*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Saya tulis dibawah ini pada raya tahun lepas....oleh
kerana tak terdaya nak tulis yang baru maka mai la
kita recycle.:-) InshaAllah kalau ada kesempatan saya
tulis yang versi baru..

Wassalam

Adam


-------------------------------------------------


TAKBIR RAYA DALAM SALJU PUTIH

Assalamualaikum Sahabat dan Sahabiah semua

Lagu raya yang adik aku bagi entah tahun bila
berkemundang
diruang
tamu. Sebenarnya aku amat jarang dengar kaset yang
jenis
ini tapi
entah lagu mana aku tercari cari pulak kaset raya ni.
Ustaz aku kata
makruh dengar benda benda yang mengasyikkan dan tak
ada
faedah ni.
Kawan kawan Arab aku pulak kata haram. Tak apalah
Ustaz
dah nak raya
ni, lagi pun aku tak asyik mahshok dengar lagu lagu
ni. 
Suara Salem
dan Jamal datang dan pergi saja. Yang pasti suara depa
dua
ni sedih
saja.

Aku beralih ke HizbiNet pulak, nampaknya tak ada apa
apa
yang berlaku.
Aku rasa semua netters tengah sibuk dengan sanak
saudara
dan kampung
laman. Aku nampak Mangga, Celekeh dan  GobekSirih
masih
gagah menulis.
Mungkin depa nak menghabiskan masa menunggu sesuatu.
Tak
apalah boleh
lawan reply dengan aku sorang. Tiba tiba saja 10,000
penjaring hilang
dari ruang diskusi. Sengaja aku tak delete banyak
mesej di
inbox
supaya aku boleh baca semua sekali bila cuti raya ni. 

Malam malam lagu ni selalunya aku pi ke masjid tapi
sebab
nak tunggu
keputusan anak bulan yang ditetapkan oleh Majlis 
Syura
Islam Amerika
Utara maka aku duduk duduk melepak di rumah sat.
Keputusan
anak bulan
selalunya pukul 9:30 malam baru tahu. Masa mula nak
posa
dulu anak
bulan telah kelihatan di Texas, Arizona dan
California.
Maka kami pun
posa. Tapi berposa lambat sehari dari Negara negara
Timur
Tengah. Anak
kariah yang dari negara Arab tak mahu ikut Islamic
Syura
Council of
North America, jadi depa suka suka posa cepat sehari
sebab
nak ikut
negara kelahiran depa. Ini benda biasalah di
perantauan.
Nak bergaduh
pun tak guna. Aku ingat lagi tahun lepas sebuah bandar
besar yang
berhampiran dengan tempat aku ni, ada dua kumpulan
yang
mula berposa
lain lain hari.  Nasib baik raya serentak. Lucu dan
sedih
jugak bila
fikir pasal hal ni. Inilah namanya kesatuan umat
Islam. 

Aku baru talipon mak bapak aku pagi tadi ( malam di
tanah
air ). Aku
ingatkan dah raya hari Senayan tapi adik aku habaq
kata "
depa baru
isytihar dalam t.v raya hari Selasa...boleh shopping
lagu
sehari " Aku
tanya samada anak anak buah yang lain dah sampai ke
belum.
Nampaknya
banyak yang masih di perjalanan. Ada hikmah jugak raya
hari Selasa ni.
 Mak bapak aku macam biasa saja sebab aku dah selalu
tak
dak dirumah
bila raya. Adik aku buat lawak kering macam biasa "
Abang
nak sampai
balik pukoi 2 pagi ka ? " Dia kata lagu tu sebab aku
selalu bertolak
balik dari KL lepas Isyak dan sampai rumah jam 2 pagi.

Sebab berenti
sejam pekena teh halia dulu di R and R dan panjang
panjangkan leher.
Mana tahu kalau jumpa sahabat sahabat lama di R and R.
Terjalin semula
ukhwah.


Aku dah tak larat nak kira ni kali yang ke berapa aku
beraya Aidil
Fitri di tanah seberang. Aku ingat lagi masa mula mula
aku
beraya di
sini dalam musim panas. Solat raya tengah panas di
tengah
behor suhu
hampir 105  darjah F. Pakai baju raya kain rayon jadi
mandi
peluhlah jawabnya. Khutbah raya pulak punyalah
panjang.
Jamuan raya
kena cari air sarbat gatorade dulu. Aku masih ingat
Tok
Imam tu
berkobar kobar di tengah padang duk cerita pasal
Shabra
dan Shatila.
Lagu mana orang Yahudi duk sembelih orang Islam
Palestine.

Aku ingat lagi di kala tu adalah yang menangis bila
bertakbir.
Sepanjang ingatan akulah, aku tak pernah menangis bila
raya. Cuma
sedih dan terharu sikit sahajalah. Jadinya depa ni duk
keriau bila
bertakbir, aku tak pasti peluh atau air mata yang
mengalir
di pipi.
Hodoh jugak tengok dikala tu tengok pak cik pak cik
tua
yang buat
sarjana tersedu sedu.
Aku yang baru datang (freshman) pun tak nangis. Bangga
aku
seorang
diri la dikala tu.
Dalam hati Allah yang tahu.

Masa beredar, musim berganti,  tiba tiba budak budak
freshmen ni
panggil aku pak cik pulak.  Cepat sungguh masa
berlari.
"Bila pak cik
nak buat Open House ?? " Dah tua dah aku ni rupanya.
Kubur
pun dekat
duk panggil ni. Selalunya kami tetapkan bila nak buat
rumah terbukak
sebab bukan boleh cuti sembarangan.  Aku ingat lagi
ada
yang kena pi
ambil exam pakai baju melayu unggu jam 10 pagi dan ada
yang ponteng
kelas. Profesor di sini tak kisah samada hang nak mai
ke
kelas ke
tidak. Tapi kadang kadang nak jadi anak murid teladan
habaq la dekat
Profesor tu, hormat sikit dengan Cikgu. Ada tu uktie
yang
bawa kuih
raya nak bodek cikgu dia. 

Ada sekali tu aku tak ingat tahun apa, raya jatuh
waktu
cuti antara
semester di musim panas ( bulan Mei ) Kami pun raya
sakan,
7 hari 7
malam pi semua rumah terbukak. Siap boleh buat
pengumuman
bahawa Posa
6 di tangguhkan sampai kelas musim panas bermula
semula (
pertengahan
Jun ) Waktu tu memanglah syok sungguh sebab kerajaan 
menggunakan duit rakyat menghantar pelajar keseberang
laut
tak henti
henti. Pelajar kelamin pun ramai bukan main. Jadinya
nak
balas dendam
tak beraya di tanah air, makan banyak banyak sampailah
cirit birit.
Inilah dah jatuh bab makruh yang paling dekat dengan
haram. Makan
sampai memudaratkan diri sendiri.

Yang seronoknya bila kakitangan MSD ( Jabatan Penuntut
Malaysia) buat
rumah terbukak. Kami ramai ramai waktu tu sewa van
yang
paling besar
sampai lima enam biji sebab nak pi melawat rumah
pegawai
pegawai yang
memang prihatin pasal hal ehwal pelajar.  Selalunya
pegawai MSD yang
buat rumah terbukak ni 5 atau 6 orang. Mereka
menyiapkan
peta dan
nombor talipon agar kami pelajar pelajar yang kebulur
ni
boleh sampai
kerumah pegawai pegawai yang lain dengan mudah.

Aku ingat sekali tu kami sampai ke rumah salah seorang
pegawai MSD tu,
kena parking 3 blok dari rumah dia dan berjalan kaki.
Kereta sewa yang
paling baru berderet deret dan van yang besar besar
memanjang
disepanjang jalan. Bayangkan macam orang pi dengar
ceramah
Tok Guru di
musim pilihanraya. Macam tulah rupanya. Orang punyalah
banyak sampai
nak berjalan di dalam rumah dia pun tak boleh.
Bercampur
gaul jantan
dan pompuan dan bergesel gesel macam naik bas mini.
Kasihan aku tengok
bini dan orang gaji pegawai pegawai ni. Siap sahaja
makanan sekejap
sahaja habis. Makan macam ikan piranha. Mana tidaknya
sebab ada yang
memandu sepanjang malam maka lapar sungguhlah.  Yang
penting bagi aku
bukan makanan tapi suasana yang meriah dan kesempatan
berjumpa kawan
kawan dari kampus yang lain memperbaharui silaturrahim
dan
ukhwah
Islamiah.  Semoga Allah membalas jasa baik para
pegawai ni
semua yang
membela para pelajar kita.

Tiba tiba dah beraya dalam musim sejuk. Imsak jam 6:40
pagi dan
Maghrib jam 5:30 petang. Posa dalam salji tak berasa
sangat sebab tak
lapar dan dahaga.  Berbeza sungguh dengan waktu
berposa di
musim
panas. Imsak jam 3:40 pagi dan Maghrib jam 8:30 malam.
Posa separuh
mati dalam kepanasan 110 darjah F. Mencabar sungguh
posa
musim panas.
Yang paling tak tahan ni bab zina mata. Ramai sungguh
yang
pakai cawat
dan sungguh kurang sopan. Tak hormat bahawa kita ni
posa.
Tapi tak
apalah api neraka lagi panas maka, tak ada yang
ponteng
waktu tu. 

Aku masih ingat lagi kami ramai ramai duk bakar sate
ayam
di belakang
masjid. La ni tak boleh bakar apa pun sebab salji
setinggi
dua kaki di
luar. Projek bakar satay ayam ni memanglah seronok.
Kena
buat plan
betul betul kalau tidak tak menjadi. Biar aku cerita
disini supaya
hangpa boleh merasa jugak. Ni cerita lama lah ya,
zaman
daulu kala.

Malam pertama pi cari ayam terlebih dahulu, lebih
kurang
500 paun.
Daging dzabiha yang disembilah oleh orang Islam dan
bukan
sembelihan
ahlil kitab. Malam kedua potong ayam dan asingkan
tulang
dari isi.
Kemudian potong halus halus. Malam ketiga cucukkan
ayam ke
lidi.
Inilah kerja yang paling leceh dalam dunia.  Malam ke
empat baru
diperam dengan adunan rahsia. Besoknya baru nak siap
bakar.  Kalau tak
bergotong royong dan bermuafakat maka tak siap projek
satay ni. Lima
malam punya kerja, dapat makan seorang 5 cucuk,lesap
dimamah dalam
masa 5 saat. Sungguh tak berbaloi....  yang pentingnya
berkat dari
Allah pada satay ni.

Aku rasa lagu raya dari Jay jay ni dah diulang 3 kali
waktu aku duk
menaip ni.  Bini aku duk sibuk dengan kawan kawan dia
berceloteh di
talipon bercerita nak masak apa bila raya. Sayup sayup
aku
dengar
perkataan nasi dagang, nasi tomato, nasi ayam, nasi
kerabu, nasi
himpit dan macam macam kuih.  Tak apalah depa nak buat
apa
pun asalkan
bukan aku yang nak kena memasak. Aku boleh jadi
"tester"
sahaja.
Setahu aku walaupun aku tak kena masak tapi "terkena"
buat
benda benda
lain yang lebih penat dari memasak macam kemas rumah
dan
basuh baju.
Bini aku duk sibuk duk buat senarai bahan bahan yang
perlu
di beli
dari pasaraya yang tak pernah ditutup.  Sebut pasal
pasaraya ni aku
teringat tukang kutip derma yang mai ke kariah aku
minggu
lepas. Dia
tunjuk video kanak kanak Iraq yang menderita tak cukup
ubat dan
makanan. Kita disini hidup senang lenang macam
Maharaja,
kedai farmasi
dan pasaraya buka 24 jam. Ubat dan makanan melimpah
ruah.

La ni semua orang duk tunggu pengumuman sahaja dari
sapa
sapa yang
teropong anak bulan. Waktu waktu begini aku teringat
kampung laman
waktu kecik kecik dulu bermain meriam buluh, meriam
tanah
dan meriam
karbat. Aku rasa kalau aku gali lubang nak pasang
meriam
dibelakang
flat aku ni, tak sampai 3 minit polis universiti dan
sherif akan
datang ke sini. Tak berbaloi rasanya nak beraya dalam
lokap daerah di
sini. Teringat aku depa depa yang kena beraya dalam
jel
tahun ni.
Teringat aku tulisan Pak Din tentang pejuang Pattani
yang
diculik oleh
polis Siam LaknatuAlLah.

Setakat ini sahaja dahulu. Bini aku pun dah mula
memanggil
dan aku pun
rasa nak sua muka di masjid sekejap. InshaAllah dilain
kesempatan aku
tulis lagi.

Wassalam

Adam Mohamad.

27 Ramadan 1419

=====
**Berhati hati di jalan raya Pandu Cermat Jiwa Selamat**
*********************************************************
          >>>>>>> 'EID UL FITR' MUBARAK <<<<<<<<<
*********************************************************
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Adam <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke