*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


KERTAS KERJA 1

Oleh:  YB. Dato? Prof. Emeritus Haji SHAHNON AHMAD
Sasterawan Negara / Ahli Parlimen SIK (PAS)

Kertas kerja ini dibentangkan pada 1 Januari 2000 di Markaz PAS Kawasan Sik,
Sungai Pau , Sik,  Kedah.
Sempena Tamrin Ramadan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

 1. Mukadimah

1.1     Kertas kerja ini, secara ringkas cuba menyarankan kepada masyarakat,
pemuda
khususnya beberapa tindakan dan langkah yang perlu diambil bagi menghadapi
berbagai
cabaran yang sedang dan akan membiak dan mewabak dalam era alaf baru ini dalam
jangkamasa yang terdekat dan terjauh. Sebelum itu aspek beberapa realiti dalam
alaf baru
serta cabaran-cabarannya akan diperturunkan sebelum saranan aspek tindakan dan
langkahan dikenalpasti. Tindakan dan langkahan akan dijuzukkan dalam judul visi
atau
wawasan. Kertaskerja ditamatkan dengan satu kesimpulan.

2. Realiti

2.1     Proses perubahan dan proses pembangunan dalam berbagai aspek di dunia
masakini, terutama     dalam era melangkah masuk alaf baru ini, begitu rancak,
pantas,
kompleks, sofistiketed, canggih dan dalam banyak hal, begitu celaru dan terbabas
 pula dari
kawalan kita sehingga tak terdaya kita ikuti lagi dan terpaksa membiarkan saja
arus
perubahan dan pembangunan itu mengalir dan mewabak entah ke mana. Di mana-mana
saja sekarang ini persoalan tentang perihal ini, terutamanya kesan masa
depannya, sering
menjadi topik perbincangan dikalangan para politikus, para pentadbir, ahli
akademik, para
pemikir dan tak tinggalan juga para pemuda dalam berbagai kategori dan berbagai
perspektif.

2.2     Banyak realiti baru yang kadang-kadang tak terduga oleh kita terpaksa
kita
depani. Penemuan saintifik mencakupi bioteknologi dan mikrocip, krisis
kepimpinan politik,
aliran baru dalam ekonomi, budaya baru dalam gaya hidup dan berbagai lagi sedang
membentuk peradaban baru dan sekaligus pula memusnahkan peradaban lama yang
mudah
dianggap usang dan lapuk.

2.3      Realiti utama yang kita perlu fahami ialah perpindahan kuasa dunia yang
 menjadi
antara faktor penting dalam proses perubahan dan pembangunan. Profil geopolitik
dunia
sebelumnya yang bercorak Bipolar yang memperlihatkan dua kuasa dunia yang
menentukan
arah : Amerika Syarikat dan Rusia. Kini kuasa Rusia sudah terhakis dan kuasa
dunia
berubah menjadi corak Unipolar dengan Amerika Syarikat cuba tegak sebagai
satu-satunya
kuasa besar yang bersifat penentu. Dan kini sudah pula berada dalam era transisi
 dengan
Amerika Syarikat mulai memperlihatkan kehakisan nilai dan kuasanya dan kuasa
dunia
dikatakan akan bersifat Multipolar. German, Jepun, Cina dan juga Amerika bersama
memegang kuasa itu.

2.4         Dari segi realiti yang lebih bersifat spiritual, ternyata Islam kini
 sedang
membangun dengan berbagai cabaran dan sedang gelut memperlihatkan kesahihan dan
kebenaran dan keadilan : baik di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Islam kini
sedang
memperlihatkan wajah dan nilainya di mana-mana dalam berbagai aspek, mencakupi
politik, pendidikan, komunikasi, kebudayaan, ekonomi, perundangan, kekeluargaan,
 dan
berbagai lagi.

2.5         Salah satu lagi realiti yang sedang kita depani ialah anjakan
bermula dari
masyarakat pertanian kepada masyarakat perindustrian dan dari perindustrian
kepada
masyarakat informasi dengan kecanggihan alat komunikasinya. Aspek komunikasi ini
mewabak begitu rancak dalam berbagai aspek sehingga kesannya lebih banyak yang
bersifat negatif dari positifnya, kita berdepan dengan realiti ini sekarang ini.


2.6         Selain itu kita juga berdepan dengan gaya hidup moden yang serba
mencabar
kerana begitu mempengaruhi masyarakat terutama muda-mudinya. Gaya hidup moden
ini
yang sering juga dinamakan pasca-modenisme terlalu banyak kalau hendak
disenaraikan
tersebati dalam berbagai aspek, antara lain ialah melalui budaya seribu satu
seperti muzik,
olahraga, sukan dan latihan jasmani, fesyen pakaian, pergaulan bebas, anti
tradisi, anti
fitrah, hubungan sex yang bebas dan serba radikal termasuk perihal liwat atau
sodomi,
kehakisan ikatan keluarga, kehakisan keinsanan, renggang generasi, pemujaan wira
 yang
songsang, kepesonaan kekayaan dan pembolotan benda, peminggiran nilai agama
melalui
sekularisme, proses pencariaan makna yang akhirnya kehilangan makna yang
termasuk
dalam ajaran-ajaran sesat, berbagai aktiviti seni yang mabuk rasa dan ?syoksyok
sendiri?,
kesan media masa yang korap yang sukar dikikis akhirnya kehakisan budaya
kekitaan atau
jemaah yang diganti dengan budaya keakuan atau individualiti.

2.7         Masih banyak lagi realiti yang sedang mewabak didepan dan keliling
kita dan
perlu kita hadapi dan tangani. Realiti-realiti ini bukan saja wujud tapi sering
pula menguji
dan mencabar kita ; malah setiap detik provoke kita. Kita sering diheretnya
bersama
dengannya dan kebanyakan antara kita tenggelam hanyut entah ke mana: terutamanya
dikalangan muda-mudi kita yang mudah terpesona kerana tidak punya paradigme yang
sahih untuk menghadapinya. Semua realiti ini adalah cabaran-cabaran bagi kita.
Terutamanya para pemuda dalam era alaf baru ini.


3.1Cabaran

3.1         Cabaran pertama ialah penglibatan kita secara jemaah dalam kancah
realiti yang
mencabar ini. Kita tidak boleh berdiam diri seorang diri dan terus lari dari
realiti yang
wujud kerana mungkin dirasakan terlalu besar dan gagah dari kita. Kita jangan
merasakan
diri kita ini kerdil dan tak punya upaya menghadapi realiti-realiti ini. Kita
perlu mengenal
realiti ini dan mempunyai sikap dan nilai terhadapnya. Namun kita memerlukan
tonggak
yang kukuh mendepani realiti ini. Dan tonggak ini sebenarnya sudah jelas iaitu
Islam.

3.2         Cabaran kedua ialah menghadapi cabaran ini melalui jemaah, konsep
kekitaan
perlu dijaga dengan baik. Pemuda-pemuda wajib memperkukuhkan jemaah kerana tanpa
jemaah kekuatan kita untuk menghadapi realiti yang mencabar kita selama ini
tidak akan
berjaya.

3.3         Cabaran ketiga ialah perlu sentiasa menyedari hakikat bahawa PEMUDA
adalah
satu tenaga yang kuat, satu force yang positif, satu elemen yang mampu tegak
sebagai
penentu dalam proses perubahan dan pembangunan, sama sekali jangan menerima
slogan
dan panggilan julukan ramai bahawa ?orang muda hanya panas baran dan hanya tahu
menentang tanpa sebab?.

3.4         Antara cabaran yang terpenting ialah dalam bidang ilmu pengetahuan
dan
pendidikan. Maka adalah perlu bagi pemuda mewujudkan masyarakat yang
bertonggakkan
keilmuan. Hanya melalui ilmu dan pemiliran yang  dinamik yang punya asas yang
kukuh
dan sahih mengikut tuntutan islam yang mampu kita benar-benar menghadap cabaran
yang
wujud.

3.5         Cabaran seterusnya adalah dalam bidang ekonomi yang mencakupi aspek
dan
persoalan kemiskinan, hutang piutang dari luar kaukus atau pelaksana ekonomi,
inflasi,
penyerang manipulasi matawang dan sebagainya. Pemuda perlu fasih dalam
tindak-tanduk
penyangak-penyangak wang ; baik yang berada di luar negara lebih-lebih lagi yang
 berada
dalam negara yang terlalu banyak kroni dan sukusakat mereka itu.

3.6         Cabaran selanjutnya ialah aspek budaya. Di sini kita benar-benar

berdepan dan
berkeprihatinan dengan natijah atau manifestasi dari gaya hidup global yang
sebahagian
besarnya adalah racun kepada peradaban dan budaya kita. Dalam hal ini para
mudamudi
lebih mudah menjadi sasaran gayahidup ini dan mudah terperangkap dalam jaringan
mereka. Antara yang perlu diberi perhatian dalam menghadapi cabaran ini ialah
aspek
juvenalia yang menjadi-jadi dan aspek budaya lapuk atau dekaden yang begitu
senang
mempengaruhi mudamudi

3.7         Cabaran yang lain ialah keupayaan memperlihat atau mewujudkan satu
contoh
peradaban untuk era masakini. Dalam hal ini elemen-elemen yang mewujudkan
peradaban
islam semenjak zaman Rasulullah s.a.w perlu diketahui dan cuba direalisasikan
meskipun
pastinya banyak cabaran yang akan dihadapi supaya model ini dapat
diperbandingkan
dengan peradaban yang ada.

3.8         Oleh kerana itu , dalam mengenal realiti dan menghadapi cabaran yang
 berbagai
para pemuda kita perlu mempunyai visi atau wawasan yang jelas untuk tindakan
pada
masa depan supaya semangat juang itu bukan hanya bertonggakkan semangat yang
berkobar-kobar berapi membakar diri tapi juga disokong oleh ilmu dan cita-cita
yang jelas.


4. Visi @ Wawasan

4.1     Visi untuk membangunkan generasi masa depan bagi pemuda kini yang
berlandaskan tiga aspek utama:   keintelekcualan , kesahihah kerohanian/akhlak
mengikut
tuntutan islam dan keteguhan pizik.

4.2  Visi membangunkan kepimpinan yang berkualiti tinggi, bermoral tinggi,
berketrampilan
, punya sikap dan nilai yang positif dan pastinya seorang ilmuan.

4.3  Satu generasi kepimpinan yang cekap , yakin diri sendiri , kreatif.
Kritikal dan
senantiasa konstruktif atau membina.

4.4  Satu generasi kepimpinan yang berjiwa besar dan tidak mudah mengalah kepada
tekanan persekitaran dan senantiasa mempunyai aspirasi atau cita-cita yang
unggul.

4.5  Membangun institusi kekeluargaan sebagai satu unit penting dalam sistem
sosial di
mana kemurnian, kekudusan dan kesinambungannya dipertahan dan dijaga
sebaik-baiknya
kerana unit kekeluargaan sebagai asas dalam sistem sosial ini akan memainkan
peranan
utama dalam proses pendidikan atau tarbiyyah kepada generasi akan datang

4.6  Melibatkan golongan wanita dan muslimah dalam perjuangan pemuda agar mereka
tidak hanya tinggal sebagai pemerhati yang pasif tetapi membentuk mereka menjadi
aktivis jemaah, terlibat sebagai pemikir dan penentu dasar berdasarkan
lunas-lunas Islam.
Sejarah telah menunjukkan bahwa wanita, kalau tidak berperanan dan berfungsi
mengikut
kehendak jemaah, akan meruntuh dan melumpuhkan jamaah itu sendiri akhirnya.

4.7  Senantiasa memelihara sikap objektif bila berlaku penilaian. Sesuatu yang
baik perlu
dimaklumkan tanpa mengira asalusulnya. Begitu juga sebaliknya sesuatu yang tidak
 baik.
Jangan memihak kepada yang tidak baik semata-mata kerana hendak menjaga
kelompok.
Penilaian perlu berdasarkan ukuran-ukuran yang sahih; bukan berdasarkan
kelompok.
Jangan Memilih bulu.

4.8  Senantiasa menyemarak dan menggalakkan penyelidikan dan pembangunan ( R &
D)
untuk menyokong perjuangan jemaah. Penyelidikan dan pembangunan adalah penting
waktu menganalisis kejayaan dan kegagalan perjuangan jemaah, kekuatan dan
kelemahan
jemaah termasuk peluang-peluang dan ugutan-ugutan yang timbul dalam perjuangan
jamaah.

4.9  Sentiasa mempertajamkan sensitiviti  atau perasaan kita terhadap isu-isu
sosial
kontemporari kerana dengan itu jemaah boleh menjadi agen-agen perubahan sosial
itu
sendiri.

4.10        Wujudkan sessi dialog anatara agama dan kumpulan yang berlainan
bangsa
bertujuan untuk mengurangkan atau menghapuskan prasangka dan untuk mengenalpasti
ruang-ruang kerjasama antara jemaah dengan  mereka.

4.11        Senantiasa memahami dan menghayati situasi politik semasa. Para
pemuda
perlu memahami dan perlu cambah idea antara anggota tentang jatuh bangunnya
babak-babak politik luar negara dan terutamanya politik dalam negeri, termasuk
gelagat
para pemimpin yang memerintah dan tindak-tanduk mereka yang boleh merugikan
jemaah.

4.12        Jemaah perlu mendidik visi kepimpinan yang berorientasikan
masyarakat.
Pemimpin perlu aktif , berkesan, cekap dan senantiasa memberi penekanan kepada
kepercayaan, kejujuran , tidak korap, berani , tenang dan senantiasa ,mendahului
keperluan masyarakat atau rakyat terlebih dahulu.

4.13        Mengacuankan pembentukan bangsa dan dunia yang sesuai dengan
kehendak
jemaah. Visi ini perlu tetap dalam pemikiran dan tindakan jemaah dan perlu
dijadikan asas
perjuangan jemaah.


 5. Kesimpulan

 5.1         Demikian beberapa visi atau wawasan yang perlu diwujudkan dalam
perjuangan
pemuda dalam jemaah. Masih banyak lagi visi yang boleh difikirkan tetapi yang
pokoknya
ialah pemuda dalam jemaah perlu yakin pada diri sendiri.

5.2         Keyakinan bahawa pemuda dalam jemaah ini adalah sahih lagi benar.
Pemuda
sentiasa sedar bahawa  kewujudannya adalah dalam realiti dua dimensi. Pemuda
berdarah
daging. Pemuda bekerja untuk menentukan hidupnya dan hidup jemaahnya. Pemuda
sedar
tentang batasan keupayaannya tapi pemuda juga sedar bahawa dia boleh mendapat
pertolongan Allah. Pemuda Juga sedar bahwa akhirnya dia akan kembali kepada
Allah.

5.3         Pemuda juga senantisa sedar tentang empat entiti yang sedang
berinteraksi:
dirinya. Sesamanya, alamnya dan khaliqnya. Dan Khaliqnya itu adalah penentu
segala-gala
dalam perjuangan jemaahnnya.

5.4         Sebagai hamba Allah, pemuda memang sedia memerdekakan fikirannya,
jiwanya,
peribadinya; tidak mudah terpesona dengan benda-benda dunia ciptaan manusia dan
peraturan akal manusia tapi senantiasa memikirkan benda-benda itu supaya terasa
keagungan Allah.

5.5     Jiwa pemuda tidak memberi kesan kepada sebarang suasana seperti
kepujian-kekejian, kekayaan-kemiskinan, ego-sombang, gila kuasa dan sifat-sifat
keji yang
lain.

5.6     Begitu juga peribadi pemuda sebagai peribadi  muslim yang sebenar: tidak
 takut
kepada sesiapa selain Allah. Kalau dalam diri pemuda Allah tumbuh dan berkembang
sifat-sifat bakal kepimpinan itu , akan terhasillah kepimpinan yang diredhoi
oleh Allah.
Maka tidak akan wujud pengaruh lain yang akan menjejaskan kepimpinan pemuda itu.


5.7 Sekian

Kertas kerja ini dibentangkan pada 1 Januari 2000 di Markaz PAS Kawasan Sik,
Sungai Pau ,
Sik,  Kedah. Sempena Tamrin Ramadan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

 Kepustakaan:

1.    Mustaffa Kamal Ayub, Managing New Millenium: Youth Renaissance ? Partners
In
Development, Council for Asean Youth Cooperation, Al Hikmah Sdn. Bhd. Bandar
Baru
Sungai Bukuh, Selangor 1997

2.    Seyyed Hossein Nasr. A Young Muslim?s Guide to the Modern World , Mekar
Publishers,
Petaling Jaya, Selangor , 1994

3.    Shahnon Ahmad, Weltanschauung: Satu perjalanan Kreatif (Akan diterbitkan
oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka )

YB. Dato? Prof. Emeritus Haji SHAHNON AHMAD
Sasterawan Negara / Ahli Parlimen SIK
61 Cangkat Minden Jalan 1
11700 Gelugor, Pulau Pinang

disiarkan dengan Ehsan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
http://mahafiraun.tripod.com



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Reply via email to