*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NATIONAL NEWS    
 
BN jangan tutup kedai orang: Fadzil 


PENDANG, 18 Jan (Hrkh) - Amat mustahil Umno dapat
mengubati berbagai penyakit yang sedang dihidapinya
kini hanya dengan menyalahkan pihak lain tetapi tidak
berusaha membaiki diri sendiri. 

Perkembangan merosot mereka dalam pilihan raya ke 10
pada 29 November lalu tidak akan pulih hanya dengan
menangkap beberapa pimpinan Barisan Alternatif dan
ingin mengharamkan akhbar rasmi PAS, Harakah. 

Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor berkata
ekoran sikap panik atau kehilangan punca Umno dalam
usaha untuk membaiki penyakit mereka dalam masa yang
sama ingin mengekang kemaraan PAS terutamanya. Fadzil
yang juga Adun Anak Bukit berkata, amat tidak wajar
mereka menyalahkan pihak lain terutamanya PAS dan
Harakah semata-mata kerana perkembangan PAS yang
meningkat. 

"Umno tidak sepatutnya menutup 'kedai makan orang'
yang maju kerana bijak mengambil perhatian pelanggan
dengan layanan dan masakan yang lazat serta kebersihan
dan kesuciannya terjamin. 

"Mereka sewajarnya belajar dan menghalusi apakah yang
idea baru yang mempunyai kelainan untuk menarik minat
masyrakat kepada 'kedai makan mereka' jika ingin terus
menjalankan perniagaan. 

"Begitulah yang sepatutnya Umno mengambil sikap
positif menghadapi kemaraan PAS yang mempunyai Harakah
kerana masyarakat akan bertambah marah jika Harakah
terus dirampas," tegasnya. 




Comments? e-mail us [EMAIL PROTECTED] 

 


SEARCH HARAKAH DAILY Search this site powered by
FreeFind 
       
   

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke