*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Bila timbul cerita pasal Rahim TC ni, ni nak share sikit cerita yang disampaikan kepada saya oleh seorang ex-colleague saya mengenai pengalaman beliau dengan Rahim TC ni. Almaklumlah, kita kena lah kenal dengan tokoh-tokoh pemimpin (atau boleh consider bakal, sebab dah turun tapi sekarang nak aktif balik) kita. Ex-colleague saya ni seorang perempuan yang masa tu bekerja di sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang sebagai manager. Peristiwa ni berlaku kalau tak silap dalam lewat tahun 80an. Olehkerana Rahim TC ni tetamu VIP, jadi kenalah beliau bawakan dan tunjukkan Rahim TC ni ke bilik hotel beliau. Apabila sahabat saya ni sampai kebilik yang akan di-inapi oleh Rahim TC, sahabat saya ni pun menunjukkan dan menerangkan kemudahan dan cara menggunakan kemudahan yang ada didalam bilik tersebut. Ketika itu Rahim TC berdiri dibelakang beliau dan ketika itu hanya mereka berdua didalam bilik tersebut. Kemudian apabila sahabat saya ni berpusing untuk menoleh, beliau amat terkejut kerana ketika itu tangan si Rahim TC sudah amat hampir untuk memeluk/merangkul beliau. Sahabat saya ni pun terkejut sambil berkata yang lebih kurang bunyinya "Eh! Datuk! Apa datuk nak cuba buat ni?!". Sahabat saya tanpa berfikir panjang terus beredar dari bilik tersebut. Begitu lah adanya profile Rahim TC ni... -----Original Message----- From: Concorde [mailto:[EMAIL PROTECTED]] Sent: Sunday, 16 January, 2000 3:06 AM To: Adil; Anwarxtpm; Hizbi Subject: H-Net* RAHIM TAWAR DIRI BERTANDING JAWATAN MAJLIS TERTINGGI UMNO RAHIM TAWAR DIRI BERTANDING JAWATAN MAJLIS TERTINGGI UMNO MELAKA, 15 Jan (Bernama) -- Bekas Ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Thamby Chik hari ini menawarkan diri sebagai calon Majlis Tertinggi (MT) Umno, pada pemilihan parti Mei depan. "Saya berhasrat menawarkan diri sebagai calon jika mendapat sokongan secukupnya daripada Umno bahagian di seluruh negara," katanya pada sidang media selepas mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di sebuah hotel di sini, hari ini. Rahim, 49 berkata keputusannya itu turut didorong oleh sokongan yang diterimanya, yang meminta beliau berbuat demikian. Bekas Ketua Menteri Melaka itu tewas kapada Datuk Zahid Hamidi yang mencabar beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan lalu. Beliau yang kini tidak memegang sebarang jawatan dalam parti berkata hasratnya untuk bertanding di peringkat MT adalah bagi meneruskan perjuangannya dalam parti yang pernah 'dihalang' sebelum ini. "Dulu ada penghalang besar...yang menghancurkan perjuangan politik saya. Tetapi sekarang tiada lagi," katanya Mengenai peluangnya, Rahim berkata: "Saya hanya ahli biasa, tetapi masih ada rakan-rakan dalam politik, selaku bekas Ketua Pemuda." Rahim yakin peluangnya baik kerana senario politik sekarang telah berubah dengan para pemimpin serta anggota parti mahu Umno kembali kepada prinsip perjuangan asal agar kuat dan kukuh. Rahim juga berkata beliau telah memaklumkan hasratnya ini kepada Ketua Menteri Datuk Wira Mohd Ali Rustam selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, yang berkata Umno Melaka tidak mempunyai apa-apa halangan. -- BERNAMA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>