*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalaamu'alaikum,

Masih Aku ingat ....

Pada awal 70an, semasa aku di sekolah menengah, semua pelajar lelaki memakai 
seluar pendek. Semua pelajar perempuan memakai skirt, nampat betis 
,kebanyakannya hingga nampak lutut. Bila duduk dalam kelas tu, nampaklah 
peha-peha. Kalau ada yang pakai skirt labuh hinga bawah lutut tu kira 
'kampung' sangat la. Kalau masa PE tu semua pelajar perempuan mesti pakai 
'short' , really short hingga nampak kegebuan. Dekat Kelantan pun, pada masa 
tu PAS memerintah, anak-anak perempuan ADUN PAS (pada masa tu) pun pakai 
skirt juga, tak kira la sekolah orang putih atau sekolah melayu (kecuali 
sekolah 'Arab).

Sekarang Alhamdulillah, ada perubahan kepada kebaikan.



>From: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Masih aku ingat.............
>Date: Tue, 18 Jan 2000 20:28:24 -0800 (PST)
>
>
>Kemasukan pelajar ke Tahun Satu baru saja  berlalu.
>Pengalaman menjadi penunggu setia di luar bilik darjah
>selama dua hari bagi menemani anakku yang
>baru memasuki alam persekolahan amat menyeronokkan.
>
>Hari pertama persekolahan umpama satu pesta buat ibu
>bapa. Ramai yang mengambil kesempatan bercuti bagi
>membereskan  segala urusan persekolahan, baik dari
>segi pendaftaran mahu pun urusan pengangkutan.
>
>Ada anak-anak yang tak berapa biasa berpisah dengan
>ibu bapa yang masih merengek dan
>terpaksa dipujuk. Tak kurang juga yang 'buat tak
>kisah' sebab dah biasa dihantar ke Tadika sebelum ini.
>
>Di celah-celah kemeriahan hari pertama persekolahan,
>hati kecilku terusik. Aku berkongsi  kegembiraan
>bersama  anak-anak yang  berlari dengan berpakaian
>seragam, lengkap dengan seluar panjang. Terkenang aku
>akan betapa  malangnya nasib segelintir pelajar di
>kalangan kita di tahun-tahun 70-an yang hanya diberi
>lesen untuk memakai seluar panjang setelah melepasi
>SRP.
>
>Aku masih teringat akan nasib yang menimpa salah
>seorang rakan sebilikku tatkala berada di tingkatan
>empat. Beliau yang merupakan adik kepada salah
>seoarang Mufti bagi sebuah negeri di negara ini, telah
>meniru tandatangan abangnya bagi mendapatkan
>pengecualian untuk memakai seluar panjang semasa
>menjalani aktiviti senaman. Masa itu, tingkatan
>empat pun diwajibkan untuk memakai seluar pendek
>semasa kelas Pendidikan Jasmani.
>
>Hari ini aku merasa bangga. Mungkin pengorbanan rakan
>sebilikku yang dilucutkan jawatan sebagai Pengawas
>semata-mata kerana meniru tandatangan abangnya
>(seorang Mufti) telah  membuahkan hasil. Anak-anak
>kita kini bebas menutup aurat, walau pun baru memasuki
>darjah satu.( Tak payah nak tiru tandatangan mufti)
>
>Siapa sangka, hasil pengorbanan kita yang tak seberapa
>pada hari ini, bakal melahirkan generasi yang bebas
>mindanya dari dibelenggu oleh
>pemikiran sekular. Insyaallah, salah seorang dari
>anak-anak yang memasuki darjah  satu persekolahan pada
>hari Isnin lalu, bakal menjadi
>pemimpin negara yang akan melaksanakan pemerintahan
>Islam sepenuhnya.Masanya akan tiba. Islam tetap akan
>jadi pilihan. Islam du lu........kini........dan
>selamanya. Dari alam malakut hingga ke alam akhirat.
>
>Wassalam & Salam aidilfitri
>Ikhlas dari:
>engku hamid
>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abu Alifa" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke