*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Walaupun pembinaan Lebuhraya pantai Timur masih lagi hangat perdebatkan... 
tapi kita dapat mengjangkakan bahawa pembinaan tersebut tentu akan membawa 
perubahan yg besar dari segi ekonomi kepada rakyat pantai Timur.

Saya percaya kerajaan Terengganu tentu tiada masalah dalam membenarkan 
pembinaan lebuhraya tersebut kerana ianya sudah pasti akan membawa 
keuntungan kepada rakyat negeri tersebut dlm jangkamasa panjang.

Cuma apa yg dikhuatiri adalah tindakan pihak2 yg berkepentingan yg akan 
mempolitikkan pembinaan tersebut dgn bermacam2 alasan...  salah satu alasan 
yg telah timbul adalah kos pembinaan yg tinggi untuk pembinaan tersebut. Kos 
yg tinggi tersebut sudah tentulah akan dijadikan alasan utk meletakkan harga 
kutipan tol yg tinggi kelak.

Dan apabila pengguna mulai merungut, maka kerajaan tempatan sudah tentu akan 
disalahkan. Ini mungkin boleh dijadikan senjata utk memburuk2kan kerajaan 
terengganu suatu hari kelak.

Dan yg menjadi kehairanan kita ialah alasan utk tidak melanjutkan pembinaan 
lebuhraya tersebut ke terengganu adalah kerana kerajaan terengganu telah 
menghapuskan di jambatan Sultan Mahmud. Walhal kita semua sedia maklum 
bahawa tol tersebut memang tidak wajar wujud kerana ianya adalah dalam jarak 
yg pendek dan sudah tentulah dapat ditanggung pembinaannya oleh kerajaan 
terengganu sebelum ini yg kaya dgn hasil royalti minyak. Adalah sesuatu yg 
menyedihkan sekiranya kekayaan negeri tidak dapat dirasai oleh rakyak 
tempatan itu sendiri.

Satu lagi yg menjadi tanda tanya adalah mengapakah pembinaan itu hanya 
dicadangkan setakat tengganu sahaja walhal sebelum ni isu tol tidak timbul 
sama sekali di Kelantan. Apakah kerajaan Malaysia sengaja ingin menafikan 
hak rakyat Kelantan dalam menikmati kemudahan tersebut. Ataupun adakah 
memang Kerajaan Malaysia ingin membiarkan Kelantan begitu sahaja supaya 
menjadi satu peringatan atau alsan kempennya di masa akan datang.

Persoalannya disini sebenarnya bukanlah berkitan dgn tol, persoalan sebenar 
ialah keikhlasan utuk membangunkan Malaysia. Adalah menjadi tanggungjawab 
setiap kerajaan (pusat)utk memberikan setiap kemudahan yg sama rata kepada 
semua penduduk Malaysia. Tidak kiralah samada kerajaan itu dipimpin oleh BN 
atau PAS atu parti2 lain kerana rakyat seluruh Malaysia  semuanya membayar 
kadar cukai jalan/pendapatan  yg sama. Lainlah kalau rakyat pantai timur 
tidak membayar cukai atau membayar dgn kadar yg rendah berbanding penduduk 
di negeri2 lain. Maka adalah munasabah bagi kerajaan pusat utk 
menganaktirikan penduduk dipantai timur.

Kami juga ada hak utk menikmati itu semua.


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "namo ambo nik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke