*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam orang membincangkan faktor kemenangan BA, izinkan saya
membincangkan faktor kekalahan pula.  Bukanlah untuk semua tempat, tapi
tempat-tempat tertentu sahaja.

Seperti yang kita ketahui PAS telah meletakkan ramai calon dari
kalangan professional.  Ini menunjukkan PAS bukanlah parti orang
kampung semata-mata.  Kita juga ramai intelek.  Ramai calon PAS yang
bergelar Dr.  Samada Dr.nya itu Dr Falsafah atau doktor perubatan. 
Dalam keghairahan kita meletakkan calon kita tak kisah samada orang
tersebut memahami organisasi PAS atau tidak.  Kita tidak kisah samada
penduduk setempat mengenali calon mereka atau tidak.  Kita lupa
perasaan orang yang telah digembar-gemburkan untuk dicalonkan sejak 5
tahun kebelakangan ini.  Kita lupa pada perasaan pekerja-pekerja parti.

Beberapa kes terjadi di mana calon yang diletakkan baru tak sampai
setahun menganggotai PAS.  Tak faham istilah mana satu gelarannya YDP,
mana satu gelarannya ketua Ketua PAS, dan siapa pula yang digelar
Pesuruhjaya PAS.  Diperingkat cawangan kita panggil Ketua PAS Cawangan.
 Di peringkat kawasan kitapanggil YDP Kawasan, di peringkat negeri kita
panggil Pesuruhjaya Negeri.  Bila tak faham organisasi, maka AJK
kawasanpun tak kenal.  AJK Kawasan tak kenal mereka dan mereka tak
kenal AJK Kawasan.  Perkara ini pastilah kurang menyenangkan perasaan
orang-orang yang sudah lama bekerja untuk parti.

Rakan saya pernah disebut-sebut untuk menjadi calon.  Sehingga di
saat-saat akhir, nama beliau tetap disebut akan menjadi calon.  Pada
hampir hari penamaan nama orang lain yang naik.  Seorang rakan lain
yang terlalu kecewa menyeru supaya mereka sekeluarga memboikot
pilihanraya, tapi rakan saya menyabarkan kawan tersebut.  Kita bekerja
untuk parti, bukan untuk individu.  Mereka sekeluarga telah berpakat
untuk melupakan perkara tersebut kalau bukan rezeki mereka dan menyeru
rakan-rakan disekeliling membantu memenangkan calon kita.

Satu kes lagi yang berlaku ditempat lain, wakil kita telah tidak
disokong oleh ahli-ahli yang kecewa.  Ada yang sanggup berkata "Dia
orang KL, kalau dia menang dia akan balik KL.  Sebab rumah dia kat KL. 
Kalau kita panggil baru dia akan datang sekali-sekala.".  Tapi orang
yang sepatutnya jadi calon tidak memusuhi calon kita, tapi perasaan
kecewa tetap ada.  Tapi keputusan pimpinan tidak elok dibantah. 
Selepas pilihanraya, insan berkenaan meletakkan jawatan sebagai YDP
Kawasan.

Memang kita bekerja untuk parti, kita tak harus melayan perasaan
individu.  Pemimpin datang silih-berganti, tapi PAS tetap PAS, kita
tetap dengan perjuangan kita.  Tapi bila ahli kecewa, petugas kecewa
dalam masa yang amat genting iaitu saat orang hendak memangkah kita,
dengan kesilapan yang sekecil ini, kemenangan amat sukar untuk dicapai.





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke