*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



 Lapor kesalahan penghulu

 KOTA BHARU: Kerajaan negeri berharap mendapat kerjasama penduduk kampung bagi
 memastikan penghulu dan ketua cawangan parti di kawasan mereka melaksanakan
tanggungjawab
 dengan berkesan.

 Anggota Exco, Haji Omar Mohamed berkata, penduduk boleh melaporkan terus kepada
 beliau
 dan kerajaan sekiranya mereka tidak berpuas hati terhadap peranan yang
dimainkan oleh penghulu
 dan ketua cawangan di kawasan masing-masing.

 Katanya, penduduk boleh menjadi mata telinga kepada kerajaan negeri untuk
memastikan setiap
 penghulu yang dilantik menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan tidak
menyalahgunakan
 kedudukannya.

 "Kerajaan negeri akan dapat bertindak sekira ada bukti yang jelas terhadap
kesalahan yang
 dilakukan oleh mereka," katanya pada satu majlis di sini.

 Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penghulu Kelantan berharap penghulu dan
 ketua
 cawangan parti memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan berkesan dan
selaras
 dasar kerajaan negeri, 'Membangun Bersama Islam'.



 Status AKSB ditentukan

 KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan menentukan kedudukan sebenar Air Kelantan Sdn
Bhd
 (AKSB) yang mengendalikan bekalan air bersih di negeri ini, sama ada diperbadan
 atau
 sebaliknya, tahun ini.

 Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Kemudahan Awam, Kebudayaan dan Pelancongan,
Ustaz
 Abdullah Ya'kob berkata, keputusan rasmi kerajaan negeri mengenai kedudukan
AKSB akan
 dibuat tidak lama lagi.

 "Kita akan putuskan sama ada kerajaan negeri sendiri yang akan mengurusnya atau
 memberi
 kepada mana-mana syarikat," katanya.

 Beliau juga berkata, pengurusan bekalan air di negeri ini sekarang semakin
meningkat berbanding
 di bawah pentadbiran lama.

 Menurutnya, AKSB berjaya memunggut hasil lebih RM1.6 juta sebulan sejak
September lalu
 ekoran peningkatan kecekapan pentadbirannya.

 Katanya juga, usaha berterusan dilakukan dengan meningkatkan kualiti dan
kuantiti air yang
 dibekalkan kepada seluruh pengguna di Kelantan.



 Bekas wartawan bantu Exco

 KOTA BHARU: Anggota Exco kerajaan negeri, Haji Anuar Tan Abdullah sentiasa
berusaha
 memberi penjelasan mengenai dasar-dasar kerajaan negeri yang berteraskan kepada
 masyarakat
 Tionghua di negeri ini.

 Ekoran itu, katanya, beliau melantik pembantunya iaitu daripada kaum Tionghua
sendiri yang
 berperanan sebagai Setiausaha Politik dan Akhbar untuk memastikan keberkesanan
tugas-tugas
 tersebut.

 Menurutnya, kedua-dua pembantu yang dilantik itu adalah bekas wartawan akhbar
Cina yang
 ditamatkan perkhidmatan mereka kerana menyokong PAS pada pilihan raya umum
lalu.

 "Dengan pengalaman sebagai wartawan, saya percaya mereka dapat membantu saya
untuk
 menjelaskan dasar-dasar kerajaan negeri secara lebih berkesan kepada masyarakat
 Tionghua di
 negeri ini dan luar Kelantan," katanya.

 Haji Anuar berkata, melalui usaha itu diharap penerimaan masyarakat Cina
terhadap kerajaan PAS
 akan lebih menyeluruh.



 Kelantan manfaatkan IT

 KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sentiasa berusaha meningkatkan pentadbiran
kerajaan
 negeri dengan memastikan bidang teknologi terkini dimanfaatkan sepenuhnya.

 Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Sains dan Teknologi, Ustaz
 Ahmad
 Yakob berkata, bidang teknologi maklumat (IT) sentiasa diperkemaskan dari
semasa ke semasa
 untuk membantu melancarkan jentera pentadbiran kerajaan.

 Selain itu, katanya, penggunaan komputer digunakan secara meluas dalam semua
bidang termasuk
 pembayaran hasil di pejabat-pejabat pentadbiran jajahan.

 "Teknologi IT juga digunakan secara meluas di Unit Perancangan Ekonomi Negeri
dan
 agensi-agensi lain," katanya.

 Beliau juga berkata, PAS Kelantan turut tidak ketinggalan menggunakan kemudahan
 IT dalam
 setiap organisasi parti termasuk pendaftaran rekod pemilih.

 Menurutnya, penggunaan IT oleh PAS sudah dilakukan sejak lama dahulu dan kini
sentiasa
 diperkemaskan dari semasa ke semasa.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke