*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


---------- Forwarded message ----------
Date: Tue, 18 Jan 2000 18:17:03 +0800 (MYT)
From: [EMAIL PROTECTED]
To: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: ~H~ Segalanya bermula di sini... (fwd)



---------- Forwarded message ----------
Date: Mon, 17 Jan 2000 15:22:28 +0800
From: [EMAIL PROTECTED]
Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: ~H~ Segalanya bermula di sini...



Assalamualaikum,
Pernahkah kita terfikir mengapa kita masih susah hendak mendapatkan
pertolongan dari Allah S.W.T. dalam perjuangan kita hendak menegakkan Islam
di negera bertuah ini? Setelah "bermati-matian" memohon kepadaNya; setelah
"bermati-matian" kita bersolat hajat, tetapi masih lagi kita belum berjaya
dengan sepenuhnya.  Apakah sebenarnya "ramuan" yang kita terlupa untuk
masukkan ke dalam "adunan" kita itu?

Setelah diamat-amati, seorang yang jahil seperti saya ini telah membuat
satu kesimpulan bahawa "ramuan" yang dimaksudkan itu adalah sunnah
Rasulullah S.A.W.  Rata-rata saya perhatikan bahawa kebanyakan kita masih
memandang remeh terhadap sunnah-sunnah Rasulullah.  Kita ambil contoh di
dalam sembahyang berjemaah.  Berapa ramaikah di antara kita yang
betul-betul mengambil berat tentang saf; merapatkan sehingga bertemu bahu
dengan bahu serta tumit kaki dengan tumit kaki.  Imam-imam serta
bilal-bilal pula jarang sekali mempastikan saf-saf yang dibina itu
benar-benar lurus dan rapat.  Perkara ini memanglah kecil bagi pandangan
kita yang jahil ni tetapi sebenarnya inilah asas kepada perpaduan.  Melalui
pengalaman saya sendiri sewaktu menuntut di Amerika Syarikat dulu, jemaah
sembahyang yang saya sering sertai itu begitu mengambil berat tentang saf.
Imamnya, sebelum takbir, benar-benar memastikan bahawa makmum-makmum nya
merapatkan saf sehingga tiada langsung ruang di antara mereka.  Pada
mulanya memanglah saya berasa janggal bersembahyang demikian, tetapi
setelah berkali-kali melakukannya saya dapati ada satu kelainan dalam diri
saya.  Perasaan mahabbah di antara jemaah mula terasa.   Apabila saya tidak
dapat berjemaah, akan adalah satu kumpulan jemaah yang datang menjengok
saya dan begitulah sebaliknya.  Memang benar - apa yang diperintah oleh
Allah dan Rasul itu sebenarnya ada hikmat yang seringkali kita tidak
nampak.  Cubalah kita bandingkan pula dengan jemaah-jemaah kita di sini.
Semasa saya baru pulang dulu, saya pun cubalah untuk berbuat seperti
sewaktu saya di Amerika sebelum tu.  Semakin saya merapatkan diri saya
kepada makmum di sebelah, semakin pula dia cuba menjauhkan dirinya.
Sehinggalah sekarang ni - setelah lebih 7 tahun - saya masih lagi dapati
keadaan yang sama berlaku.   Bersetujukah saudara/saudari sekelian jika
saya katakan bahawa asas kepada perpaduan yang utuh adalah perasaan
kasih-sayang di antara ahli-ahli jemaah.  Dan saya berpendapat bahawa
satu-satunya cara untuk mendapatkan perasaan sedemikian adalah melalui
sunnah.  Kita mestilah memulakannya di dalam solat jemaah.  Saya ingin
mencadangkan agar dapatlah setiap dari kita ini bertemu dengan imam-imam
serta bilal-bilal di qariah kita supaya mereka memastikan bahawa
makmum-makmum benar-benar mematuhi sunnah Junjungan kita itu.  Kita bukan
ke masjid atau ke surau untuk berlapang-lapangan tetapi kita ke sana di
atas perintah Rasulullah.  Jadi, marilah kita bersama-sama pastikan bahawa
tidak ada satu sunnah pun di dalam kita bersolat jemaah yang kita
tinggalkan.
Wassalam.



------------------------------------------------------------------------
To Post a message, send it to:   [EMAIL PROTECTED]
To Unsubscribe, send a blank message to: [EMAIL PROTECTED]

------------------------------------------------------------------------
For the fastest and easiest way to backup your files and, access them from
anywhere. Try @backup Free for 30 days.  Click here for a chance to win a
digital camera.
http://click.egroups.com/1/337/5/_/172208/_/948099333/

-- Create a poll/survey for your group!
-- http://www.egroups.com/vote?listname=harakah&m=1



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to