*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Fakta Penyelewengan di Terengganu

Kerajaan Terengganu membelanjakan duit melebihi 50
juta setahun diatas keborosan wakil Rakyat UMNO.
Biasanya kerajaan negeri memperuntukkan 100 ribu
setahun untuk pembangunan kawasan tetapi mereka
membelanjakan lebih dari 500 ribu demi kepentingan
peribadi dan kuasa, bukannya untuk kepentingan rakyat.


UPU adalah agensi yang ditubuhkan semata-mata untuk
kepentingan politik Wan Moktar tetapi kerajaan Negeri
terpaksa membayar peruntukan kepada agensi yang tiada
membawa keuntungan kepada rakyat ini sebanyak hampir 2
juta sebulan untuk membayar gaji kakitangannya
termasuk segala elaun dan peruntukan projek. 

Pegawai-pegawai pertanian pula telah memberi pengakuan
dimana mereka telah dipaksa untuk menyuburkan kebun
Wan Mokhtar dimana segala baja-baja, benih-benih yang
baik serta kakitangannya dipergunakan tujuan tersebut.
Semua pegawai yang membuat pengakuan ini sanggup
kedepan untuk manjadi saksi di mahkamah dimana agensi
mereka telah disalahgunakan oleh Wan Mokhtar. Hal ini
masih dalam kajian pihak kerajaan Negeri 

Dengan hanya mengawal had perbelanjaan dan pembaziran
Pengarah kepada tiga agensi kerajaan, kerajaan Negeri
telah dapat menampung  kembali pendapatan sumber dari
pembayaran tol di jambatan Sultan Mahmud. Apa yang
menyedihkan kerajaan Negeri terpaksa bayar bil-bil
mereka yang melanggani GRO dan kelab-kelab dangdut
serta lain-lainnya. Dokumen dan resit mengenai hal ini
ada di dalam simpanan pegawai yang terbabit. 

Selain itu, sebanyak 9 juta peruntukan duit yang
diberi oleh syarikat balak kepada UMNO pada tahun 1999
 lesap begitu sahaja. Duit itu sepatutnya adalah
kepada kerajaan Negeri tetapi mereka  telah
menyalahgunakan kuasa. Saya percaya banyak lagi
penyelewengan BN semasa memerintah Terengganu akan
terbongkar. 
  

Pejuang kebenaran 
K. Terengganu 
  

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke