*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sambungan...

Sblm kita melihat pengertian sekularisme..kita kena
faham bahawa sekularisme ini bukan semata2 satu ajaran
yg berkait dgn persoalan politik semata2..tapi dia
melibatkan semua aspek kehidupan manusia..

Ajaran sekularisme ni apa tujuan dia sebenarnya??????

Tujuan dia UTK MENCANTAS UBUDIAH DAN TAUHID MANUSIA
KPD ALLAH SWT dlm setiap bidang kehidupan
manusia..politiknya..ekonominya..sosialnya.. 
pendidikannya..psikologinya..dll lagi..

Kita lihat di sini..Sekular menurut yg diterangkan
oleh Kamus Dewan ialah:"yg berkaitan dgn keduniaan
atau yg tidak berkaitan dgn keagamaan"

Takrif Sekularisme menurut Kamus Dewan pula
ialah:"faham(doktrin, pendirian dsb) yg menolak atau
memisahkan agama atau ciri2 keagamaan dpd urusan2 yg
tidak bersangkutan dgn agama (spt pentadbiran awam dan
lain2)."

        Dari takrif bagi kedua2 perkataan tersebut dapatlah
disimpulkan dgn jelas bahawa makna sekular dan
Sekularisme itu sebenarnya adalah bertolak dari
pegangan bahawa wujudnya sebahagian atau keseluruhan
urusan keduniaan yg semenjak asalnya lagi sebagai
urusan keduniaan yg tidak berhubung langsung dgn
agama. Amalan dan urusan yg dianggap tidak berhubung
dgn agama itu dipanggil sekular dan fahaman atau
ajaran atau pendirian yg mendukung dan mempertahankan
keabsahan amalan dan urusan yg tidak berkait dgn agama
itu di dlm kehidupan manusia dipanggil Sekularisme.

        Seterusnya dari takrifan ini juga, kita dapat
memahami bahawa Sekularisme tidaklah hanya terbatas
kpd aspek politik shj sebagaimana yg umumnya difahami.
Sebaliknya ajaran Sekularisme adalah meliputi semua
jurusan kehidupan manusia dan seluruh ajaran
Sekularisme di dlm setiap jurusan hidup manusia
tersebut adalah dibangunkan di atas dasar menolak
panduan dan syari'at Tuhan mengenainya dan bahkan ia
lebih dari itu juga turut menolak sebarang
pengiktirafan terhadap sebarang pengaruh Rububiyah
Allah swt yg mutlak itu dlm mentadbir manusia dan
alam. Sekularisme dgn itu adalah satu cara hidup yg
menyeluruh yg dibangunkan di atas dasar menafikan
ubudiah kpd Allah swt Tuhan yg menjadikan alam ini. Ia
dgn itu tidak dapat mengelak sama sekali utk
bertembung secara langsung dgn ajaran Islam yg menyeru
manusia kpd Tauhid dan ubudiah yg mutlak dan
menyeluruh di dlm kehidupan manusia. Dgn lain
perkataan Sekularisme sebenarnya adalah
khatawaatus(langkah2) Syaitan dan Millatul Kufri yg
bernaung di bawahnya bentuk2 kekufuran yg paling
biadap yg pernah wujud di alam ini. Mengenai hakikat
sebenar Sekularisme ini Arberri membuat pengakuan:
"Bahawa sesungguhnya setiap materialisme, humanisme,
naturalisme dan positivisme pada hakikatnya adalah
bentuk2 dan gambaran2 yg pelbagai bagi fahaman
sekularisme yg satu sekali pun ia berlainan nama."

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mohd adib <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke