*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Oleh Dr Shafie Abu Bakar
Bahagian Akhir
Ingatlah balasan Allah sebagaimana yang dilakukan terhadap yang
dikehendaki-Nya. Pihak Umno
patut mengambil iktibar sebelum Allah menurunkan bala-Nya sebagaimana yang
dialami oleh
pihak-pihak tertentu.
Sebagaimana kita maklum penghinaan terhadap mahasiswa dan pensyarah Melayu
turut memberi
kesan kepada merosotnya prestasi Umno di kalangan orang Melayu. kita dapat
membaca usaha
Umno untuk membendung pengaruh mahasiswa dan pensyarah-pensyarah Melayu yang
pernah
dihina itu.
Tindakan kerajaan melantik Tan Sri Musa Mohamad yang bukan dari ahli parti dan
juga timbalan
iaitu Dato' Abdul Aziz Shamsudin yang kedua-duanya dilantik melalui lantikan
sebagai senator
dapat difahami misi pelantikan mereka. Sebagai anggota jemaah dari luar Musa
harus patuh dengan
kehendak pemerintah, terutama di dalam mengawasi kakitangan akademik dan
perjalanan
universiti-universiti.
Kita dapati sudah ada perubahan dilakukan ke atas pimpinan universiti tertentu
dan perubahan
akan terus dilakukan. Manakala yang sedia ada menunjukkan sifat bermuka-muka
mengeluarkan
pendapat menentang parti lawan dan menyokong kerajaan. Ini dilakukan sudah
tentulah dengan
maksud tertentu khususnya bagi mengekalkan kedudukan diri.
Pensyarah-pensyarah tertentu lebih diawasi. Antara mereka yang boleh digunakan
akan menjadi
jurucakap yang tidak popular bagi menjaga kepentingan dirinya. Abdul Aziz
Shamsudin mungkin
mempunyai misi yang lebih ketara di dalam mengawasi mahasiswa dan memastikan
mereka tidak
memihak kepada pihak lawan.
Kita kenali beliau dan misinya. Kalau tidak apa perlunya dilantik beliau
senator semata-mata
kerana mempunyai hubungan peribadi dengan Dr Mahathir, sedang ramai yang lain
lebih layak
daripadanya.
Walaubagaimana pensyarah-pensyarah yang mempunyai wibawa dari segi intelektual
tidak
semudah yang disangka untuk dikua-sai mereka. Sedangkan pucuk pimpinan parti
yang pernah
menghina para pensyarah Melayu tidak dapat menampilkan pen-dekatan tertentu
bagi
menghilangkan kesan penghinaan yang dilemparkan terhadap mereka.
Mungkin Dato' Dr Mahadzir Mohd Khir yang dilantik menjadi Setiausaha Parlimen
Kementerian
Pendidikan diberi tugas mengendalikan tenaga akademik berdasarkan kemampuan
beliau yang
pernah memimpin Persatuan Kakitangan Akademik, Universiti Malaya.
Tetapi tidak semudah itu bagi kementerian Pendidikan mengendalikan kepelbagaian
idea dari
kalangan intelektual berkenaan. Sebarang kelibat untuk mempermain atau untuk
menindas mereka
pasti mereka mendapat tentangan dari gabungan persatuan-persatuan kakitangan
akademik
berbagai-bagai universiti dan persatuan-persatuan lain yang berada di
universiti.
Sebagaimana pimpinan Umno sukar berdepan dengan kakitangan akademik, mereka
juga sukar
berdepan dengan kalangan mahasiswa. Menjelang pilihan raya yang lepas kita
melihat banyak
persatuan mahasiswa secara terang-terangan menyatakan sokongan terhadap barisan
parti
Alternatif.
Kita melihat betapa pihak kerajaan khususnya Umno berhempas pulas mahu
mengatasi isu
mahasiswa yang juga dihina oleh Perdana Menteri.
Dato' Abdullah Ahmad Badawi tanpa menyedari akan wujudnya Majlis Pelajar
Malaysia (MPM)
yang mewakili lebih dari 300,000 ahli dari berbagai gabungan Perwakilan
Pelajar, telah
mencadangkan selepas beliau berdepan dengan tunjuk perasaan pelajar Universiti
Malaya, supaya
ditubuhkan Majlis Perundingan Pelajar kebangsaan (MPPK).
Akibatnya, cadangan beliau telah disanggah oleh MPM yang sedia ada. Cadangannya
hanya
disambut oleh persatuan-persatuan pelajar serpihan dan tidak popular. Kini
cadangan dan gagasan
Timbalan Perdana Menteri ini dapat dikatakan gagal.
MPPK tidak kedengaran lagi selepas pilihan raya. Sudah tentulah berbagai-bagai
pendekatan akan
diambil terhadap kegiatan pelajar. Misalnya dengan menukarkan pegawai-pegawai
di bahagian
perhubungan dan hal ehwal pelajar dengan kakitangan yang dianggap lebih mampu
mengawal
pelajar-pelajar, menambahkan sekatan-sekatan terhadap kegiatan pelajar, membawa
lebih banyak
tenaga-tenaga luar bagi mengubah sikap dan kecen-derungan pelajar, menghantar
mereka
mengikuti berbagai-bagai kursus yang difikirkan dapat mengubah pendirian mereka
dan
berbagai-bagai cara lagi.
Tetapi perlu diingat tidak mudah bagi mereka mengubah sikap dan pendirian
pelajar sebagaimana
tidak mudah bagi mereka mendekati mahaguru-mahaguru mereka. Mahasiswa sepanjang
zaman
telah membuktikan diri mereka tidak dapat diperalatkan. Sepanjang zaman mereka
meletakkan
kebenaran dan keadilan sebagai tonggak perjuangan mereka.
Sekiranya Tan Sri Musa, Dato' Abdul Aziz Shamsuddin dan Dato' Mahadzir Mohd
Khir diperalat
dan cuba menekan mereka sudah tentulah penentangan dilakukan. Sebarang
pendekatan tidak
popular dan bercanggah dengan misi pendidikan tulen akan menyebabkan mereka
dikesampingkan
oleh perjuangan mahasiswa dan tenaga akademik.
Satu faktor yang nyata kemerosotan pengaruh Umno di dalam pilihan raya yang
lepas ialah
penolakan sebahagian besar orang Melayu terhadap Umno kerana tindakan tidak
popular
pemimpin-pemimpin Umno di dalam banyak isu sebagaimana disebutkan di atas,
termasuklah
penghinaan terhadap orang Melayu.
Sudah tentulah bagi memperbaiki citra Umno, antaranya sebagaimana diarahkan
oleh pimpinan
Umno kepada wakil-wakil rakyat yang memenangi pilihan raya yang lepas baik pada
peringkat
parlimen atau Dewan Undangan Negeri lebih mendekati rakyat dan berkhidmat
kepada mereka.
Melalui media-media yang dikuasai mereka akan terus menekan, menyeleweng dan
menghentam
parti-parti di dalam Alternatif. Menekan satu-satunya penerbitan PAS yang
dibenarkan, iaitu
Harakah.
Mereka sentiasa menyalah dan menyelewengkan fakta-fakta di negeri-negeri yang
diperintah oleh
PAS dan slogan klisye BN dan Umno akan diteruskan.Ini bagi menarik keyakinan
rakyat berpihak
kepada mereka. Tetapi sejauh manakah mereka akan dapat mengabui mata rakyat
dengan lagu
dan irama lama mereka?
Pihak parti Alternatif, khususnya PAS yang menunjukkan prestasi lebih baik
dengan memenangi
negeri-negeri, parlimen dan Dun mestilah berusaha menunjukkan prestasi yang
lebih baik di dalam
mengendalikan pemerintahan di negeri-negeri yang dimenanginya. Mereka mesti
berusaha
menunjukkan kecemerlangan mereka di Parlimen dan di Dewan-dewan Undangan negeri
dan di
dalam memberi khidmat kepada masyarakat.
Senjata pembangunan yang dislogankan oleh BN dan Umno bukanlah hak BN dan Umno
semata-mata. Sesiapa yang berkuasa adalah menjadi kewajipan bagi mereka
melaksanakannya.
Pada masa depan perkauman yang didukung oleh Umno akan menjadi lebih lemah
bersama-sama
parti perkauman yang lain.
Ianya akan dilihat sebagai satu parti yang berdiri di atas emosional keIslaman,
sedangkan ianya
tidak mempunyai ideologi dan falsafah perjuangan yang kukuh. Ianya tidak
bersifat terbuka
sebagaimana parti Alternatif yang mempunyai titik pertemuan dari segi ideologi
dan falsafah
perjuangan dan menawarkan 'kesejahteraan dan keadilan untuk semua'.
Kita menjangkakan perubahan minda masyarakat akan terus berlaku sebagaimana
berlaku di
dalam pilihan raya yang lepas. Mereka akan lebih bersifat terbuka. Mereka yang
sebelum ini
takut-takut untuk berubah akan menjadi berani mengikut perubahan yang sudah
berlaku.
Apa yang ditakut-takutkan oleh BN jika memilih parti Alternatif sebenarnya
tidak berlaku.
Generasi baru akan bangkit menjadi daya penggerak utama bagi peru-bahan ini. Di
satu segi kita
melihat BN, khususnya Umno tidak dapat melepaskan diri dari pendekatan lama
yang dibawa
orang lama selama ini.
Lihatlah tiada apa pembaharuan pendekatan yang ditawarkan selepas mereka
kembali berkuasa,
sedangkan mereka menghadapi desakan-desakan dari parti Alternatif baik pada
peringkat
parlimen mahupun pada peringkat Dewan Undangan Negeri. Desakan kepada perubahan
terus
berlaku dan akan tam-bah diaktifkan oleh generasi baru.
BN dan Umno yang merupakan wadah lama, tetap menawarkan cara dan pendekatan
lama. Ia
tidak mampu menangani mekanisme perubahan dari generasi baru. Usaha mereka
untuk
menghalang pengaruh dan perkembangan, khususnya PAS sebagai usaha menahan arus
pasang
perubahan yang tidak terdaya bagi mereka menanganinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]