*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pemuda Bani Tamim (9) Assalamualaikum, Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah (yang telah dinyatakan sebelum ini), terdapat Tujuh tahap/fasa/peringkat yang terpaksa dilalui oleh Pemuda Bani Tamim. Sebelum dan selepas dia diserahkan kekuasaan di sebelah Timur, dia akan mengalami 7 peringkat yang selepas setiap peringkat itu, cabarannya makin bertambah getir iaitu; 1. mereka meminta kebaikan, iaitu mendirikan jemaah/toifah dan mengajak orang ramai kembali kepada Islam setelah hanyut sekian lama dalam arus jahiliyah. 2. permintaan mereka tidak diberikan, iaitu mereka ditindas dan ditekan. 3. mereka pun berjuang untuk mendapatkannya iaitu membina semula kekuatan yang lebih bersifat global demi memartabatkan semula Islam sebagai agama sejagat. 4. mereka memperolehi kemenangan iaitu mendapat daulah yang pertama di Timur. 5. mereka memperolehi daulah itu iaitu diberikan kekuasaan untuk mentadbir kawasan yang lebih luas, termasuk wilayah Khurasan dan kawasan antara Timur dengan Khurasan. Semua kawasan ini akan ditakluki oleh beliau – kebanyakannya secara aman. 6. mereka tidak menerimanya, iaitu menyatakan kekhalifahan itu sebenarnya bukan hak mereka. Beliau hanya menyatakan dirinya adalah pemimpin mereka sahaja, bukan khalifah yang sebenar-benarnya. 7. mereka menyerahkan kekuasaannya kepada Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu, pemimpin dan khalifah yang sebenar-benarnya. Penyerahan kuasa pemerintahan itu nanti akan berlaku di Baitulmaqdis iaitu pada pertemuan kali kedua mereka. Dalam pertemuan kali pertama di Baitullah dalam Masjidil Haram itu adalah pertemuan beliau untuk membaiat Imam Mahdi sebagai Khalifah Allah dan mentaatinya, bukan penyerahan kuasa. Semasa fasa ke-5, iaitu menakluki danmentadbir hingga ke wilayah Khurasan, ketika itulah mereka akan berdepan dengan musuh-musuh antarabangsa. Waktu itu barulah berlaku seperti yang disebut di dalam hadis berkenaan Pemuda dari Bani Hasyim yang akan berjuang bersama-sama beliau, tetapi akan mati syahid terlebih dahulu. Sebenarnya masih banyak rentetan peristiwa yang dikhabarkan akan berlaku sebelum itu. Kehadiran Pemuda Bani Hasyim adalah ketika pasukan mereka telah hampir untuk memasuki Baitul Maqdis. Sebelum itu beberapa peristiwa seperti pasukan Pemuda Bani Tamim berperang dengan Pakistan dan India (kawasan bergolak sekarang), bertemu dengan Al Haris Harras di Khurasan dsb. Harap para netters bersabar, masih panjang lagi huraian berkenaan Pemuda Bani Tamim yang amat ditakuti musuh Islam. Mereka meramalkan tahun 2000 inilah bakal munculnya seorang pemimpin yang disebut The Man From The East. Wassalam. Arjuna Armada ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>