*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
250 mati dibakar dalam masjid
Bersama: ZULKIFLEE BAKAR

MASJID ini dibakar bersama-sama dengan 250 orang wanita dan kanak-kanak
serta orang tua yang berlindung di dalamnya, walaupun mereka sudah menaikkan
bendera putih sebagai tanda menyerah.
Akhirnya kesemua mereka mati terbakar dan yang paling mengerikan serta
sangat tidak berperikemanusiaan, tubuh imam masjid tersebut, dipotong-potong
dan dilemparkan ke dalam api yang membakar masjidnya sendiri.

Apa yang dipaparkan di sini bukanlah satu cerita rekaan atau sebuah kisah
dongeng tetapi ia adalah sebuah kenyataan tentang kekejaman yang berlaku di
Masjid Dufa-Dufa, di Dusun Gamsungi, Tobelo, Maluku Utara.

Ia dipaparkan secara terbuka kepada wartawan di Jakarta baru-baru ini oleh
Penasihat Pasukan Penanganan dan Pemulihan Mangsa Kerusuhan Halmahera Utara,
Muslim Arbi.

Katanya, sehingga 4 Januari lalu sudah lebih 3,000 umat Islam mati dibunuh
secara kejam selepas mereka diserang oleh penduduk Kristian dari daerah
Tobelo, Galela, Kao, Sidangoli, Marotai Selatan dan Jailolo.

Malah Ketua Daerah Galela, Maluku Utara, Drs Ichwan Marzuki berkata, ramai
mangsa yang terselamat dalam serangan maut oleh penduduk Kristian
menceritakan bahawa pembunuhan yang dilakukan ke atas umat Islam lebih buruk
daripada kekejaman yang dilakukan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI).

''Ada yang disalib, diperkosa di jalan-jalan, dibakar sampai mati di dalam
masjid atau ditembak bertubi-tubi. Dan semua peristiwa ini masih berlangsung
sehingga hari ini,'' kata Ridwan Kiley, 29 dan Rahmah Rukiah, dua penduduk
Kampung Lamo, Galela yang terselamat dalam satu serangan di kampung
tersebut.

Menurut Ridwan, pada 26 Disember, daerah Galela yang diduduki oleh majoriti
penduduk Islam telah diserang oleh penduduk Kristian dari tiga daerah lain
iaitu Loloda, Ibu dan Tobelo.

''Kami diserang oleh 7,000 orang penduduk Kristian di Kampung Lamo dan umat
Islam terpaksa melawan balik hanya dengan kekuatan 200 orang dengan diketuai
oleh Imam Masjid Nurul Hudu, Djailani.

''Kami berjaya mengusir mereka kerana kebanyakan orang kami mempunyai ilmu
tetapi penduduk Kristian tersebut membuat serangan balas dengan memotong
berpuluh ekor babi, di sepanjang kampung dan darahnya dilumurkan ke
senjata-senjata.

''Wanita mereka juga berbogel dan menari-nari di sepanjang kampung, tujuan
mereka ialah untuk melemahkan ilmu penduduk Islam,'' kata Ridwan.

Akhirnya menurut Ridwan, penduduk Kristian berjaya menawan Kampung Lamo,
banyak umat Islam terbunuh dan apa yang menyedihkan jenazah imam Djailani
telah disalib dan digantung di perbatasan antara Kampung Lamo dan Kampung
Duma.

''Kematian Djailani telah menyebabkan penduduk Islam berputus asa dan
setelah beberapa jam tergantung di tiang salib, barulah pada malam hari
jenazah imam Djailani diturunkan dan dikebumikan oleh penduduk Islam,'' kata
Ridwan.

Dua hari kemudian, umat Islam Maluku Utara sekali lagi menerima nasib malang
apabila 800 pemuda Islam mati dibunuh secara kejam di tiga kampung di daerah
Tobelo, Halmahera, Maluku Utara manakala kaum wanita telah diperkosa di
jalan raya.

Tragedi yang berlaku pada 28 Disember tersebut tercetus di Kampung Gurua,
Kampung Popelo dan Kampung Luari, di Tobelo. Menurut Pakar Sosiologi
Universiti Indonesia (UI) yang berasal dari Galela, Maluku Utara, Thamrin
Amal Tomagola, pada tarikh itu penduduk Kristian melakukan konvoi di
jalan-jalan raya.

''Ketika melakukan konvoi, pemimpin kumpulan berkenaan terus melakukan
hasutan melalui pembesar suara. Mereka tidak bertindak apa-apa ketika
melalui kampung yang diduduki penduduk Kristian.

''Tetapi apabila memasuki kawasan penduduk Islam, penduduk Kristian
berkenaan mulai turun dari kenderaan yang mereka naiki dan menyiram rumah
penduduk dengan minyak tanah dan membakarnya,'' kata beliau.

Kini berdasarkan perkembangan terbaru di Maluku, nasib umat Islam di wilayah
itu semakin terdesak apabila sebahagian besar daerah yang selama ini
dikuasai oleh mereka sudahpun 'ditawan' oleh puak Kristian.

Bagaimanapun sepertimana kata Drs. Ichwan, beliau amat berharap, umat Islam
akan dapat mempertahankan daerah Galela iaitu satu-satunya daerah yang kini
menjadi pertahanan terakhir umat Islam.

Pada Selasa lalu, kumpulan merah, istilah yang digunakan oleh penduduk Islam
terhadap penduduk Kristian telah melancarkan serangan ke atas umat Islam di
daerah Galela. Akibatnya lebih 30 orang umat Islam terbunuh.

Apa yang dipaparkan oleh penulis dalam ruangan ini bukanlah bertujuan untuk
membangkitkan kemarahan mana-mana pihak atau ingin meniup api kebencian
kepada mana-mana kaum.

Tetapi bertujuan sebagai satu teladan dan paparan untuk memberitahu
masyarakat luar betapa konflik di Maluku kini sudah sampai ke tahap yang
cukup serius.

Pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan oleh penduduk Kristian ke atas
penduduk Islam sudah tidak mampu lagi diterima 'dek' akal.

Malang sekali bagi umat Islam Maluku, di saat-saat mereka sedang berjuang
bermati-matian untuk mempertahankan, hak, maruah dan bangsa serta agama
mereka, tiada simfoni simpati daripada pemerintah Indonesia yang kononnya
dipimpin oleh seorang kiai yang dianggap wali Allah oleh sesetengah golongan
iaitu Abdurrahman Wahid atau Gus Dur.

Sebaliknya, Abdurrahman terus menyanyi lagu lama dan membuat kenyataan yang
lebih bersifat berat 'di pihak sana'. Lebih teruk lagi beliau telah
menyalahkan umat Islam pula yang kononnya mengupah orang Kristian menyerang
orang Islam sendiri.

Namun tidak semua ulama di dunia yang mempunyai pandangan 'keliru' seperti
Abdurrahman, ini terbukti apabila sejak Aidilfitri lalu, umat Islam di
seluruh dunia mula meniup 'semboyan' yang memberi semangat dan bersimpati
kepada umat Islam di Maluku.

Tokoh Islam Amerika Syarikat, Dr Mohamad Zubayer secara tegas membidas sikap
Abdurrahman dan sesetengah pertubuhan bukan kerajaan yang seolah-olah tidak
memandang berat tragedi yang menimpa umat Islam di Maluku.

''Ketika golongan Kristian menjadi mangsa di Timor Timur, mereka jadi kecoh,
sambil mendakwa apa yang berlaku di Timor-Timur adalah perbuatan kejam
pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan etnik, tetapi ketika golongan
mereka (Kristian) membunuh orang Islam di Maluku mereka diam... mana suara
mereka,'' katanya.

Manakala di Mekah, rakyat Indonesia yang bermastautin di Arab Saudi
mengeluarkan deklarasi mengutuk pembunuhan orang Islam di Maluku.

''...untuk saudara-saudara kami di Ambon dan Halmahera, kami berdoa semoga
tetap tabah menghadapi fitnah dan pembunuhan... tragedi ini mengingatkan
kita... umat Islam, terhadap pembunuhan secara sistematik dan perkosaan yang
dilakukan oleh Serbia di Bosnia dan Herzegovina.''

Di Masjid Amar bin Ash, Mesir, khatibnya, Profesor Dr. Sallam Ahmad Al
Zifzaf berkata, ''Kepada syuhada Muslim Maluku Indonesia, mereka harus
mendapat penghormatan kerana mereka dibunuh ketika menjalankan ibadah
puasa.''

Berdasarkan kepada hakikat itu sudah jelas bahawa perjuangan umat Islam di
Ambon semakin mendapat perhatian dunia, walaupun pemimpin utama Indonesia
masih 'teraba-raba' mencari kebenaran.

Sekali lagi apa yang berlaku di Ambon sudah memaparkan dengan jelas sikap
berat sebelah negara-negara Barat. Selama ini mereka begitu tergopoh-gapah
mengkritik pemerintah Indonesia apabila terjadi peperangan di Timor Timur
yang majoritinya penduduk Kristian.

Tetapi setakat ini tidak ada satupun kumpulan termasuk di Indonesia sendiri
yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia bersuara terhadap apa yang
berlaku di Maluku.

Malah Peguam Negara Indonesia, Marzuki Darussman... salah seorang yang
begitu aktif dalam memperjuang hak asasi manusia seolah-olah memberi seribu
satu alasan apabila didesak untuk menyiasat peristiwa di wilayah berkenaan.

Sesungguhnya kita tidak pasti apakah kesudahannya nasib umat Islam di
Maluku, apa yang nyata hari demi hari satu demi satu tubuh umat Islam yang
tidak berdosa itu menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman satu puak yang
pasti akan mendapat pembelaan antarabangsa jika peristiwa di Maluku menjadi
sebaliknya.

Persoalannya apakah umat Islam di dunia harus membiarkan kekejaman itu
berlaku hanya kerana alasan... itu 'masalah dalaman Indonesia'.

Di manakah suara-suara lantang kelompok manusia yang selama ini mendabik
dada kononnya merekalah pejuang hak asasi manusia?

Apa sudah jadi kepada pertubuhan Islam berpengaruh di Indonesia yang selama
ini begitu seronok mengadakan demonstrasi untuk menjatuhkan kepimpinan
negara itu di masa lalu? Apakah mereka sudah hilang hati nurani seorang
pemimpin Islam yang merasakan dirinya bertaraf ulama tetapi dalam masa yang
sama memberi kenyataan yang berputar belit, apabila diminta membela nasib
saudara seagamanya yang sedang diseksa?

Apakah pemimpin seumpama itu sudah lupa bahawa Rasululullah s.a.w pernah
bersabda bahawa, ''Barang siapa yang tidak mempedulikan urusan kaum muslimin
maka dia bukan termasuk golongan mereka.''

Semoga seluruh umat Islam termasuk di Malaysia akan menyedari bahawa kita
sedang menyaksikan satu usaha penghapusan etnik ke atas saudara seagama
dengan kita di Maluku.

Ingatlah firman Allah dalam surah Al Buruj ayat 8-9 yang bermaksud: ''Dan
tidaklah mereka diperangi, melainkan kerana mereka beriman kepada Allah,
Yang Maha Perkasa Lagi Maha Terpuji. Yang Mempunyai Kerajaan di langit dan
bumi dan Allah Menyaksikan segala sesuatu.''


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "zaidah mohd" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke