*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Sifat-sifat toifah/jemaah Pemuda Bani Tamim (Sambungan)


5. Memiliki akhlak mulia dan mempesona.

Pemuda Bani Tamim dan pengikutnya amat berakhlak dan beradab, dengan makhluk 
lebih-lebih lagi dengan Allah SWT. Mereka amat mengambil berat soal adab 
dengan Allah terutama di waktu sembahyang. Bagi mereka, jika terlambat 
sembahyang (ukurannya ialah jika telah azan baru hendak berwudhuk), mereka 
telah biadab dengan Allah. Kerana sifat hamba ialah datang sebelum 
dipanggil.
Jika mereka dapat beradab dengan Allah walaupun dalam perkara yang dianggap 
remeh, mereka juga amat menjaga adab dengan sesama manusia.
Wali Songo (Sunan Gunung Jati) pernah menyebut berkenaan Pemuda Bani Tamim 
(Satria Piningit) itu adalah seorang yang berpegang teguh pada sorban 
kanjeng Nabi Muhammad SAW. Dapat diertikan secara harfiah iaitu berpegang 
teguh pada ekor serban baginda Nabi SAW, iaitu benar-benar mengikut sunnah 
Nabi SAW.
Diterangkan maksudnya ialah beliau itu adalah seorang yang sentiasa 
mengamalkan sunnah Nabi SAW, sangat kuat imannya, bersih hatinya, baik 
akhlaknya, kuat ibadatnya dan selalu taqarrub ilallah.

6. Ibadahnya baik, banyak dan halus serta hati yang sentiasa merintih kepada 
Allah SWT - Rubbanunbillail Wa fursanun fin Nahar- Rahib (ibadah) waktu 
malam, berjuang waktu siang.
Mereka mewajibkan untuk diri mereka bersembahyang malam. Sekurang-kurangnya 
2 rakaat tahajud dan 3 rakaat witir. Hingga mereka tergolong di dalam 
golongan yang tidak pernah meninggalkan sembahyang malam. Ini juga sifat 
pengikut Muhammad Al Fateh yang Allah beri kemenangan menakluki 
Konstantinopel.

7. Sesama Ikhwan sangat kuat tali persaudaraan, kasih sayang, bersatu dan 
bersefahaman.
Perkara ini disebut di dalam sebuah atsar, pernah diucapkan oleh Sayidina 
Ali Kwj. yang bermaksud: "Maka Allah menghimpunkan sahabat-sahabatnya 
(sahabat Imam Mahdi) sejumlah tentera-tentera Badar dan sejumlah 
tentera-tentera Thalut, iaitu sebanyak 313 orang lelaki (terdapat kaum 
wanita mengiringinya). seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar 
dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka 
bercita-cita untuk memindahkan gunung nescaya mereka dapat melakukannya. 
Pakaian mereka sejenis, dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan ayah." 
(dari Kitab Aqdud Durar fi Akhbaril Muntazar, Beirut, 1983, hal.95)
Mereka seolah-olah dari satu ibu dan ayah. Macam adik beradik atau saudara 
kandung. Hubungan mereka bukan lagi sekadar sahabat malah saudara hakiki. 
Kerana itu mereka amat berkasih sayang sesama mereka. Perkara ini tidak 
wujud dalam jemaah-jemaah lain ketika itu. Tiada kasih sayang, yang ada 
ingin berkuasa dan jatuh menjatuh, iri hati, hasad dengki dan dendam kesumat 
sesama sendiri walaupun diseru untuk bersatu.

8. Sentiasa diuji dan terus diuji namun mereka mampu menghadapi ujian.
Mereka benar-benar berjuang pada jalan Allah. Dugaan berat di sini ialah 
dalam bentuk latihan rohaniah. Terdapat juga dugaan berbentuk zahir tetapi 
mereka akan sentiasa menganggapnya sebagai hal yang remeh dan ringan sahaja, 
berbanding dugaan batin yang sedang mereka hadapi.
Mereka dididik agar menjadi sangat tabah, sabar, istiqamah dan ikhlas. 
Mereka juga sangat rajin bekerja, sangat kuat beribadat dan sangat menjaga 
syariat lahir dan batin.
Mereka sangat gigih dalam beramal dan bermujahadah, berani menghadapi ujian 
batin yang hebat-hebat dan gagah pula menghadapinya sehingga akhirnya mampu 
menghancurkan perkara-perkara yang menghalang jalan ibadat mereka 
(Sifat-sifat mazmumah). Gunung tujuh itu ada dihuraikan secara panjang lebar 
oleh Imam al-Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin.
Oleh kerana pada  mereka ujian dari nafsu dan syaitan itulah yang lebih 
berbahaya, ujian lahiriah seperti ditangkap, diburu, dipulaukan dan 
sebagainya dianggap kecil dan boleh dihadapi.
Mereka dipilih dan dibangun oleh Pemuda Bani Tamim secara khusus setelah 
lulus melalui tapisan-tapisan yang ketat dan nampak ganjil pada mata orang 
ramai (jika mereka dapat melihatnya).

9. Jumlahnya sedikit tetapi berkualiti sehingga seolah-olah seorang sama 
dengan sepuluh orang yang lain atau lebih.

Soal jumlah mereka ini amat melawan arus perdana. Ketika jemaah-jemaah lain 
sedang meningkatkan usaha meramaikan ahli, mereka meningkatkan usaha untuk 
menghasilkan ahli yang berkualiti. Kerana itu mereka tidak ramai. Namun 
usaha mengajak manusia kepada Tuhan tetap diteruskan. Malah semua umat Islam 
diseru agar membaiki diri dan membina taqwa. Untuk bersama mereka syaratnya 
ialah taqwa. Ini yang amat payah. Dengan taqwa itulah mereka dibantu. 
Kualiti mereka seolah-olah sama dengan sepuluh orang atau lebih. Sepuluh 
orang itu adalah had minimum kualiti mereka.
Dalam keterangan yang dibawa oleh Sayidina Ali menyebut, mereka adalah 
umpama tentera-tentera Thalut (313). Tentera Thalut asalnya 80,000 orang. 
Tetaapi semuanya tersaring dengan pelbagai ujian, akhirnya tinggal 313 
orang.Begitulah juga yang berlaku kepada jemaah atau toifah Pemuda Bani 
Tamim.

10.Tiada sebarang kepentingan diri kecuali semuanya hanya untuk Allah SWT 
dan agamanya.
Sebagaimana ikrar mereka setiap kali bersembahyang, hidup dan mati hanya 
semata-mata kerana Allah Tuhan Sekelian Alam, mereka mengkotakan janji itu. 
Tiada kepentingan diri membuatkan mereka sentiasa mementingkan dan 
mendahulukan orang lain. Ini juga sifat khusus yang ada pada Pemuda Bani 
Tamim itu sendiri. Bukan mudah untuk menyerahkan kuasa kepada Al Mahdi jika 
ada kepentingan diri. Baginya, yang penting ialah agama Allah tetap unggul 
dan berdaulat.
Amat jauh sifat ini dari pejuang-pejuang sezaman yang berlumba-lumba untuk 
berkuasa dan memiliki kekuasaan sendiri. Malah mencari kekayaan dan 
kesenangan hidup melalui kuasa. Paling tidak dapat jadi glamour atau 
popular.

Wassalam,

Arjuna Armada
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke