*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam semua
saya setuju dengan muhajir.



ibnu muhajir wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Salam,
>
> Bagi saya, sarban bukanlah faktor kemenangan pas di K/tan & T/Ganu. FAktor yg
> pertama & utama ialah Aqidah yg shohih.
>
> Bilamana aqidah seseorang atau jamaah atau sekelompok manusia atau masyarakat
> di sesebuah negeri itu shohih, insyaAllah ia akan membuahkan ibadah yg shohih
> lagi murni, akhlak yg mulia, amal yg yg bernilai disisI Allah.
>
> Jika aqidah seseorang shohih, walaupun ia beramal sedikit, insyaAllah,
> timbangan amalnya berat di sisi Allah. Jika aqidah seseorang itu rosak,
> walaupun amalnya banyak sehingga berbekas dahinya, timbangan amalnya tidak
> bernilai disisi Allah - seperti debu2 yg berterbangan.
>
> Faktor kedua ialah ibadah yg shohih lagi benar iaitu ibadah yg tidak bercampur
> baur dgn bidaah.
>
> Dll faktor yg diredhai Allah.
>
> sekian adanya, wslm.
>
> Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > Serban : Faktor Kemenangan PAS
> >
> > Assalamualaikum wbt,
> >
> > Tanpa disedari kemenangan PAS di Kelantan dan
> > Terengganu itu telah diketuai oleh dua orang pemimpin
> > mereka yg komited dgn sunnah Rasulullah saw termasuk
> > dlm bab berpakaian.
> > Saya merasakan bahawa faktor jubah dan serban ini
> > telah menjadi salah satu faktor besar [secara
> > tersirat] yg membantu kemenangan PAS sehingga
> > tertubuhnya kerajaan dikedua-dua negeri tersebut. Utk
> > itu, marilah kita sama-sama meninjau maksud-maksud
> > hadis spt berikut:
> >
> > 1. “Sentiasalah umatku itu di atas fitrah (tabiat)
> > ugama Islam selama mereka memakai serban di atas
> > songkok” [Riwayat Imam ad-Dailami]
> >
> > 2. “Perbezaan antara kita (umat Islam) dgn org musyrik
> > ialah memakai serban di atas songkok,” [Riwayat Abu
> > Dawud]
> >
> > 3. Nabi saw suatu hari (hari Ghadir Khum) telah
> > memanggil Saidina Ali krw dan memakaikannya serban yg
> > mempunyai ekor diantara dua belikat, kemudian baginda
> > bersabda:
> > “Macam inilah kamu memakai serban, kerana serban itu
> > sebagai lambang (tanda/syiar) Islam dan serban juga yg
> > membezakan diantara org Islam dgn org musyrik,”
> > [riwayat Imam Abu Naim]
> >
> > Seterusnya, mari kita lihat apa peranan serban ini dlm
> > membantu kemenangan pejuang Islam:
> >
> > 4. “Serban itu ketenangan org mukmin dan kemenangan
> > org Arab (Islam). Apabila org Arab membuang serban
> > mereka, maka bererti mereka telah membuang kemuliaan
> > dan kemenangan mereka,” [riwayat Ibnu Laal dan sanad
> > oleh daripada sahabat Amran bin Hussin]
> >
> > 5. “Serban itu mahkota org Arab (Islam), apabila
> > mereka menanggallkan serban bererti mereka telah
> > menanggalkan kemuliaan dan kemenangan mereka,”
> > [riwayat Ad Dailami]
> >
> > Berkenaan dgn dua hadis ini, Al Alamah Mufti Brunei,
> > Hj Ismail bin Omar Abd Aziz berkata:
> >
> > “Ini adalah mukjizat Nabi saw kerana serban itu adalah
> > pakaian org Arab (Islam). Tiadalah terfikir bahawa org
> > Arab akan membuangkan serban mereka.” [Kitab Peribadi
> > Org Muslim]
> >
> > Seterusnya kita lihat realiti kejatuhan Empayar
> > Othmaniah, di mana sultan-sulatan yg kemudian telah
> > menukarkan serban pakaian Muhammad al-Fateh kpd
> > tarbus-tarbus. Akhirnya tarbus-tarbus ini akhirnya
> > hilang langsung dan terus menggondolkan kepala.
> > Pertukaran-pertuakaran dari serban kpd kopiah semata,
> > kpd tarbus dan seterusnya kpd gondol tanpa sebarang
> > penutup kepala adalah selari dgn kelemahan iman dan
> > taqwa para sultan, pembesar, ulama dan rakyatnya. Ini
> > diikuti pula oleh kelemahan pentadbiran sehinggalah
> > Turki terjajah oleh org Barat.
> >
> > Begitu juga realiti keadaan Islam dan para pejuangnya
> > di merata dunia. Tiada satupun jemaah yg menonjol dan
> > dihormati lawan jika sunnah serban ini tidak diamalkan
> > oleh jemaah tersebut esp para-para pucuk pimpinan.
> >
> > Saya cuba mengetengahkan isu ini dahulu, tetapi telah
> > mendapat reaksi sinis drp bbrp netters. Ada yg
> > berhujjah bahawa Hassan al-Banna tidak berserban, Arab
> > Quraisy pun berserban, Yasser Arafat pun berserban.
> > Jadi utk menjawab semua itu, renungilah kembali lima
> > hadis yg dibawakan di atas. Adakah sama serban Yasser
> > Arafat dan serban budaya umat Arab kini dgn serban yg
> > disunnahkan daripada Rasulullah?
> >
> > Utk itu juga, saya mencadangkan agar para pucuk
> > pimpinan PAS di Perlis, di Kedah, di Selangor dan esp.
> > Johor agar menjadikan pakain jubah dan serban ini
> > sebagai pakaian harian mulai sekarang. Ini pun jikalau
> > PAS berhasrat ingin merampas negeri-negeri tersebut
> > dari tangan BN. Jika tidak, mungkin kemenangan PAS
> > akan ditangguhkan lagi.
> >
> > Begitu juga, selari dgn perbincangan tentang Pemuda
> > Bani Tamim yg diketuai oleh Arjuna Armada sekarang
> > ini, maka pemimpin dan ahli-ahli PAS juga sepatutnya
> > berebut-rebut mengejar jawatan Pemuda Bani Tamim itu
> > dgn cara mengkaji ciri-ciri dan watak-wataknya yg
> > telah disebutkan. Dan salah satu drpnya, saya yakin
> > dan pasti, Pemuda Bani Tamim itu mestilah berjubah dan
> > berserban. Andai hal ini terus diabaikan oleh pihak
> > PAS, maka  sudah pasti bahawa bakal Pemuda Bani Tamim
> > itu tidak hadir dari kalangan Parti PAS.
> >
> > Wassalam.
>
> ____________________________________________________________________
> Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
>http://webmail.netscape.com.
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to