*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam~

sedikit komen di bawah:-

"Dr. Tanpa Nama 98" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> ----------
> Definisi Fisabilillah:
> Mereka ialah pejuang Islam yg memasuki medan pertempuran sedang mrk
> mempunyai hak dlm daftar tentera (diwan al-jund) kerana kalimah sabil
> disebutkan secara mutlak adalah bermakna peperangan. Firman Allah S.W.T:
> "Sesungguhnya Allah mengasihani org yg berjuang utk membela agamaNya,
> dalam barisan yg teratur rapi..." (Surah As-Saff: ayat 4)
> 
> "Dan perangilah kerana menegakkan dan mempertahankan agama Allah..."
> (Surah Al-baqarah: ayat 190)
> 
> Ibnu Al-Athir berkata: "Ia (fisabilillah) boleh digunakan dalam pelbagai
> makna tetapi terhad." Riwayat daripada At-tabarani menyokong apa yg
> dikatakan oleh Ibnu Athir tadi.
> 
> Pada suatu hari, para sahabat berada bersama Rasulullah S.A.W dan mereka
> telah melihat seorang pemuda yg gagah lalu mereka pun berkata: "Kalaulah
> mudanya dan kegagahannya digunakan untuk jalan ALlah (yg mereka maksudkan
> ialah utk jihad dan menolong agama Allah)." (Al-Munziri dlm At-targhib
> menulis: ia diriwayatkan oleh At-Tabarani dan periwayat2 lain)
 

Nas2 di atas menyatakan dgn jelas yg fisabilillah adalah ibadat Perang


> Pendapat pendapat ulamak mazhab hanbali dan sbhgn drpd ulamak mazhab
> hanafi, mengerjakan haji adalah termasuk di dlm fisabilillah.
> 
> Drpd Ibnu Abbas r.a:
> "Bahawasanya seorang lelaki telah memberi seekor unta utk digunakan di
> jalan Allah (fisabilillah), lalu isteri lelaki itu hendak mengerjakan
> haji. Maka Nabi S.A.W bersabda kpdnya: "Tunggulah unta tersebut sbb haji
> termasuk fisabilillah." (Riwayat Abu Daud)


Dari Aisyah r.a ia berkata: " Kami minta izin kpd nabi s.a.w utk berjihad. Mak
baginda bersabda:'Cukup bagi kalian (wanita) menunaikan ibadah haji. Atau
sabda nabi: Jihad kamu sekelian kaum wanita adalah menunaikan ibadah haji: (HR
Ahmad)

Ddgn itu jelaslah kpd kita bahwa jihadnya kaum wanita adalah haji. Tidak boleh
bagi lelaki menggantikan Jihad dgn Haji melainkan dia benar2 seoarng wanita.
Dalm hal ini ulama berpendapat bahwa jihad wanita adalah haji dlm konteks
HUKUM JIHAd pada masa itu adalah fardhu kifayah. Bilamana hukum jihad menjadi
fardhu ain, wanita pun terpaksa berangkat perang.

 
> Fatwa Al-Qardhawi berdasarkan dalil-dalil di atas:
> "Walaupun konteks sabilillah tidak luas namun ia merangkumi semua
> kebaikan dan masalah. Tetapi aku tidak menyempitkannya dan ia tidak
> terhad kpd jihad tentera shj. Kadangkala jihad juga boleh dilakukan dgn
> pena dan lidah, pedang dan tombak, pemikiran, pendidikan, sosial,
> ekonomi, politik ataupun tentera. Yg penting ialah melaksanakan semua
> syarat asasnya, iaitu hendaklah fisabilillah iaitu bererti menolong agama
> Islam dan meninggikan kalimahNya di muka bumi. Yg dimaksudkan dgn jihad
> ialah mengutamakan jln Allah.

Ini memerlukan sedikit penjelasan. Pendapat di atas perlu dirincikan kpd 2
istilah iaitu jihad menurut istilah atau menurut bahasa (loghawi) yg bermaksud
mengerahkan segenap tenaga. Dan juga JIHAd menurut istilah Syarie iaitu
berperang/qital agar kalimah Allah tinggi.

 
> Al-Qardhawi meluaskan lagi makna jihad bersandarkan kpd dalil tertentu:
> 1. "Seafdal jihad ialah berkata benar di hadapan pemerintah zalim"
> (Riwayat Imam Ahmad, AN-nasa'ie, al-baihaqi daripada Tariq bin Syihab)

Nas di atas perlu diluaskan dan dirincikan lagi pembahasannya. Bilamana K'jaan
Islam itu sudah sedia ada dan tertegak spt Daulah Islam Othmaniyah,
abbassiyah, Umayah, dan syariat Allah berjalan,dan HUKUM jihad Qital fardhu
kifayah dan tatkala itu Pemerintah zalim, maka seafdhal jihad ialah meluruskan
pemerintah yg zhalim.

 
> 2. "Berjihadlah kamu terhadap musyrikin dgn harta, diri dan lidah
> kamu."(Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'ie, Ibnu hibban dan
> hakim drpd anas. Anas berkata hadith ini sahih)

HAdith ini memang shahih dan terkenal jua tetapi para ulama membahas dan
menjelaskannya lagi iaitu Ketika Perang Qital berjalan, maka usaha2 utk
memenangkannya samada mengobarkan semangat dgn lisan, mengorbankan harta demi
memperkuatkan tentera mujahidin dan mengorbankan jiwa sekaligus utk memenagkan
perang itu adalah dikira jihad.

> 3. Diriwayatkan olh imam Muslim drpd Ibn Mas'ud, bahawa Rasulullah S.A.W
> bersabda:
> "Tidak ada seorang nabi diutuskan ALlah kpd sesuatu umat sblm aku
> melainkan dia mempunyai pesuruh dan org yg mengamalkan sunnahnya serta
> mengikut arahannya. Kemudian setelah bbrp lama, mereka mengatakan apa yg
> tidak mereka lakukan serta melakukan apa yg tidak percayai. Maka sesiapa
> berjihad menentang mereka dgn kuasanya, dia beriman. Yg berjihad dgn
> lidahnya juga beriman. Dan yg berjihad dgn hatinya juga beriman. Selain
> drpd itu tidak sedikit iman pun."

HAdith ini menerangkan bahwa setingginya iman ialah menentang dgn
tangan/senjata dan selemahnya adalah bara' dlm hati.


> Al-Qardhawi menambah lagi, dalam fiqh zakat, qias banyak digunakan. Tidak
> ada satu mazhab pun yg tidak menggunakannya.

Itu benar krn rujukan kita alquran hadith ijmak dan qias. qias lah tg paling
bawah tarafnya. Sesetengah ulama takut menggunakan qias krn takut menggunakan
akal mendahului nas quran dan hadith.

> Imam Rasyid Reda yg mana beliau meminta agar zakat diberikan kpd ahli2
> agama:
> "Wajib bagi kita menjaga mereka ini dan menampung perbelanjaan mereka krn
> mereka membantu  mengembalikan hukum Islam. Itulah saluran yg baik utk
> berjihad menentang musuh Islam."(Tafsir Al-Manar, jilid 10, m/s 598)

Saya setuju krn kita lihat dinegara kita kengkadang ustadz tidak diberi
ganjaran sepatutnya.

 
> Dr. Wahbah Zuhaili dlm fiqh Islami,
> "Bagi pejuang yg telah ditetapkan gaji di dalam diwan al-jund, maka zakat
> tidak boleh diberikan krn mereka sudah mempunyai gaji yg mencukupi dan
> tidak memerlukan zakat lagi. Dan wang zakat tidak boleh digunakan utk
> mengupah haji ataupun mengupah org lain mengambil alih tugasnya krn tidak
> ada perintah sedemikian rupa."(spt yg disebutkan dlm email yg lepas)
> 
> Komentar:
> Saya tidak mengatakan bahawa saudara harus mengikut pendapat ini.
> Sekiranya saudara merasakan pendapat lama lebih baik atau merasa tidak
> selesa dgn pendapat ini, maka teruskanlah pendapat yg diyakini itu. Ini
> perkara ijtihad, betul 2 pahala, salah satu pahala. Cuma tugas saya
> menyampaikan ilmu dan meluaskan pendapat-pendapat hukum2 fiqh agar kita
> tidak tertumpu kpd satu2 kitab shj.
> 
> Wallahua'lam
> Rujukan:
> Al-Fiqh Islami Wal Adillatuhu, Dr. Wahbah Zuhaili
> Fiqhuz zakat, Yusuf Al-Qardhawi
> Fatwa Muasirah (I dan II), Yusuf Al-Qardhawi
> Tafsir Al-Manar(10), 'allamah Rasyid Reda

Ntahlah, menurut kitab yg dikarang oleh murid syaikh alBani, kengkadang ada
unsur2 rasional dlm pemikiran qardhawi tetapi tidaklah melampau spt Syaik
Hasan Turabi.

Allahua'lam dan maaf zahir batin , wslm



____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke