembira dengaan pertolongan Allah itu." (Ar Rum: 2-4)
3. Hadis lain pula menyebutkan: "Ilmu Islam dan kefasihan bahasa Arab akan 
diwarisi oleh orang Mesir." Ertinya Mesir akan menjadi pusat ilmu Islam dan 
orang-orang akan lebih fasih dengan bahasa Al Quran dan Hadis dibandingkan 
dengan bangsa-bangsa Arab yang lain sedangkan sehingga wafatnya Rasulullah 
SAW Mesir masih belum dibuka dan masih di bawah kekuasaan Rom.
Namun apa yang disabdakan itu telah benar-benar berlaku dengan terbangunnya 
Universiti Al Azhar. Sejak itu Mesir menjadi pusat Ilmu Islam.
Disinilah pentingnya keyakinan, dan para sahabat adalah golongan yang sangat 
yakin dengan janji-janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW. Mereka 
bersungguh-sungguh menagih janji itu. Mereka berusaha untuk membuktikan 
kebenaran janji-janji itu dan mereka yakin akan pasti terjadi.
Andainya para sahabat itu tidak yakin atau bersikap acuh tidak acuh, atau 
mereka merasa cukup sekadar Islamnya Mekah dan Madinah sahaja, atau mereka 
lebih memikirkan sekadar cukup dengan ibadah dan membaiki diri sahaja, sudah 
tentulah tidak berlaku sebahagian besar daripada para sahabat itu mati di 
luar Mekah dan Madinah.
4. Cuba lihat lagi sikap para sahabat terhadap janji Allah SWT. Rasulullah 
SAW bersabda, "Konstantinopel akan jatuh ke atas tangan seorang Amir (ketua) 
yang baik lagi beragama, tenteranya tidak melampau, tidak mencuri dan 
rakyatnya tidak penipu dan tidak bergaul bebas (baik)". (Riwayat Imam Abul 
Hasan Ahmad bin Jaafar)
Rasulullah SAW menyebutnya secara umum tanpa tahun, kurun mana, siapa, kaum 
mana dan siapa pemimpin tersebut. Oleh kerana yang memberitahu itu adalah 
Rasulullah SAW sendiri, maka sejak zaman sahabat lagi mereka ghairah dan 
berlumba-lumba merebut janji tersebut dengan harapan kemenangan itu bakal 
terjadi di tangan mereka. Di antara sahabat yang mencubanya ialah Abu Ayyub 
Al Ansari, Ahmad Al Ansari, Hamidullah Al  Ansari dan Abu Tsabit Al Hudri. 
Dan makam mereka berada di sepanjang tembok kubu Rom itu.
Mereka tidak berjaya mendapatkan gelaran "Pemimpin yang baik" itu kerana 
bukan mereka yang diisyaratkan. Namun perjuangan itu terus sambung 
bersambung. Hanya selepas 600 tahun dari sabda Rasulullah SAW itu barulah 
ianya terjadi di tangan Muhammad Al Fateh dari keturunan Bani Othman.
Walaupun begitu Allah SWT tidak mensia-siakan pengorbanan dan jihad mereka 
yang gagal dalam menagih janji Allah itu, tetap dikira sebagai ibadah yang 
meraih pahala syahid. Apa yang penting ialah keyakinan dan sikap mereka 
terhadap janji Allah SWT itu. Keyakinan dan sikap itu sewajarnya dimiliki 
oleh umat Islam di zaman ini. Kerana di zaman ini juga ada isyarat dan janji 
Allah SWT untuk umat Islam memburu dan meraih darjah dan keutamaan 
menagihnya.

Ikuti seterusnya, InsyaAllah,
Wassalam.

Arjuna Armada

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke