*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasanya kalau usaha puak BN kali ini untuk menghadkan pengedaran Harakah
gagal mencapai matlamat mereka, lepas ni silap-silap mereka akan keluar
undang-undang siapa-siapa nak beli Harakah di kena tunjuk IC, kena tunjuk
bukti keahlian Pas, kena sain borang ke dan macam-macam lagi le...

To be fair kan, since akhbar awam hampir semuanya di control dan isi
kandungannya adalah berpihak kepada BN, so sepatutnya lah penjualan BH, UM,
Star, dll pun di hadkan pada ahli-ahli BN sahaja, tak gitu?

Kalau circulation akhbar-akhbar ni dihadkan pada ahli BN sahaja, alamat UM
kena bungkus dulu...

-----Original Message-----
From: Comb attt [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Friday, 31 December, 1999 8:34 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Harakah patuhi KDN: Jual di pejabat dan markaz PAS

 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
     
22 Ramadhan 1420 (30 Disember 1999) (KHAMIS)

Harakah patuhi KDN: Akhbar dijual di pejabat dan
markas PAS 

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Hrkh) - Harakah akan mematuhi
syarat pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar
akhbar itu dijual melalui pejabat serta markas PAS
sahaja berikutan persetujuan yang dicapai dalam
mesyuarat dengan pengedar uatama Harakah seluruh
negara di sini baru-baru ini. 

Pengarah Urusannya, Dato' Hishamuddin Yahya berkata,
Harakah juga akan dijual melalui langganan samada
secara langsung di ibu pejabatnya atau melalui
pengedar Harakah seluruh negara. 

Menurutnya, Harakah akan memohon tempoh selama dua
bulan kepada KDN untuk membolehkan system itu berjalan
sepenuhnya. 

Hishamuddin menjelaskan, sebelum ini, Harakah tidak
pernah melanggar sebarang syarat yang dikenakan oleh
KDN kecuali arahan yang terakhir ini yang agak lewat
dilaksanakan. 

"Ia berlaku kerana ketidakyakinan kami terhadap system
ini akan dikekalkan atau akan datang lagi peraturan
baru oleh KDN," katanya dalam kenyataan berita di
sini. 

"Sebelum ini, KDN mengarahkan kami agar Harakah dijual
di atas rak Harakah tersendiri yang ditulis
"Harakah-Untuk Ahli PAS Sahaja" tetapi selepas puluhan
ribu ringgit dibelanjakan untuk membeli dan menghantar
rak kepada pengedar, datang pula arahan baru yang
membatalkan arahan sebelumnya," katanya. 

Sehubungan itu, katanya, Harakah berharap tidak ada
lagi arahan baru yang akan membatalkan arahan KDN itu
selepas ini. 

Beliau juga mengharpkan pembaca Harakah bersabar
sehingga cara baru pengedaran ini dapat dilaksanakan
dan semua pengedar, kakitangan dan pembaca Harakah
diminta mengadakan solat hajat untuk keselamatan
Harakah. 

Comments? e-mail us [EMAIL PROTECTED] 
 
SEARCH HARAKAH DAILY Search this site powered by
FreeFind 
       
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>

Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke