*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semua maklum akan tragedi yang terjadi kepada ummat Islam di Ambon,
kepulauan Maluku. Ramainya puak Islam yang dibunuh oleh puak-puak
Kristian sedangkan pemerintah bagaikan bersikap acuh tak acuh demi
mempertahankan survival politik masing-masing. Megawati yang
ditugaskan oleh Gus Dur untuk menangani masalah di kepulauan Maluku
seolah-olah takut dengan undi yang diberikan oleh puak-puak Kristian
yang membantu kemenangan beliau dalam pilihanraya lepas. Apa pula
peranan dan reaksi Gus Dur dalam menangani perkara ini? Sebagai tokoh
yang diagungkan oleh Nahdatul Ulama, apa sebenarnya tindakan beliau
dalam menangani masalah Maluku ini?
Hari demi hari kita melihat penyembelihan terhadap ummat Islam
diseluruh dunia. Di mana ada ummat Islam disitulah terjadi kekacauan.
Kenapa ummat Islam cuba dihapuskan? Kenapa ummat Islam terlalu lemah
hingga boleh diserang senang-senang saja oleh orang-orang kafir
sedangkan ummat Islam ialah ummat kedua paling ramai di dunia. Bukan
satu atau dua negara yang mengaku negara Islam, kemana semuanya?
Kenapa tidak dibantu negara-negara yang diancam penghapusan agama oleh
puak-puak kaffir? Seluruh dunia tahu Chechen sedang diserang oleh
Rusia, sebagai sebuah negara yang kuat tenteranya yang terbukti dengan
pengiktifrafan untuk menjadi salah satu negara anggota keselamatan PBB,
kenapa Malaysia tidak membantu rakyat Chechen yang tertindas? Mana
perginya Saudi Arabia? Mana perginya Iran? Mana perginya Libya? Mana
sifat pemurah kerajaan Brunei?
Kadang-kadang kita menjadi bingung, pejuang-pejuang kita menyertai
jihad dimana-mana atas perbelanjaan dan kehendak sendiri. Tiada
bantuan tiket kapalterbang dari negara, tiada bantuan kelengkapan
pakaian atau peralatan dari negara. Mereka pergi sendiri-sendiri atas
usaha sendiri. Kenapa semua negara Islam takut? Takut untuk
menghantar tentera mereka ke Chechen, takut untuk menghantar tentera
mereka ke Ambon, takut kelak USA dan negara-negara Eropah tidak mahu
lagi menyokong ekonomi kita, seperti yang terjadi kepada Iraq. Takut
rakyat tidak memilih mereka lagi dalam pilihanraya akan datang. Hilang
sifat kemanusiaan dan belas ihsan sesama Islam yang bersaudara kerana
menjaga kepentingan peribadi.
Kenapa ya tempat-tempat itu yang menjadi sasaran kejahatan musuh-musuh
Islam? Di negara-negara bekas Republik Rusia, satu per satu negara
diserang untuk menghambat dan membunuh orang-orang Islam. Sekarang di
Indonesia, selepas Ambon, mereka melebarkan sayap ke seluruh Maluku.
Mungkinkah nanti mereka akan bergerak ke Jawa, Sumatera, Kalimantan
hingga akhirnya seluruh Indonesia akan jatuh ke tangan Kristian. Itu
negara jiran kita. Apa akan jadi kepada negara kita pula? Bila pula
giliran negara kita untuk diserang? Nauzubillah, tapi bila melihat
kepada polanya, tak mustahil, kita juga akan menjadi mangsa penghapusan
agama di dunia.
Sebelum apa-apa terjadi, haruskah kita berdiam diri? Jiran kita sudah
dinodai, dari sebuah kampung ke sebuah pulau, kemudian ke satu
kepulauan, tak mustahil satu negara pula akan diserang, dan kita antara
jiran terdekat. Adakah kita next victim?
Mari kita lihat mengapa dan kenapa mereka diserang. Lemahkah mereka?
Kuat sangatkah jiran Kristian mereka? Jika sekampung rasa-rasanya
kekuatan kita sama je. Tapi mungkinkah puak-puak Kristian tersebut
dibantu oleh kuasa asing? Kenapa kita tidak pula membantu rakan
seIslam kita yang dibunuh? Perkara ini bukan baru. Kita dah lama
tahu. Dah banyak kali kita dapat e-mail tentang perkara ini. Tapi
kita berdiam diri saja. Pekak badakkah kita?
Bagaimana pula dengan pegangan agama orang-orang yang diserang itu?
Dengar-dengar cerita, walaupun sudah diserang dan mereka terpaksa
menumpang di mesjid-mesjid, tetapi tetap tidak menunaikan solat.
Adakah kita mempunyai ciri-ciri tersebut? Dah sampai masjidpun masih
berdiam diri dalam kereta? Kalau kita juga tidak menjaga agama seperti
mereka, tak mustahil, kita akan jadi next victim.
Bagaimana pula pemimpin mereka? Kebanyakan rakyat Indonesia memilih
PDI-P yang dipimpin oleh megawati yang 99% dari pemimpin lain dalam
parti tersebut adalah Kristian. PDI-P menang besar dalam pilihanraya
lepas. Gus-Dur walaupun bergelar ulama' desas-desus mengatakan beliau
tidak grad dan ada juga yang mengatakan beliau celebrate kemengangn
menjadi ketua Nahdatul Ulamak disebuag pub bernama Casablanca.
Bagaimana pula dengan kita di Malaysia? Kita memilih sebuah parti yang
menyandarkan kemenangan mereka semata-mata kepada orang kafir(MCA).
Pada malam 1 Januari iaitu malam perayaan orang Kristian dibulan puasa
yang mulia, di saat 10 hari terakhir Ramadhan pemimpin kita qiamullail
di tempat-tempat yang mebgadakan pesta menyambut perayaan Kristian
tersebut. Apa persamaan kita dengan Indonesia? Adakah kita next
victim?
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>