*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di dalam Fiqh Sunnah ada diterangkan tentang tidak batal wudhuk kerana
bersentuhan lelaki dan perempuan. Hanya Imam Shafie yang menjatuhkan
hukum batal wudhu'.  Saya pernah bertanya kepada seorang ustaz tentang
perkara ini.  Ustaz tersebut berkata bersentuhan lelaki dan wanita ada
dua hukum.  Yang pertama batal wudhu dan yang kedua tidak batal wudhu'.
 Yang membatalkan wudhu' ialah apabila bersentuhan itu menimbulkan
perasaan - ada arus elekrik yang mengalir dalam darah kita.  Yang tidak
membatalkan wudhu' ialah tiada apa-apa perasaan yang timbul akibat
tersentuh itu seperti ketika mengerjakan ibadah(spt haji) atau ketika
terlanggar semasa dalam keadaan bersesak seperti di pasar atau dalam
bas.

Sebagai orang awam kita tertanya-tanya pada diri kita sendiri.  Batal
ke tak batal, batal ke tak batal, batal ke tak batal.  Bagi orang yang
sebenarnya ada arus elektrik, tapi sebab malas nak berwudhu' lagi, dia
ambil jalan mudah - tak batal.  Oleh sebab itulah Imam Shafi'e
memutuskan untuk kemudahan orang awam seperti kita, ambil jalan mudah -
batal dan berwudhu'lah sekali lagi untuk menghilangkan was-was.

Wallahu A'lam


--- Alias Mohd Yusof <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > 1. Kita tidak tahu dengan jelas perbuatan cium itu
> > adakah dia cium beralas atau cium di tempat yang tak
> > membatalkan wuduk contohnya rambut kepala ataupun yang
> > macam mana. Kalau nak lebih selamat kita carik hadis
> > yang mengatakan batal wuduk bukannya TAK BATAL WUDUK.
> >
> > 2. Mahzab tu kita yang lebel kat dia. Bukan para
> > ulamak tu yang buat mahzab. Oleh kerana dia Ulamak
> > muktabar dan layak membuat ij'tihad secara mutlak maka
> > kita kumpulkan segala pandangannya dan kita panggil ia
> > adalah MAZHAB imam tu.... Sedangkan para imam tu
> > sendiri ada mengatakan bahawa kalau kita dapat membawa
> > hujah dan dalil yang yang nyata walaupun bercanggah
> > dengan pandangan beliau maka kita boleh tinggalkan
> > pandangan beliau dan berpeganglah dengan dalil yang
> > kita yakin. Web site... saya belum jumpa lagi.
> >
> > Ini adah hanya pandangan saya sahaja untuk panduan
> > bukan pegangan.
> >
> > Wassalam.
> >
> > --- limaucyber <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > >
> > > 1) Kawan saya telah memberi saya hadis ini untuk
> > > menguatkan kata beliau yang
> > > menyentuh perempuan tidak membatalkan wuduk:
> > >
> > > 'Aisyah r.a. berkata: Sesungguhnya Nabi SAW, pernah
> > > mencium salah seorang
> > > isterinya (beliau sendiri), kemudian terus ahalat
> > > dengan tidak berwudlu
> > > lagi' (Hadis riwayat Ahmad)
> > >
> > > Untuk pengetahuan drtpn98 buku hadis kawan saya ini
> > > diterbitkan di
> > > Indonesia.
> > >
> > > 2) Tahukah drtpn98 dimana kita boleh mengetahui
> > > maklumat dari Internet
> > > mengenai mazhab2 yang diikuti oleh umat islam?
> > > Kawan saya ini juga berkata kita tidak perlu
> > > mengikut mazhab kerana hanya
> > > Al-Quran sahaja yang menjadi panduan kita.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke