*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kah, kah, kah.....itulah maknanya "TAKSUB KEPADA
KETUA" bukannya seperti pengikut Arqam dulu....ini
pengikut FIRAUUUNNNNN.......koh, koh, koh.....

--- Concorde <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Presiden, Timbalan tidak ditandingi
> KUALA LUMPUR, Isnin - Majlis Tertinggi (MT) Umno
> hari ini sebulat suara mengesyorkan supaya Datuk
> Seri Dr Mahathir Mohamad dicalonkan semula sebagai
> Presiden parti, manakala Datuk Seri Abdullah Ahmad
> Badawi bagi jawatan Timbalan Presiden. 
> 
> Mesyuarat MT selama kira-kira empat jam pagi ini,
> juga menetapkan 11, 12 dan 13 Mei sebagai tarikh
> perhimpunan agung Umno, manakala 10 Mei bagi
> mesyuarat Pemuda dan Wanita. 
> 
> Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Khalil Yaakob, ketika
> mengumumkan syor MT mengenai pencalonan berkata, ia
> dibuat berdasarkan pendirian dan kehendak ahli
> majlis itu, yang sebulat suara mahukan Dr Mahathir
> terus memimpin Umno. 
> 
> Beliau berkata, pendirian itu dibuat kerana MT
> menyedari pentingnya perpaduan parti dikekalkan.
> Cadangan berkenaan akan diperjelaskan kepada Umno
> bahagian oleh pengerusi badan perhubungan Umno
> negeri. 
> 
> Bagaimanapun, katanya, keputusan MT berhubung
> pencalonan Dr Mahathir sebagai Presiden dan Abdullah
> sebagai Timbalan Presiden bukan satu arahan yang
> harus dipatuhi oleh bahagian tetapi ia satu
> pendirian. 
> 
> "Ini adalah pendirian MT. Semua pengerusi
> perhubungan Umno negeri sudah bersetuju dan mereka
> akan membawa keputusan ini untuk dilaksanakan di
> peringkat perwakilan bahagian masing-masing,"
> katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu di
> Ibu Pejabat Umno di sini. 
> 
> Dr Mahathir menjadi Presiden Umno sejak 1981,
> manakala Abdullah, adalah seorang daripada tiga naib
> presiden Umno yang menjalankan tugas Timbalan
> Presiden parti sejak setahun lalu. 
> 
> Jawatan Timbalan Presiden Umno kosong berikutan
> pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September
> 1998. 
> 
> Khalil, ketika ditanya siapakah yang mengemukakan
> cadangan itu berkata, ia tidak diusulkan oleh
> presiden atau mana-mana ahli MT tetapi sebagai
> pendirian MT termasuk pengerusi perhubungan Umno
> negeri. 
> 
> "Ini bermakna apabila Umno bahagian bermesyuarat,
> mereka akan diminta membuat keputusan bahawa hanya
> nama Dr Mahathir dan Abdullah yang dimasukkan dalam
> borang cadangan masing-masing bagi jawatan presiden
> dan timbalan. 
> 
> "Dengan keputusan ini, MT berharap tidak ada
> pertandingan bagi kedua-dua jawatan berkenaan,"
> katanya. 
> 
> Menjawab soalan yang sama, Dr Mahathir berkata:
> "Kita bincang secara terbuka...itu saja. Ini kata
> sepakat yang dicapai. Kita tidak mengenal pasti
> orang itu bila keputusan dibuat secara sebulat suara
> dan kita tidak menuding jari kepada sesiapa." 
> 
> Ditanya sama ada Abdullah, yang kini menjalankan
> tugas timbalan presiden, secara automatik dicadang
> dan dicalonkan sebagai timbalan presiden, Dr
> Mahathir berkata: 
> 
> "Jawatan timbalan presiden mengikut MT tidak akan
> dipertandingkan. Ini bermakna yang akan disokong
> oleh MT sebagai timbalan presiden ialah Datuk Seri
> Abdullah." 
> 
> Dr Mahathir menegaskan, cadangan itu bukan satu
> arahan tetapi satu pendirian MT yang meminta
> ketua-ketua perhubungan Umno negeri supaya
> menyampaikannya dan menasihati bahagian supaya tidak
> membuat pencalonan bagi jawatan itu selain daripada
> apa yang dibuat oleh MT. 
> 
> Ditanya sama ada Umno perlu mengadakan perhimpunan
> khas bagi membuat pencalonan itu, Dr Mahathir
> berkata, ia tidak perlu kerana pendirian itu cuma
> nasihat. 
> 
> Mengenai kemungkinan ada bahagian yang tidak
> mengikuti nasihat itu, Dr Mahathir berkata:
> "Nasihat, nasihatlah." 
> 
> Perdana Menteri juga berkata, dalam mesyuarat itu,
> beliau turut menasihatkan ahli Umno supaya lebih
> komited dengan parti serta tidak terpesong dalam
> perebutan tempat dan tidak perlu setia kepada
> individu. 
> 
> Beliau juga mengulangi teguran terhadap wakil rakyat
> Umno yang baru menang dalam pilihan raya baru-baru
> ini supaya melaksanakan tanggungjawab termasuk
> menghadiri persidangan Parlimen dan Dewan Undangan
> Negeri. 
> 
> Mengenai perhimpunan agung Umno, Dr Mahathir
> menjelaskan, tarikh itu ditetapkan kerana
> perlembagaan parti hanya membenarkan pemilihan
> ditangguh tidak melebihi 18 bulan. 
> 
> "Oleh itu, mesyuarat agung Umno perlu diadakan Jun
> atau sebelumnya dan kita mengambil kesempatan hari
> penubuhan Umno iaitu 11 Mei untuk mengadakan
> mesyuarat agung Umno. 
> 
> Sementara itu, Khalil berkata, mesyuarat cawangan
> Umno akan diadakan dalam tempoh enam minggu bermula
> 16 Januari ini, diikuti mesyuarat peringkat
> bahagian.
> 
> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ismail ahmad <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke