*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



 KANGAR: Tokoh ulama terkenal, Dato' Dr Harun Din mengingatkan beberapa pihak
 termasuk pemimpin, muda-mudi dan rakyat seluruhnya agar lebih mengutamakan
hukum
 syarak dari hukum akal.

 Katanya, akan berlaku pelbagai kepincangan dan musibah jika manusia lebih
utamakan
 hukum akal dari syarak yang ditentukan Allah SWT.

 Gemparnya serangan pepijat Y2K misalnya jelas beliau, menampakkan betapa hukum
akal
 manusia tidak sedikit pun mampu menyamai hukum Allah.

 Beliau menyatakan bahawa dunia terpaksa berbelanja wang beratus bilion,
Malaysia sendiri
 menghabiskan RM1.8 bilion untuk persediaan mengatasi Y2K tetapi dunia melangkah
 alaf baru
 dengan cukup aman.

 "Terbukti secerdik-cerdik manusia dunia ditipu oleh 'pijat' dan dunia seolah
ditipu oleh
 peniaga-peniaga komputer dan golongan inilah yang menjadi semakin kaya-raya,"
katanya.

 Ini jelas beliau, adalah satu bala yang diturunkan Allah kepada mereka yang
 memikirkan mereka lebih bijak dari kehendak Allah.

 Ahli Majlis Fatwa Agama Islam Negeri Perlis dan Selangor itu berkata demikian
ketika
 berkhutbah Aidilfitri di MADI, Jejawi Dalam, di sini yang turut disertai
Pesuruhjaya PAS
 Negeri, Ustaz Hashim Jasin dan pimpinan PAS negeri.

 Selain itu beliau menjelaskan umat Islam kini menghadapi cabaran besar iaitu
Islam semakin dihina
dan peranan ulama semakin diperkecilkan kerana pemerintah lebih utamakan tamadun
 keduniaan
yang semata-mata bersandarkan kebendaan.

 "Pemerintah berikan mereka segala macam hiburan, dengan program TV yang
gambarnya rendah
 nilai dan ketepikan nilai keislaman," tegas Dato' Haron.

 Selain berkhutbah orang ramai tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Dato'
Haron dan
 pimpinan PAS negeri berbesar hati menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak
yang hadir.







 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke