*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum sdra,
Nampak nya hal serban ini sudah jadi issue.  Tiada sesiapa pun yg kata 
berserban itu wajib.  Dan kita dimaklumkan bahawa ia adalah sunnah.  Yg 
didapati di Mekah, Madinah itu adalah amalan pengikut fahaman Wahabbi.  
Tentang status hadith yg dibawa oleh sdra Abdul Rahman itu, ia adalah kerana 
beliau sebagai penganut fahaman Salafi.
Tentunya ada sebab yg kukuh kenapa Tuan-Guru2 memakai serban.  Kita ni  
diperingkat awam, dok sibuk nak bahath kan perkara itu dgn ilmu yg ada pada 
kita yg tak seberapa ini.
Masa ada kelapangan pergi lah berjumpa Tuan Guru pilihan anda dan tanya 
beliau kenapa pakai serban.  Dengan itu dapatlah kita maklumat yg lebih 
jelas dari apa yg kita sangkakan.
Bagi saya ia adalah sunnah.  Buat, dapat pahala; tak buat tak berdosa, tapi 
rugi pahala yg bakal didapati itu.
Berkat Tuan-Guru2 berserban pun ada.
Sdra2 diUtara, eloklah kempen YB2 Dato' Fadhil Nor dan Hashim Jasin pakai 
serban.  Bukan kerana nak langgar pendapat sdra Abdul Rahman, tapi sekadar 
kalau lah kita beruniform itu kan lebih baik.
Dgn itu saya ingin mangajak sdra2 sekelian, sekiranya boleh, silalah pakai 
serban bersama.  Kalau nak bezakan dgn sdra2 kita dari jemaah tabligh, 
senang saja.  Ikat serban itu ikut cara Tuan-Guru2 kita.
Sekian, harap maklum.
Wassalamu'alaikum.

................................................


>From: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: Re: H-Net* Re: Serban : Faktor Kemenangan PAS
>Date: Tue, 28 Dec 1999 18:16:39 -0800 (PST)
>
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum
>
>Saya meragui samada benar ataupun tidak serban yang
>dimaksudkan adalah cara ikatan seperti yang dipakai
>oleh cth TG Nik Aziz.
>
>Sebabnya. Orang Arab Saudi terutama yang berada di
>Mekah dan Medina hampir tiada yang memakai serban.
>Saya perhatikan kebanyakan yang memakai serban ialah
>orang dari benua India spt Pakistan, bangladesh, dll,
>serta Mesir,dan sekitarnya.
>
>Mungkinkah budak-budak Tabligh terikut-ikut pemakaian
>orang benua India? Spt baju marlbari, seluar mamak dan
>pakai serban.
>
>Di ketahui Orang Arab antara orang yang kuat
>mempertahankan Sunnah, dan pembelajaran mereka tentang
>sunnah lebih rapat iaitu dari keturunan masing-masing
>selain dari buku/kitab rujukan. Berbanding dengan kita
>yang belajar dari ustaz yang juga merujuk buku/kitab.
>
>Saya ambil contoh Mufti Mekah sendiri tidak memakai
>serban spt TG Hj Hadi Awang. Mufti Mekah memang
>terkenal sebagai pakar rujuk hal Islam dan sunnah
>nabi. Maka agak sukar saya terima jika pakar rujuk
>sendiri tidak menjalankan sunnah pemakaian serban.
>
>Adakah mungkin serban yang dimaksudkan adalah
>penutupan kepala tak kira songkok, kopiah, kain + agle
>dll. wallahuaklam.
>
>
>
>
>--- AS SALAFU ASLAM <[EMAIL PROTECTED]>

>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Assalamualaikum,
> >
> >     Saya ingin meminta saudara Sani Norku supaya
> > memberikan maklumat
> > berkenaan dengan STATUS hadith2 di bawah ini, samada
> > SAHIH, HASSAN
> > ataupun DAEEF?.
> >
> > Ini kerana dalam isu berkenaan dengan SERBAN ini
> > terdapat banyak
> > HADEETH2 yang PALSU dan DAEEF yang menjadi pegangan
> > BANYAK ORANG.
> >
> > Oleh kerana saudara telah pun menjadikan SERBAN
> > sebagai HUJJAH ertinya
> > hadeeth2 di bawah juga menjadi HUJJAH.  Maka,
> > haruslah hadeeth di bawah
> > bertaraf SAHIH ataupun HASSAN.
> >
> >
> > >> Assalamualaikum wbt,
> > >>
> > >> Tanpa disedari kemenangan PAS di Kelantan dan
> > >> Terengganu itu telah diketuai oleh dua orang
> > pemimpin
> > >> mereka yg komited dgn sunnah Rasulullah saw
> > termasuk
> > >> dlm bab berpakaian.
> > >> Saya merasakan bahawa faktor jubah dan serban ini
> > >> telah menjadi salah satu faktor besar [secara
> > >> tersirat] yg membantu kemenangan PAS sehingga
> > >> tertubuhnya kerajaan dikedua-dua negeri tersebut.
> > Utk
> > >> itu, marilah kita sama-sama meninjau
> > maksud-maksud
> > >> hadis spt berikut:
> > >>
> > >> 1. “Sentiasalah umatku itu di atas fitrah
> > (tabiat)
> > >> ugama Islam selama mereka memakai serban di atas
> > >> songkok” [Riwayat Imam ad-Dailami]
> > >
> > Ad-Dailami tidak dikira sebagai SUNNAN SITTAH.
> > Ertinya banyak hadeeth
> > riwayat beliau TIDAK SAHIH ataupun HASSAN.  Malahan
> > ada hadeeth2 beliau
> > yang GHAREEB, DAEEF dan MAUDHU.
> >
> > >> 2. “Perbezaan antara kita (umat Islam) dgn org
> > musyrik
> > >> ialah memakai serban di atas songkok,” [Riwayat
> > Abu
> > >> Dawud]
> > >
> > Hadeeth ini juga bunyinya GANJIL dan memerlukan
> > CONFIRMATION berkenaan
> > dengan
> > status hadeeth ini.
> >
> > >> 3. Nabi saw suatu hari (hari Ghadir Khum) telah
> > >> memanggil Saidina Ali krw dan memakaikannya
> > serban yg
> > >> mempunyai ekor diantara dua belikat, kemudian
> > baginda
> > >> bersabda:
> > >> “Macam inilah kamu memakai serban, kerana serban
> > itu
> > >> sebagai lambang (tanda/syiar) Islam dan serban
> > juga yg
> > >> membezakan diantara org Islam dgn org musyrik,”
> > >> [riwayat Imam Abu Naim]
> > >
> >
> > Abu Naim walaupun seorang yang bertaraf AL HAFEEZ
> > dan dikira sebagai
> > SANAD BUKHARI, tetapi hadeeth2 beliau bukan semuanya
> > SAHIH.
> >
> > >> Seterusnya, mari kita lihat apa peranan serban
> > ini dlm membantu
> > >> kemenangan pejuang Islam:
> > >
> >
> > Hujjah saudara berkenaan dengan SERBAN sebagai
> > FAKTOR KEMENANGAN PAS
> > adalah sangat tidak kuat kerana:
> >
> > 1) Terdapat banyak kawasan di mana wakil2 PAS menang
> > tetapi mereka ini
> > TIDAK MEMAKAI SERBAN.
> >
> > 2) Pimpinan PAS tidak pernah menjadikan SERBAN
> > sebagai WAJIB.  Malahan
> > tidak ada NAs yang menjadikannya wajib.
> >
> > 3) Di setangah2 tempat, memakai KOPIAH pun tidak
> > HIKMAH sekiranya kita
> > bertanding kerana ianya akan menakutkan pengundi
> > CINA dan INDIA.
> >
> > 4) Oleh kerana hukumnya tidak wajib maka JANGANLAH
> > kita memberatkan
> > hukumnya dan kepentingannya.
> >
> > >>
> > >>
> > >> 4. “Serban itu ketenangan org mukmin dan
> > kemenangan
> > >> org Arab (Islam). Apabila org Arab membuang
> > serban
> > >> mereka, maka bererti mereka telah membuang
> > kemuliaan
> > >> dan kemenangan mereka,” [riwayat Ibnu Laal dan
> > sanad
> > >> oleh daripada sahabat Amran bin Hussin]
> > >>
> > >> 5. “Serban itu mahkota org Arab (Islam), apabila
> > >> mereka menanggallkan serban bererti mereka telah
> > >> menanggalkan kemuliaan dan kemenangan mereka,”
> > >> [riwayat Ad Dailami]
> > >>
> > >> Berkenaan dgn dua hadis ini, Al Alamah Mufti
> > Brunei,
> > >> Hj Ismail bin Omar Abd Aziz berkata:
> > >>
> > >> “Ini adalah mukjizat Nabi saw kerana serban itu
> > adalah
> > >> pakaian org Arab (Islam). Tiadalah terfikir
> > bahawa org
> > >> Arab akan membuangkan serban mereka.” [Kitab
> > Peribadi
> > >> Org Muslim]
> > >>
> > >> Seterusnya kita lihat realiti kejatuhan Empayar
> > >> Othmaniah, di mana sultan-sulatan yg kemudian
> > telah
> > >> menukarkan serban pakaian Muhammad al-Fateh kpd
> > >> tarbus-tarbus. Akhirnya tarbus-tarbus ini
> > akhirnya
> > >> hilang langsung dan terus menggondolkan kepala.
> > >> Pertukaran-pertuakaran dari serban kpd kopiah
> > semata,
> > >> kpd tarbus dan seterusnya kpd gondol tanpa
> > sebarang
> > >> penutup kepala adalah selari dgn kelemahan iman
> > dan
> > >> taqwa para sultan, pembesar, ulama dan rakyatnya.
> > Ini
> > >> diikuti pula oleh kelemahan pentadbiran
> > sehinggalah
> > >> Turki terjajah oleh org Barat.
> > >>
> > >> Begitu juga realiti keadaan Islam dan para
> > pejuangnya
> > >> di merata dunia. Tiada satupun jemaah yg menonjol
> > dan
> > >> dihormati lawan jika sunnah serban ini tidak
> > diamalkan
> > >> oleh jemaah tersebut esp para-para pucuk
> > pimpinan.
> > >>
> > >> Saya cuba mengetengahkan isu ini dahulu, tetapi
> > telah
> > >> mendapat reaksi sinis drp bbrp netters. Ada yg
> > >> berhujjah bahawa Hassan al-Banna tidak berserban,
> > Arab
> > >> Quraisy pun berserban, Yasser Arafat pun
> > berserban.
> > >> Jadi utk menjawab semua itu, renungilah kembali
> > lima
> > >> hadis yg dibawakan di atas. Adakah sama serban
> > Yasser
> > >> Arafat dan serban budaya umat Arab kini dgn
> > serban yg
> > >> disunnahkan daripada Rasulullah?
> > >>
> > >> Utk itu juga, saya mencadangkan agar para pucuk
> > >> pimpinan PAS di Perlis, di Kedah, di Selangor dan
> > esp.
> > >> Johor agar menjadikan pakain jubah dan serban ini
> > >> sebagai pakaian harian mulai sekarang. Ini pun
> > jikalau
> > >> PAS berhasrat ingin merampas negeri-negeri
> > tersebut
> >
>=== message truncated ===
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
>http://messenger.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Tad deBoar" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to