*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


> 
> Assalamu'alaikum Pabiyen.....
> 
> Saya adalah seorang netter yg pemalu.  Diminta sangatlah agar Pabiyen
> forwardkan artikel ni untuk pengetahuan netters yg lain, supaya
> mereka tahu  serba sedikit perihal tingkah laku dan tidak amanah
pemimpin BN keagunangan para penyokong BN di luar sana.
> 
> Ni....  macam ni ceritanya;  suami saya adalah seorang anggota RELA
> yg ditugaskan (ditugaskan bermaksud namanya telah dengan tidak
> diketahuinya sendiri berada dalam senarai petugas) untuk menjaga
keselamatan salah seorang dari calon Bee End yg bertanding pada p/raya
29 Nov. lepas. Apabila dikatakan "bertugas", ini bermakna sedikit
sebanyak dapatlah jugak duit saku.  Pada mulanya saya AMAT TIDAK
bersetuju kerana ini akan menimbulkan kemarahan kawan-kawannya yg
rata-rata PENYOKONG BA.   Ya lah... siapa yg tak marah, saya sendiri
pun penyokong kuat BA, turun "merayu undi" untuk BA lagi...!!!   Tapi
mengenangkan husband saya tu orang kerajaan, mahu tak mahu terpaksalah
juga bertugas.   Tapi dia tak pakai "UMNO" punya jaket, "uniform" yg
diberi adalah atas dasar "KESELAMATAN".  Ya lah... RELA lah katakan,
rela ka tak rela ka, KENA RELA jugak!!  So, saya sendiri pun tak boleh
nak cakap banyak, kalau tak nanti, jika suami tak izinkan saya turun
padang, susah gak saya, betul tak??
> 
> OK....  mula-mula tu depa bagi kat suami saya RM200.00 untuk tugas yg
> dibuat.  Yang sebenarnya kami TAK PALAU (tak heran) ngan duit banyak
> tu (maksudnya duit dari "pauk-puak" tu).  Tapi, berbaloi dengan tugas
yg terpaksa meniinggalkan anak bini kat rumah, dah orang bagi, kita
ambik ajelah, kan..??  Nak tahu tak berapa sebenarnya budget untuk
KESELAMATAN yg ditugaskan kepada anggota RELA??   Kalau tak silap saya,
RM5,000!  Jumlah ni saya dengar dari Koordinator RELA sendiri yg
merungut-rungut kerana "TERTIPU" dengan janji manis calon Bee End yg
menang TIPU jugak tu!  Depa cuma beri yg bertugas tu (termasuklah Cik
Abang sayang saya) RM200.00 saja, tak ke S*AL namanya???  Kalau
diikutkan, yg bertugas tak ramai, cuma lebih kurang 7 orang aje.  Kalau
RM5,000, sepatutnya at least seorang akan dapat RM714.29 yg mana nilai
ini TAK BERBALOI KALAU NAK DIBANDINGKAN dengan tugas depa yg berat -
dahlah meninggalkan anak bini sampai pukul 5.00 pagi hampir setiap
malam, dah tu terpaksa pulak mengorbankan "quality time" dengan
keluarga, apa TAKUT sangat ke depa tu MAMPUIH sampai pergunakan tenaga
orang nak jaga keselamatan depa?
> 
> SAKIT HATI SUNGGUH dibuatnya!   Sampailah sekarang ni.... si laknat
> tu bila nak buat keramaian, senang-senang aje gunakan RELA sebagai
"Pak turut@pak guard" untuk menjaga keamanan tempat mereka mengadakan
keramaian atau kenduri-kendara kroni-kroni depa... JANGAN YOU ALL TAK
TAHU!  Kekadang tu, kesian saya tengok husband.... dijemput orang untuk
pergi kenduri tapi bukan sebagai tetamu khas, instead, SEBAGAI MACAI
depa aje!  Paling kuat pun, lepas semua tetamu berambus, barulah
anggota RELA ni dapat makan.... itupun kalau nasib baik, kalau nasib
tak baik, tak dapat makan tapi cuma dapat RM10.00....  Chettt! 
Porraaahlah!  Saya selalu cakap kat husband, kalau setakat nak "baham"
RM10 tu dan kena tinggalkan saya kat rumah dengan anak-anak TAK PAYAH! 
Saya selalu tegas dengan husband bila sampai bab-bab macam ni.    Macam
manalah saya tak marah.... macamlah tak ada aktiviti yg lebih sihat
untuk anggota RELA laksanakan selain dari jadi "pak guard" orang-orang
UMNO yg selalu buat function, tapi suka panggil RELA.  Depa ingat, RELA
tu BAPAK depa yg jadi ketua!   Saya suruh husband saya cakap kat Ketua
RELA Negeri Selangor  "My wife said, you all can GO TO HELL".....
Akibatnya, husband saya ni agak kena "blacklist" jugak kerana gagal
untuk beraktiviti walaupun beliau adalah "SOMEBODY" dalam RELA.   Saya
selalu cakap kat husband saya, daripada pergi jadi PAK PACAK untuk
lahabau-lahabau tu, lebih baik TEMANKAN SAYA SHOPPING dan saya bayar
dia RM100.00, dapat baju sepasang.  
> 
Sampai sekarang, "hutang" oleh puak-puak laknat yg tak amanah tu tak
dibayar kepada suami & ahli-ahli RELA yg lain.  Dengar khabar, MP Shah
Alam senang-lenang kahwin sorang lagi....  Kurang ajar betul!  Maafkan
> saya kalau saya tersilap, tapi dikhabarkan masa banjir di Shah Alam
sebelum RAYA tu... ada ka patut dia cuma hantar wakil dia aje dan
katanya "dia sedang cuti" kerana baru kahwin?  Ish...  kahwin, jangan
tak kahwin!  Duit RELA mana hah? Engko nak kahwin 10 pun aku tak kisah,
tapi duit laki aku susah-payah jaga keselamatan engko mana pergi?  Dah
habis buat belanja kahwin????
> 
Undilah lagi, undilah!  Syukurlah husband pandai "politik".... suruh
jaga, aku jaga, suruh undi aku tetap undi EZAM!  Sedarlah diri tu
sikit,
menang cara menipu, semua orang boleh menang!  Suami saya berada di
MPSA
malam pengiraan, tapi nyata lagi sahih yg EZAM telah mendahului....
namun tiba-tiba aje entah dari mana peti undi datang - lewat tengah
malam.... yg mengatakan bahawa di dalamnya 100% undi Bee End.. maka
kalahlah EZAM. Cisssss.. bedebah punya Bee End!
> 
Banyak lagi kalau nak didedahkan perihal tingkah laku puak-puak tu....
Allah saja yg tahu.  Saya betul-betul geram dengan tingkah laku
so-called "wakil rakyat" yg nyata TAK AMANAH....  Ya Allah... berilah
kesedaran sikit pada manusia-manusia yg telah lalai itu...
> 
Oh ya.. sebelum terlupa... para "body guard" Shahrizat Jalil, MP yg
menang tipu jugak di Lembah Pantai tu khabarnya (reliable source)
dibayar RM2,000 seorang untuk bekerja dengannya selama 9 hari! 
Dahsyat, kan?  I heard this from a very reliable source.  No joke, not
a rumour.....   ini bukan "khabar" aje, tapi realiti.  Untunglah siapa
jagi body guard Shahrizat sebelum p/raya tu...  Untung, jangan tak
untung...!
> 
> 
> OK... that's all - kalau ada berita lagi, InsyaAllah saya kirim
> 
> 
> Wassalam
> 
> DARI ISTERI ANGGOTA RELA YG TERTIPU
> 
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke