*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Subject: [Sutera] Boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang... Date: Sat, 1 Jan 2000 12:46:18 +0800 From: "Cyberita" <[EMAIL PROTECTED]> Reply-To: [EMAIL PROTECTED] To: "1Sutera" <[EMAIL PROTECTED]> From: "Cyberita" <[EMAIL PROTECTED]> Boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang... KAUM lelaki Arab Saudi meluangkan waktu malam mereka dengan bertemankan wanita paling cantik di muka bumi ini. Ini semua disebabkan kemudahan program televisyen satelit di negara Islam itu. Dengan penerimaan televisyen satelit asing yang mempunyai budaya boleh lihat tetapi tidak boleh pegang, bercanggah dengan peraturan ketat yang dikenakan ulama-ulama negara itu. Selain daripada papan tanda arah yang ditulis dalam tulisan Arab, wanita berpurdah dan lelaki berjubah, sebahagian kota Riyadh boleh dikelirukan sebagai sebuah bandar di Amerika Syarikat dengan bangunan pejabatnya dan jalan raya yang dipenuhi restoran-restoran makanan segera. Tetapi Riyadh tidak ada pawagam, tiada panggung teater dan kelab-kelab malam yang kesemuanya itu diharamkan di negara yang kaya dengan hasil minyak itu. Kegiatan waktu malam terhad kepada restoran-restoran dan kafe-kafe sahaja. Ramai rakyat Saudi memilih untuk meluangkan waktu malam mereka menonton gadis-gadis berpakaian bikini seperti rancangan televisyen Amerika Syarikat Baywatch, atau bersama penyanyi wanita dan ratu cantik yang dipancar khas oleh televisyen satelit. Trend terkini adalah kafe-kafe yang mempunyai peti televisyen di setiap meja dan alat kawalan jauh agar mereka boleh menukar saluran dengan petikan butang sahaja. Pihak berkuasa Saudi telah menghadkan kafe-kafe seperti itu di daerah pinggir kota supaya tidak mengganggu ketenangan malam. Kawasan seperti Thumama terletak kira-kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan dari Riyadh. Kafe itu dipanggil 'shisha-cafe' sempena paip-paip air atau nargileh yang menemani para pelanggan sambil mereka menonton televisyen. Di daerah Thumama saja, terdapat tujuh kafe seumpama itu yang seluas ribuan meter persegi. Salah satu kafe itu yang diberi nama Al-Umam boleh menampung hingga 400 pelanggan dengan 250 peti televisyen. Kafe itu sesak dengan pelanggan setiap Khamis malam. Para pelanggan boleh duduk di atas kusyen yang berselerak di lantai seperti orang Badui, di atas kerusi kayu yang menjadi kebiasaan di wilayah Hijaz, seperti orang Syria yang duduk di samping pancutan air dari batu marmar atau kafe yang lengkap dengan pohon-pohon palma. "Tiada tempat lain untuk kami tuju dan berseronok," kata Encik Abdellatif, yang sedang menonton video penyanyi Lebanon, Cik Marie Suleiman, bersama teman-temannya. Di meja sebelah, seorang penari tarian gelek Mesir, Cik Dina, menghiburkan hati para pelanggan sehinggakan salah seorang pelanggan putarkan paip airnya setara dengan muzik. Tarian gelek diharamkan di Arab Saudi. Kafe Al-Umam hanya dibuka kepada kaum lelaki, dan dua lagi kafe di Thumama dikhaskan untuk keluarga sahaja atau suami-suami yang ditemani isterinya, anak perempuan atau ibu. Kafe-kafe ini dikepung dengan dinding-dinding tinggi demi menghormati kelas-kelas agama yang mengambil berat tentang kelakonan sosial, pakaian wanita dan pengasingan lelaki dan wanita. "Kafe-kafe ini dianggap sebagai injap keselamatan masyarakat yang serba kekurangan tempat hiburan seperti pawagam," kata seorang peniaga. Walaupun televisyen satelit sudah diterima, pengharaman seperti arak tidak boleh ditarik balik. Versi champagne Arab Saudi ialah jus apel yang dicampur dengan air berbusa. -- AFP. --------------------------- ONElist Sponsor ---------------------------- GRAB THE GATOR! FREE SOFTWARE DOES ALL THE TYPING FOR YOU! Tired of filling out forms and remembering passwords? Gator fills in forms and passwords with just one click! Comes with $50 in free coupons! <a href=" http://clickme.onelist.com/ad/gator4 ">Click Here</a> ------------------------------------------------------------------------ ~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~ SUTERA - Berita-berita semasa dan artikel-artikel menarik dalam pelbagai topik Untuk melanggan list ini, hantar e-mail kosong (blank) kepada [EMAIL PROTECTED] atau daftar di http://www.onelist.com/subscribe.cgi/sutera Untuk berdiskusi atau menyumbang artikel, e-mail kepada [EMAIL PROTECTED] Untuk keluar, hantar e-mail kosong kepada [EMAIL PROTECTED] *Semua artikel atau berita yang disiarkan tidak semestinya menggambarkan pendirian sebenar list owner. ~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>