*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,
ini saya dengar dari ceramah ustaz Zul Muda, U.I.A.
mengikut imam shafie, kalau SENGAJA sentuh, memang batal, kalau TAK SENGAJA, 
tak membatalkan.
Sorry tak sempat nak beri nas-nas , kalau sesiapa yang nak tahu lebih 
lanjut, pls call ustaz Zul di U.I.A.
Beliau , insyaalah, boleh bagi tahu pandangan dari ke empat-empat mahzab, 
complete with dalil-dalilnya sekali.

Wassalam. Selamat Hari Raya Eidul Fitri.


>From: "saladin ali" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* batal wuduk atau tidak menyentuh wanita
>Date: Thu, 06 Jan 2000 14:33:43 PST
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Salam,
>
>Nak tanya sikit......
>
>1. Menurut Imam Shafie....sentuh perempuan batal wuduk.
>2. Imam Hanafi pula....sentuh perempuan tak membatalkan wuduk.
>
>Selalunya kita diberi tahu bahawa ini perkara kecil bukan perkara pokok. 
>Tapi kalau diperhatikan ianya perkara yang besar.
>
>Cuba bayangkan..satu mazhab tidak bolih sembahayang kecuali berwuduk semula 
>yang satu lagi bolih bersembahyang. Jika wuduk terbatal maka sembahyang nya 
>dengan tersendiri pun turut batal. Tak kan kedua-dua sembahyang ini sah???
>
>Both cannot be right.
>
>Tolong jelaskan.......sesiapa yang mahir.
>
>Salam.
>
>
>
>
>>From: "shah" <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: H-Net* batal wuduk atau tidak menyentuh wanita
>>Date: Thu, 6 Jan 2000 11:03:13 +0800
>>
>>
>>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>BATAL WUDHUK ATAU TIDAK MENYENTUH WANITA
>>petikan drp al-ahkam online
>>
>>                                                Jawapan
>>
>>  ---M Afandi B A Wahab <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>> >
>> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>> >  { Sila lawat Laman Web Hizbi-Net :  http://www.hizbi.net }
>> >  { HizbiNet -  Membina Ummah  Berilmu & Bermaklumat.  }
>> >   *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>> >
>> >
>> >   Assalamualaikum,
>> >
>> >   Mintak pandangan para netters sekelian:
>> >
>> >   Apakah ada hadis atau fatwa atau dalil2 atau yang seangkatan
>> >   dengannya yang mengatakan bahawa bersentuh kulit suami isteri
>> >   tidak batal air sembahyang?
>> >
>> >
>>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>~
>> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body :
>>SUBSCRIBE HIZB)
>> >  ( Berhenti ?    To : [EMAIL PROTECTED]    pada body:
>>UNSUBSCRIBE
>>HIZB)
>> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
>> >  ( pandangan rasmi Malaysian Islamic Society Of North America
>>(MISNA) )
>> >
>>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>~
>> >
>> > Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (M Afandi B A Wahab)
>>
>>
>>Jawab:
>>assalamualaikum,
>>
>>Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit
>>perempaun
>>ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk?
>>
>>Menurut mazhab Syafi'i, hukumnya batal secara mutlak (tanpa
>>syarat).
>>Ini termasuk dengan isteri sendiri.
>>
>>Mazhab Maliki: Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan
>>wudhuk
>>jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), atau mendapat
>>kelazatan ketika bersentuhan.
>>
>>Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara
>>mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika
>>bersentuhan.
>>
>>Mengapa mereka berselelisih pendapat?
>>
>>Ulamak Syafi'i berdalilkan, firman Allah Taala:
>>"Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-
>>Maidah:6)
>>Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas-
>>dengan maksud bersentuhan (al-lams)
>>
>>Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan.
>>Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah,
>>katanya:
>>Bahawa Rasulullah s.a.w. mencium/kucupnya, sedangkan baginda
>>berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan
>>wudhuk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah
>>dan al-Bazzar)
>>
>>Ada hadis lain riwayat al-Nasa'i dan Ahmada, juga dari Aisyah,
>>katanya:
>>Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar
>>mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.
>>
>>Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan
>>oleh ulamak syafi'i dan hanafi.
>>
>>(lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal
>>Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)
>>
>>Wallahu a'lam
>>
>>
>>---MUSTAPA KAMAL <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>> >
>> > Rasulullah pernah mencium 'Aishah tetapi kemudian terus
>>beribadat.
>>Ada pula satu ketika semasa beliau smbahyang tersentuh kaki 'Aishah
>>tetapi beliau terus beribadat.
>> > Apa komen Ustaz?
>> >
>>
>>Jawab:
>>Hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak tidak batal. 
>>Namun para ulamak syafi'i menolak kehujahan hadis
>>berkucup/cium dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dha'if dan mursal. 
>>Manakala hadis bersentuhan kaki aisyah dengan kaki nabi,
>>mereka menolak kehujahan hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa:
>>1. mungkin ketika itu ada lapik/alas
>>2. Atau ia dikhususkan untuk nabi sahaja (tidak batal wuduk).
>>
>>Mana satu pendapat yang rajih? Dr Wahbah al-Zuhaili  dalam tarjihnya 
>>mengatakan bahawa penolakan ulamak syafi'i mengenai hadis
>>menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengaja
>>diada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya 
>>lagi, yang paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa
>>menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalam
>>keadaan bernafsu adalah tidak membatalkan wudhuk. Manakala jika bernafsu, 
>>membatalkan wudhuk.
>>
>>
>>
>>Date:
>>         Wed, 24 Jun 1998 1:47:00 -0700
>>   From: "Sukhaini [EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]> Add 
>>to Address Book
>>  Subject: Re: H-Net* Batal atau tidak.....?
>>     To:  [EMAIL PROTECTED], zain ys <[EMAIL PROTECTED]>,
>>         M Afandi B A Wahab <[EMAIL PROTECTED]>
>>     Cc: "Md [EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,
>>         "Md Nazri [EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,
>>         "Norchahya [EMAIL PROTECTED]" 
>><[EMAIL PROTECTED]>,
>>         "Ah Zairi [EMAIL PROTECTED]" 
>><[EMAIL PROTECTED]>
>>
>>assalamualaikum.
>>Nak tambah sikit persoalan ini. Apakah yg dimaksudkan dgn bersentuhan itu, 
>>adakah ia bersentuhan dgn telapak tangan atau bersentuhan
>>antara kulit dgn kulit [selain telapak tangan] dan apakah hukumnya air 
>>sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan
>>antara suami isteri..?
>>
>>wassalam
>>
>>-------------------
>>Jawab:
>>Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira samada 
>>dengan telapak tangan atau ataupun anggota lain.
>>
>>Hanya dalam mazhab Syafi’I mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan 
>>rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat
>>yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal 
>>wuduk.
>>
>>Cuma dalam masalah menyentuh zakar/faraj, para ulamak Syafi’I menetapkan 
>>sentuhan yang membatalkan wuduk ialah dengan telapak
>>tangan, tidak dengan belakang telapak tangan atau anggota lain.
>>
>>Kembali kepada masalah sentuhan yang membatalkan wuduk (selain dari zakar 
>>dan faraj):
>>
>>Soal: apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn 
>>kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?
>>
>>Jawab: Menurut Syafi’I batal hukumnya. Manakala menurut Hanafi, Hanbali 
>>dan Maliki, tidak batal.
>>
>>Alasannya telah dikemukakan sebelum ini.
>>
>>
>>
>>Date:
>>         Thu, 2 Jul 1998 08:53:34 +0800
>>     To: zain ys <[EMAIL PROTECTED]>
>>   From:  Norrulhuda <[EMAIL PROTECTED]> Add to 
>>Address Book
>>  Subject: Re: H-Net* Batal atau tidak.....?
>>
>>
>>Assalamualaikum...
>>
>>Terima kasih atas usaha saudara menerangkan tentang hal wudhuk ini. Saya 
>>ingin bertanya :
>>
>>Oleh kerana kita di Malaysia, kita mengikut mazhab Syafii. Tapi, boleh tak 
>>kalau saya tak ikut pendapat Mzhab Syafii dalam hal ini. Saya ingin
>>mengikut pendapat Maliki iaitu batal hanya jika berniat syahwat atau 
>>mendapat keseronokan. Ini adalah kerana saya rasa pendapat ini lebih
>>praktikal dengan cara hidup saya. Adakah ini sah ???
>>
>>so, bolehkah kita memilih mazhab mana yang ingin kita ikuti ?? Mestikah 
>>kita kekal selama2nya dlm mazhab Syafii ? Apa perbezaan utama
>>antara mazhab2 Islam?
>>
>>Saya harap soalan saya ini tidak menganggu ketenteraman saudara. Saya 
>>dahului bantuan saudara dengan ucapan terima kasih.
>>
>>Sekian, Wassalam
>>------------------------
>>
>>Jawab:
>>Perkara ini menyangkut masalah taklid dan talfiq. Pembahasan ini telah 
>>dibicarakan secara terperinci dan hingga ke dasarnya di dalam ilmu
>>Usul Fiqh. Ilmu ini amat penting bagi mereka yang benar-benar mendalami 
>>dasar-dasar pembinaan hukum Islam.
>>
>>
>>Taklid ialah: Mengikut pendapat seorang mujtahid tanpa mengetahui sumber 
>>dan cara pengambilannya.
>>
>>Seperti seseorang itu mengkut pendapat Imam Syafi’I tanpa mengetahui 
>>dalilnya atau hujahnya. Orang seperti ini disebut muqallid.
>>
>>Apa hukum bertaklid?
>>Hukum-hakam amaliyah dapat kita bahagikan kepada 2:
>>1. Hukum-hakam yang dapat diketahui tanpa memerlukan penelitian dan 
>>ijtihad. Iaitu hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh dalil yang
>>qath’I dan yang dapat diketahui dengan segera. Ia disebut sebagai 
>>`al-ma’lum minad din bid-dharurah’. Contohnya ialah hukum tentang
>>kewajipan sembahyang lima waktu, kewajipan puasa bulan ramadhan, bilangan 
>>rakaat dalam sembahyang dsbnya. Ini semua dapat diketahui
>>oleh semua umat Islam. Pengetahuan tentang hukumnya tidak memerlukan 
>>kepada penelitian terhadap dalil-dalilnya.
>>
>>Dalam maslaah ini, seseorang itu tidak dibenarkan bertaklid, kerana semua 
>>orang dapat mengetahuinya.
>>
>>2. Hukum-hakam yang memerlukan penelitian dan ijtihad. Masalah-masalah 
>>yang berada di bawah kategori ini amat banyak sekali. Seperti
>>masalah yang kita telah bincangkan di atas mengenai hukum menyentuh 
>>perempuan ajnabi, apakah batal wuduk? Ini adalah masalah yang
>>termasuk di dalam kategori ini. Sebab, masalah ini memang ada dalilnya 
>>dari al-Quran. Tetapi dalilnya perlu diteliti terlebih dahulu untuk
>>diketahui – Apakah hukum yang boleh dikeluarkan darinya. Dalam penelitian 
>>dan kajian ini, sudah semestinya terjadi perselisihan pendapat.
>>Mazhab-mazhab dan perbedaan-perbedaan pendapat di kalangan ulamak terjadi 
>>dalam dalam masalah yang seumpama ini.
>>
>>Orang yang berusaha meneliti dalil-dalil, kemudian mengeluarkan hukum dari 
>>dalil berkenaan di namakan sebagai mujtahid. Antara mereka
>>adalah seperti Imam Syafi’I, Malik, Hanbali dll. Manakala mereka yang 
>>mengikutnya atau memakai hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid
>>disebut sebagai orang yang bertaklid. Perbuatan mengikut/memakai hukum 
>>berkenaan disebut sebagai bertaklid.
>>
>>Dalam masalah inilah yang dibenarkan bertaklid.
>>
>>Kebanyakkan ulamak Usul (Usul Fiqh) mengatakan bahawa mereka yang tidak 
>>berkeupayaan untuk berijtihad wajib mengikut dan mengambil
>>pendapat atau fatwa dari para mujtahid (org yg berkeupayaan berijtihad).
>>
>>
>>Bertaklid kepada mazhab-mazhab
>>Mazhab-mazhab masyhur yang wujud hingga sekarang ini ialah mazhab Syafi’I, 
>>Maliki, Hanafi dan Hanbali. Kita di Malaysia ini rata-rata
>>bertaklid kepada mazhab Syafi’i.
>>
>>Soalan: Apakah kita boleh bertukar kepada mazhab lain?
>>Jawab: Boleh. Kerana, apa bezanya Syafi’I dan lain-lain mazhab di atas? 
>>Jika kita boleh bertaklid kepada mazhab Syafi’I, ini bermakna kita
>>juga boleh bertaklid kepada mazhab-mazhab lain.
>>
>>Menurut Al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Hummam, tidak wajib bertaklid 
>>kepada seorang mujtahid (mazhab) tertentu. Dalam satu
>>masalah, mereka boleh beramal dengan mazhab ini, kemudian dalam masalah 
>>lain mereka beramal dengan mazhab lain.
>>
>>Berdasarkan pendapat ini, jika kita bertaklid dengan mazhab Syafi’I dalam 
>>satu-satu masalah, tidak semestinya kita mesti bertaklid dengan
>>mazhab ini dalam semua masalah. Dibenarkan mengamalkan pendapat dari 
>>mazhab-mazhab lain.
>>
>>Taklid yang diharamkan ialah:
>>1. Bertaklid kepada seseorang tanpa mengendahkan al-Quran dan Sunnah.
>>2. Bertaklid kepada seseorang yang tidak diketahui kemampuannya 
>>berijtihad.
>>
>>
>>Talfiq
>>Ialah mengikut pendapat satu-satu imam dalam satu-satu masalah, kemudian 
>>bertaklid kepada imam lain dalam masalah lain. Contoh,
>>mengambil wuduk ikut cara Hanafi dan sembahyang ikut cara Syafi’i. 
>>Ataupun, pada hari ini dia bersembahyang ikut pendapat Syafi’I
>>dengan membaca Bismillah.., esoknya dia bersembahyang ikut pendapat Hanafi 
>>dengan tidak membaca bismillah.
>>
>>Inilah yang dikatakan sebagai talfiq.
>>
>>Kebanyakkan ulamak membahagikan talfiq kepada dua:
>>1. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam 
>>beberapa masalah yang berbeza. Contoh: Berwuduk ikut Hanafi
>>dan  sembahyang ikut Maliki.
>>
>>Apa hukumnya? Menurut ulamak-ulamak ini, talfiq dengan cara begini adalah 
>>dibenarkan, kerana dia mengamalkan pendapat yang berbeza
>>dalam dua maslah yang berbeza – Wuduk dan sembahyang.
>>
>>Talfiq begini dibenarkan dalam bidang ibadah dan muamalat sebagai 
>>keringanan dan rahmat dari Allah Taala terhadap umat Muhamad.
>>
>>Dibenarkan juga mengambil pendapat yang paling ringan antara mazhab-mazhab 
>>dalam satu masalah. Ia diamalkan pada masa yang
>>berlainan yang tidak bergantung satu sama lain.
>>
>>Contoh, Ali berwuduk menurut syarat-syarat yang telah ditetap oleh 
>>Syafi’i. Pada waktu lain dia berwuduk menurut syarat-syarat yang
>>ditetapkan oleh Hanafi.
>>
>>Talfiq seperti ini dibenarkan kerana wuduk pertama yang menurut syarat 
>>Syafi’I telah selesai dan digunakan untuk satu-satu ibadah hingga
>>selesai. Kemudian wuduk keduanya menurut Hanafi juga selesai dan digunakan 
>>untuk tujuan tertentu hingga selesai. Jelasnya ia dilakukan,
>>sekalipun masalahnya sama tetapi dalam peristiwanya berbeza.
>>
>>2. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam 
>>satu masalah. Talfiq begini tidak benarkan.
>>
>>Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia tidak 
>>memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki.
>>
>>Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.
>>
>>
>>Ittiba’
>>Ialah menerima pendapat oranglain dengan mengetahui sumber atau hujahnya.
>>
>>Ittiba’ adalah sebaik-baik cara menerima dan mengamalkan pendapat dari 
>>mujtahid.
>>
>>
>>Feqhul Muqaran
>>Yang sedang berkembang sekarang ini ialah Feqhul muqaran. Ia menjadi salah 
>>satu dari subjek di kuliah syariah al-Azhar.
>>
>>Feqhul muqaran ialah membahaskan satu-satu masalah dengan mengambil semua 
>>pendapat ulamak yang ada dengan dalil-dalilnya.
>>Kemudian ia didiskusikan secara ilmiah. Akhirnya ialah membuat rumusan, 
>>pendapat manakah yang paling kukuh dalil dan hujahnya (tarjih).
>>Tarjih yang dilakukan tanpa terikat kepada mana mazhab fikah.
>>
>>Feqhul Muqaran berbeda dengan muqaranah al-Mazahib yang terdapat sebelum 
>>ini, di mana para ulamak mengumpul semua pendapat dari
>>semua mazhab yang ada bersama dalil-dalilnya. Kemudian ia dibincangkan. 
>>Akhir sekali ialah melakukan tarjih berdasarkan mazhab
>>masing-masing. Jika yang melakukan perbandingan itu dari mazhab Hanafi, 
>>maka tarjih itu dilakukan berdasarkan mazhab Hanafi, begitulah
>>seterusnya.
>>
>>Sekarang kita dapat melihat feqhul muqaran ini terus berkembang dan 
>>semakin diterima oleh umat Islam. Antara yang bekerja keras memberi
>>sumbangan dalam bidang ini ialah Dr Yusof al-Qardhawi, Dr. Wahbah 
>>al-Zuhaili, lujnah fatwa al-Azhar dan beberapa tokoh ulamak al-Azhar.
>>
>>Banyak kebaikkan dari feqh ini ialah:
>>1. Dapat mengetahui dalil dan hujah dari semua pihak.
>>2. Menghindarkan fahaman taksub mazhab – Dapat bertolak ansur dengan 
>>mereka yang berbeza pendapat dengan kita.
>>3. Dapat beramal dengan hati yang lebih tenang kerana hujahnya kukuh.
>>
>>Bagaimana kita di Malaysia?
>>Memang, secara umumnya, dalam soal-soal fikah masyarakat Malaysia beramal 
>>dengan mazhab Syafi’i. Namun sudah tidak dalam semua
>>cabang permasalahan. Ia lebih banyak tertumpu kepada soal-soal ibadah 
>>individu sahaja. Zakat? Sudah banyak yang tidak mengikut Syafi’i.
>>Dalam soal-soal muamalat, adalah sukar seandainya jika kita mengikat diri 
>>kepada satu mazhab sahaja. Ini termasuk di dalam urusan-urusan
>>perbankan Islam. Seandainya negara kita ini melaksanakan undang-undang 
>>Islam – Mengikat diri kepada mazhab juga menjadikan keadaan
>>amat sulit sekali.
>>
>>Di Malaysia, menurut pendapat saya, yang terbaik ialah feqhul muqaran. 
>>Tetapi ia hendaklah dijalankan secara beransur-ansur tanpa
>>kekerasan dan paksaan.
>>
>>Contohnya, mengenai masalah zakat pendapatan. Jika mengikut pendapat 
>>Syafi’I, sudah tentu tidak ada. Tetapi hasil dari penelitian beberapa
>>ulamak abad ini, ia wajib dizakatkan. Bagaimana penerimaan masyarakat 
>>Malaysia? Semesti berbagai, terutamanya para ulamak tradisional.
>>Setelah proses penerangan dan campurtangan pemerintah, akhirnya ramai di 
>>kalangan mereka yang menerimanya dengan dada yang lapang.
>>Saya percaya, jika usaha begini terus dilakukan, semuanya akan menerima.
>>
>>Ini membuktikan bahawa umat Islam di Malaysia ini boleh dan mudah menerima 
>>satu-satu pendapat sekalipun bertentangan dengan mazhab
>>Syafi’I – jika kena caranya. Tapi, kalau silap gayanya, kita akan 
>>dijadikan sebagai musuh tradisi. Ini pernah terjadi kepada sebahagian
>>golongan yang secara keras dan tegas, gemar memaksa-maksa umat Islam agar 
>>menerima pendapat mereka. Jika umat Islam tidak menerima,
>>mereka akan cela dan bid’ahkan. Saya percaya, ini akan memberikan kesan 
>>yang lebih buruk lagi.
>>
>>--------------------
>>Soal: Oleh kerana kita di Malaysia, kita mengikut mazhab Syafii. Tapi, 
>>boleh tak kalau saya tak ikut pendapat Mazhab Syafii dalam hal ini.
>>Saya ingin mengikut pendapat Maliki iaitu batal hanya jika berniat syahwat 
>>atau mendapat keseronokan. Ini adalah kerana saya rasa pendapat
>>ini lebih praktikal dengan cara hidup saya. Adakah ini sah ???
>>
>>Jawab: Boleh. Lihat penjelasan di atas tadi.
>>Cuma, seperti yang saya katakan, bahawa kita masih dalam persekitaran 
>>`kuat Syafi’I’. Oleh itu hati-hati ketika beramal dengan mazhab lain
>>terutamanya dalam masalah ibadah individu. Jika mereka lihat anda 
>>menyentuh suami, lantas mengerjakan sembahyang, ini adalah sesuatu
>>yang pelik bagi mereka. Sebab umum sudah tahu bahawa sentuh suami adalah 
>>membatalkan wuduk. Silap haribulan anda akan dikatakan
>>sebagai sesat.
>>
>>Baiklah, jika diandaikan anda cuba memberi penjelasan, apakah mereka bisa 
>>menerimanya? Jika tidak, anda akan terus dituduh sesat.
>>
>>Untuk perhatian, saya tidak katakan tidak boleh mengamalkan tetapi 
>>hati-hati. Maksud hati-hati di sini ialah agar tidak berlaku masalah yang
>>lebih besar lagi, iaitu fitnah perpecahan. Sebab orang-orang sebelum kita 
>>telah melalui zaman berkenaan.
>>
>>Kadangkala kita ini, bila mendapat satu ilmu, kita suka menunjuk-nunjuk 
>>dan bermegah-megah. Contohnya, bila kita belajar dan tahu
>>bahawa menurut pendapat yang terkuat dalam masalah menyentuh perempuan 
>>tidak batal wuduk. Lalu kita amalkan pendapat itu. Kita
>>kadangkala dengan sengaja, mahu menunjuk-nunjuk bahawa kita ini beramal 
>>dengan pendapat berkenaan. Kita dengan sengaja menyentuh
>>isteri kita di depan orang ramai, lalu kita bersembahyang terus. Mereka 
>>yang melihat sudah tentu tersentak dan pelik. Mereka akan berkata
>>begitu dan begini. Lebih malang lagi kita suka berhujah dengan mereka 
>>secara kasar serta menyesat-nyesatkan mereka. Apakah mereka akan
>>menerima pendapat kita?
>>
>>Bila masyarakat memusuhi kita, kita dengan mudah berkata: “Memang, orang 
>>yang berada di jalan kebenaran sentiasa di cemuh dan
>>dimusuhi.” Padahal, sebelum itu kita dengan sengaja memancing-mancing 
>>mereka agar mencemuh kita. Kitalah sebenarnya yang menjerat
>>mereka agar memusuhi kita.
>>
>>Sebagai contoh lain, kalau kita mahu mengikut pendapat bahawa anjing itu 
>>tidak najis. Lalu kita dengan sengaja menyentuhnya malah
>>memeluknya. Kita, seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk bahawa aku ini Maliki. 
>>Bila kita buat begitu, nanti sudah tentu mereka akan bertanya
>>“tidak najis ke?”, saat itulah yang dinanti-nantikan. Kitapun akan 
>>membelasah orang yang bertanya itu dengan hujah berapi-api dari al-Quran
>>dan sunnah….
>>
>>Tidak mengapa seandainya anda berada dalam lingkungan yang mereka 
>>berfikiran terbuka dalam masalah mazhab.
>>
>>Dan alhamdulillah, semakin ramai yang terbuka, terutamanya dengan adanya 
>>usaha-usaha dari pelbagai pihak termasuk dari aL-AHKAM
>>sendiri.
>>
>>
>>Soal: so, bolehkah kita memilih mazhab mana yang ingin kita ikuti ??
>>Jawab: Boleh. Lihat penjelasan mengenai taklid, talfiq dan ittiba’.
>>
>>
>>Soal: Mestikah kita kekal selama2nya dlm mazhab Syafii?
>>Jawab: Tidak. Lihat juga penjelasan yang sama di atas.
>>
>>Soal: Apa perbezaan utama antara mazhab2 Islam?
>>Jawab: Mereka berbeza hanya dari segi furuk sahaja tidak pada usul. Semua 
>>mazhab menjadikan al-Quran sebagai sumber pengambilan
>>hukum yang pertama. Dan al-Sunnah sebagai yang kedua. Dan dua perkara lagi 
>>yang mereka sepakati sebagai sumber hukum iaitu ijma’ dan
>>qiyas. Selepas itu, mereka berbeza. Berikut ini adalah sumber pengambilan 
>>hukum dari 4 mazhab:
>>
>>Mazhab Hanafi:
>>1. Al-Quran
>>2. Sunnah dan athar sahih yang masyhur di kalangan ulamak.
>>3. Fatwa2 sahabat
>>4. Qiyas
>>5. Istihsan
>>6. Adat dan `uruf masyarakat
>>
>>Mazhab Maliki:
>>1. Al-Quran
>>2. Sunnah
>>3. Amalan ulamak Madinah (ijmak ahli Madinah)
>>4. Qiyas
>>5. Mashlahah mursalah / Ishtishab
>>
>>Mazhab Syafi’I
>>1. Al-Quran
>>2. Sunnah
>>3. Ijma’
>>4. Qiyas
>>5. Istidlal
>>
>>Mazhab Hanbali
>>1. Al-Quran
>>2. Sunnah
>>3. Fatwa-fatwa sahabat
>>4. Fatwa sahabat yang terdekat dengan al-Quran dan Sunnah
>>5. Hadis Mursal dan Dha’if
>>6. Qiyas
>>
>>Di atas adalah perbezaan pengambilan sumber hukum antara mazhab-mazhab. 
>>Perbezaan ini bukanlah pada dasarnya.
>>
>>Dasar yang mereka sepakati adalah al-Quran dan Sunnah, sedangkan 
>>sumber-sumber lain tidak kira apa sekalipun, mestilah tidak lari dari
>>prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh al-Quran.
>>
>>Untuk rujukan lanjut, saya cadangkan agar saudara/ri merujuk buku-buku 
>>Usul fikah. Di sini saudara/ri akan didedahkan dengan pembahasan
>>mengenainya dengan lebih luas lagi. Dan, buku-buku Usul Fikah sudah ada 
>>yang ditulis atau diterjemahkan di dalam bahasa Melayu.
>>
>>Perbezaan di dalam furu’ fikah… Terlalu banyak sekali. Antaranya ialah 
>>yang sedang kita bincangkan sekarang ini. Namun ia hanyalah
>>perbedaan dari sudut cabang sahaja bukan sudut dasar.
>>
>>Sebagai contoh, ayat al-Quran: "Atau jika kamu (lelaki) menyentuh 
>>(laamastum) perempuan." (al-Maidah:6)
>>
>>Dalam ayat ini, mana yang dasar dan mana yang furu’?
>>Dasarnya ialah -> Semua mazhab bersepakat mengatakan bahawa ayat di atas 
>>adalah mengenai menyentuh perempuan batal wudhuk.
>>Furu’nya ialah -> Sentuh yang bagaimana? Apakah maksud `sentuh’ itu jimak 
>>atau semata-mata sentuh atau sentuh dengan syahwat atau
>>bagaimana? Mereka berbeda pendapat dalam menafsirkan masalah `sentuh’. 
>>Nanti dalam menafsirkan lafaz `sentuh’, mereka menggunakan
>>hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
>>
>>Inilah juga yang dinamakan sebagai: Dalil qath’I sedangkan dilalahnya 
>>zhanni.
>>Iaitu dalilnya qath’I sebab ia adalah ayat al-Quran. Satu dalil yang 
>>memang benar-benar kuat. 100% perlu diyakini. Sedangkan dilalahnya
>>zhanni.
>>
>>Dilalah ialah -> Ayat ini menunjukkan atas hukum apa? Atau apa yang 
>>ditunjuk oleh ayat ini? Atau ayat ini menunjukkan maksud apa?
>>Zhanni kerana ia masih perlu dibahas dan diselidiki penafsirannya.
>>
>>Perselisihan begini adalah lumrah dan mesti berlaku. Ia juga menunjukkan 
>>betapa luasnya feqh Islami. Betapa bijaksananya Allah Taala di
>>dalam hukumNya. Betapa tidak terjangkaunya ilmu manusia terhadap apa yang 
>>Allah ada.
>>
>>Itulah dia bukti keagungan al-Quran. Keindahan sastera al-Quran. Kerana 
>>al-Quran bukanlah suratkhabar atau majalah. Al-Quran adalah
>>Kalam Allah yang Qadim. Mukjizat yang terus hidup hingga ke hari ini. 
>>Kitab perundangan yang sesuai pada setiap zaman.
>>
>>-----------------
>>Akhirnya.. Sebagaimana biasa, kami menyeru agar jangan sampai berlaku 
>>pertelingkahan sesama kita hanya disebabkan masalah `sentuh
>>perempuan: Batal wuduk atau tidak’.
>>
>>Sebarkan...!
>>
>>Rujukan:
>>Al-Quran
>>Tafsir al-Qurtubi
>>al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, Dr Muhamad Bakar Ismail
>>Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh – Dr Wahbah al-Zuhaili
>>Usul Feqh al-Islami – Dr Wahbah al-Zuhaili
>>Usul Feqh – Muhamad Abu Zahrah
>>Usul Feqh – Abdul Wahab Khalaf
>>Usul Feqh – Muhamad Khdari Bek
>>Subulus Salam – Al-Shon’ani
>>
>>
>>  Berikut ini adalah antara e-mail2 yang dikirimkan kepada kami mengenai 
>>hukum batal atau tidak menyentuh perempuan. E-mail lain itu lebih
>>    kurang sama sahaja isinya. Kepada mereka yang telah mengirimkan soalan 
>>mengenai masalah ini bolehlah merujuk kepada jawapan ini.
>>
>>
>>From: "Ismiaton samingin" <[EMAIL PROTECTED]>  Save Address Block 
>>Sender
>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: suami isteri bersentuhan batal atau tidak
>>
>>Sebenarnya sudah lama saya ingin bertanya dengan ustaz tentang duduk 
>>Perkara  sebenar air wuduk apabila suami isteri bersentuhan secara
>>sengaja atau pun Tidak sengaja akan batal wuduknya. Apa yg saya ketahui 
>>bersentuhan antara suami Isteri itu membatalkan air wuduk.
>>Tetapi ada pendapat yg mengatakan ianya tidak batal. Saya harap ustaz 
>>dapat jelaskan perkara yang sebenar,samada batal atau tidak
>>mengikut mazhab tertentu dan jika tidak batal bagaimanakah cara untuk 
>>mengambil air wuduk tersebut. Dan apa yg saya tahu org yg
>>mengerjakan haji ada juga yg menggunakan tidak batal setelah bertukar 
>>mahzab. Dengan penjelasan dari pihak ustaz ia amat berguna untuk
>>generasi sekarang dan akan datang kerana ada sesetengah pihak yg 
>>mengamalkan bersentuhan suami isteri tidak membatalkan air wuduk.
>>
>>
>>
>>From: "Muhd. Fadhil Nuruddin" <[EMAIL PROTECTED]>  Save Address Block 
>>Sender
>>To: <[EMAIL PROTECTED]>
>>Subject: batal udhu'
>>
>>Assalamu'alaikum Ustaz
>>Boleh tolong berikan nas al-Qur'an dan Hadith mengenai tidak batal udhu' 
>>apabila bersentuhan kulit di antara suami isteri dan juga yang
>>bukan mahram. Saya difahamkan batal udhu' apabila bersetubuh sahaja.
>>
>>Sekian,
>>terima kasih.
>>Yang benar
>>"Ingin Tahu"
>>
>>
>>
>>
>>
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>
>>Pengirim: "shah" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>______________________________________________________
>Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "saladin ali" <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Zainol Zainuddin" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke