*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sambungan...

Kita tidak akan dapat memahami dan menyelesaikan
syubhat ini melainkan kita memahami takrif ulama
menurut Al-Quran..

Sekarang kita dah tahu bahawa di sana ada 2
pembahagian ulama..

1)ULAMA KAUNIAH..yg disebut oleh Allah swt di dlm
surah Fathir ayat 28 yg bermaksud:"Sebenarnya yg
menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah
dari kalangan hamba2nya hanyalah org2 yg berilmu."
Perkara ini disebut oleh Syeikh Sya'rawi di dlm
tafsirnya mengenai ayat ini.

2)ULAMA SYARI'YYAH..mereka ini disebut sbg waris para
nabi as..yg disebut oleh Allah swt.. Firman Allah swt
di dlm surah Al-Imran ayat 18 yg bermaksud:"Allah
menerangkan (kpd seluruh makhlukNya dgn dalil2 dan
bukti) bahawasanya tiada Tuhan (yg berhak disembah)
melainkan Dia. Yg sentiasa mentadbirkan (seluruh alam)
dgn keadilan dan malaikat2 serta org2 berilmu
(mengakui dan menegaskan juga yg demikian); tiada
Tuhan yg berhak disembah melainkan Dia; Yg Maha Kuasa
lagi Maha Bijaksana.
yg alim mengenai kitab Allah swt..mereka ini menjadi
kepimpinan ummah.
Sebenarnya..TIDAK ADA pertembungan antara ulama dan
ilmu sains atau dgn ahli sains..BUKAN..tetapi
sebaliknya pertembungan antara para ulama dgn gol
intelektual sekular..pertembungan antara para ulama
dgn ahli sains mulhid(atheis) dan sekular..Bukannya
dgn ahli sains yg mengEsakan Allah swt..krn apa..krn
kita tak akan jadi ahli sains yg mengEsakan Allah swt
melainkan amat sedikit di tanah air kita..krn mereka
semua dibentuk dlm sistem pendidikan sains dgn acuan
sekular dan acuan maddiyah.

        Kalau kita nak lahirkan ulama kaun yg mengEsakan
Allah swt..kita kena ubah sistem pendidikan negara dgn
menjadikan ISLAM sbg dasarnya lalu mengadakan mata
pelajaran khas yg disebut ILMU TAUHID..yg wajib
dipelajari oleh setiap pelajar yg belajar sains,
fizik, biologi,kimia dll..MESTI belajar sbg salah satu
dpd mata pelajaran yg WAJIB LULUS dlm pengajian
mereka..

        Ulama yg terdiri dpd pewaris Nabi AS adalah peribadi
yg telah pun mencapai keluasan dan kematangan di dlm
ilmu agama sehingga pandangan dan pendapatnya adalah
sangat menepati dgn kehendak dan maksud2 agama,
seterusnya dgn kematangan taqwa yg telah melepasi
pasang surutnya di dlm jiwa mereka, mereka benar2
tidak akan mengeluarkan pandangan dan pendapat tanpa
ia telah diyakini terlebih dahulu sebagai telah
menepati kehendak ilmu. Sekiranya mereka tersilap oleh
sifat mereka sbg manusia maka mereka tidak pula pernah
keberatan utk segera kembali tunduk ke dlm kebenaran
Tuhannya. Di dlm hal bersegera tunduk kpd kebenaran
Tuhan, mereka sebagaimana para ulama yg sangat
mendalam pengetahuan bukan syariatnya sehingga membawa
kpd makrifah terhadap ketauhidan dan keagungan Allah
swt itu tadi adalah berada di dlm acuan dan jln yg
satu.

        Oleh itu, ketahuilah bahawa setelah kita memahami
maksud ulama itu dan sifatnya yg utama menurut Islam,
maka nyatalah kpd kita bahawa tidak akan dtg dpd
mereka selain kebaikan semata2. Ucapan2 mereka yg
bertolak dpd jiwa yg menyaksikan kebesaran Tuhan
adalah hikmah, ketegasan mereka adalah rahmat kpd
manusia dan perbuatan mereka adalah contoh yg sentiasa
membawa manusia ke jln akhirat. Mereka adalah gambaran
hidup dan bukti kebenaran di atas ilmu yg mereka bawa
sehingga apabila ilmu itu tujuannya membawa manusia
kpd Allah swt, maka para ulama itu menjadi gambaran
nyata dari golongan manusia yg mendampingi dan
menyaksikan kebesaran dan keagungan Allah swt yg dapat
dilihat pada diri dan cara hidup mereka yg menjejaki
jln hidup Al-Mustafa saw. Mereka secara jelasnya
adalah hamba2 Allah swt yg mana hakikat kebenaran
Tauhid itu telah mendarah daging di dlm diri mereka.
Oleh itu, kewujudan mereka adalah cahaya yg sangat
menerangi makna2 Tauhid yg agung tersebut di kalangan
manusia.

        Dgn kedudukan kefahaman agama dan penghayatan yg
tinggi itu, maka mereka adalah pimpinan semulajadi kpd
umat Islam yg dibentuk dari asas Tauhid dan ubudiah
itu. Mereka melebihi dari seluruh lapisan muslimin
adalah memikul tanggung jawab yg terbesar di dlm
memperingatkan ummah dari bahaya yg menimpa mereka dan
Agama. Teguran para ulama Islam yg mulia itu bukanlah
lahir dari keinginannya kpd mata benda yg berada di
tangan manusia. Kpd mereka, mata benda yg melupakan
ingatan terhadap Allah swt itu adalah bangkai yg tidak
ada sebarang nilainya. Mereka menegur dan
memperingatkan krn itulah kewajipan mereka yg menjadi
asas perjanjian mereka kpd Allah swt tatkala mereka
diberikan ilmu. Ia adalah kewajipan dan tugas yg
dipertanyakan oleh Allah Azza Wajalla kpd mereka
seorang demi seorang pd hari akhirat kelak.

        Kewujudan mereka di dlm masyarakat manusia itu adalah
kemenangan bagi Tauhid dan pengagungan bagi syariat,
manakala ketiadaan mereka pula adalah keuntungan bagi
fahaman tidak bertuhan dan penghinaan terhadap syariat Tuhan.....bersambung
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mohd adib <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke