*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Waalaikumsalam,

BERITA MALAYSIA 


--------------------------------------------------------------------------------
03 JANUARI, 2000 20:06PM  
 


 KONTRAK 420 KAKITANGAN UPU TAMAT, BUKAN DIPECAT, KATA
HADI 
 
   

KUALA TERENGGANU, 3 Jan (Bernama) -- Menteri Besar
Terengganu Haji Abdul Hadi Awang hari ini menjelaskan
bahawa kerajaan negeri tidak memecat 420 pegawai dan
kakitangan Unit Perpaduan Ummah (UPU) sebaliknya
kontrak perkhidmatan mereka tamat pada 31 Dis lepas. 

"Persoalan 420 pekerja UPU dipecat tidak timbul kerana
kontrak mereka telah tamat pada 31 Dis lepas dan kita
membubarkan unit berkenaan sebaik sahaja kontrak
mereka tamat," katanya di sini, hari ini. 

Ketika ditanya kemungkinan 420 kakitangan berkenaan
akan diserapkan semula sebagai pekerja di Unit Bina
Insan (UBI) yang ditubuhkan kerajaan PAS bagi
menggantikan UPU, Abdul Hadi berkata pihaknya akan
mengkaji perkara itu secara terperinci. 

"Kita akan melihat dalam pelbagai aspek kerana sebelum
ini kebanyakan daripada mereka diberi jawatan dengan
gaji yang tinggi tetapi tidak mempunyai kerja,"
katanya. 

Menteri Besar berkata kerajaan negeri kini dalam
proses merangka fungsi UBI dan memperkenalkan struktur
organisasinya. 

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar harian
hari ini mengenai tindakan kerajaan PAS Terengganu
memecat 420 kakitangan termasuk Pengarah Unit
Perpaduan Ummah (UPU), Baharuddin Mohamad,
berkuatkuasa kelmarin. 

Akhbar itu melaporkan bahawa unit berkenaan turut
dibubarkan dan digantikan dengan jentera baru yang
dinamakan Unit Bina Insan (UBI) bagi mengukuhkan
kedudukan parti itu di Terengganu. 

Sebelum ini, kerajaan negeri juga memecat 15
kakitangan Berita Darul Iman dan Studio 305 serta
mengambil 30 pekerja baru untuk menggantikan
kekosongan berkenaan, lapor akhbar itu. 

Abdul Hadi juga menolak dakwaan sesetengah pihak
bahawa kerajaan negeri akan memecat imam dan bilal
yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)
lepas. 

Terdapat kira-kira 2,000 imam dan bilal di Terengganu.


"Kerajaan negeri sebenarnya sedang menimbang untuk
menambah jumlah imam dan bilal di negeri ini bagi
memenuhi permintaan di seluruh negeri," kata beliau. 

Terdahulu, selepas mengadakan pertemuan dengan 16
anggota Perhimpunan Persatuan Tiong Hua Terengganu di
Wisma Darul Iman di sini hari ini, Abdul Hadi berkata
kerajaan negeri akan melantik seorang atau dua wakil
masyarakat Cina di setiap daerah menjelang 1 Mac ini. 

"Pelantikan mereka dalam majlis daerah dan
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
itu akan membolehkan kerajaan mengetahui pandangan dan
pendapat dari masyarakat Cina di negeri ini," katanya.


Beliau berkata jumlah wakil itu akan diputuskan
melalui beberapa faktor termasuk jumlah masyarakat
Cina di daerah berkenaan. 

Presiden Perhimpunan Persatuan Tiong Hua cawangan
Terengganu Tan Choon Huat ketika ditanya mengenai
wakil masyarakat Cina berkata pihaknya akan
mengemukakandua nama untuk daerah Kuala Terengganu
iaitu satu untuk Majlis Perbandaran Kuala Terengganu
dan satu lagi untuk mewakili masyarakat Cina dalam
Majlis Syura. 

Mengenai pertemuan dengan Menteri Besar, Choon Huat
berkata ia bertujuan membolehkan pihaknya megemukakan
pendapat dan cadangan mengenai beberapa perkara
termasuk menambah kawasan perkuburan Cina di
Terengganu termasuk di bandr Kuala Terengganu, Besut,
Paka dan Kemaman. 

--BERNAMA
 
 


--- Khabar Dari Gunung <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Assalamu'alaikum..
> 
> Somebody please verify me on this issue.
> TQ.
> 
> Pas State Government sacks 420 unity officers
> 
> Isnin, Januari 3, 2000
> 
> 
> By Rosli Zakaria
> 
> KUALA TERENGGANU, Sun. - About 420 staff of Unit
> Perpaduan Ummah, (Muslim Solidarity Unit), have been
> left in the lurch just days before Hari Raya
> Aidilfitri when their services were terminated
> yesterday.
> 
> (delete...)
> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: chenorian <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to