*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ada hati-hati yang akan tersendiri dan
nostalgik bila mengenangkan masa silam 
- masa kita keanakan, di persekolahan dan 
keindahan dahulu dibanding sekarang atau 
sebaliknya. Soal seluar panjang hanya salah 
satu daripadanya.  

Sayangnya tidak semua hati-hati rakyat 
kita begitu sentimental bila menghantar anak 
ke sekolah atau bila memikirkan hal masa muda
mereka. Mereka, terutama yang bergelar 
pemimpin, mengasingkan diri dari mengenang 
kembali kebaikkan yang boleh dicontohi. 
Hairan juga, adakah mereka-mereka ini 
(pemimpin2 itu) tidak mengharungi zaman 
anak dan remaja, atau ada sesuatu yang 
menukar mereka menjadi rakus. Yang pasti, 
kuasa dan harta mengaburi pandangan mereka. 
Tapi yang lebih pasti ialah mereka ini pelupa 
- Mereka lupa mereka akan mati.
 
Sekolah adalah tempat terbaik untuk
membentuk anak-anak iaitu generasi masadepan,
seperti juga alam virtual yang dihidangkan
di tv dan komputer yang merupa pengaruh yang
kuat Seandai pemimpin itu jujur (juga guru)dan
berpandangan secara Islam, maka murid-murid sekolah
akan dibentuk begiturupa agar mereka memahami hidup, 
perjalanan hidup dan perhubungan dengan Illahi
dan manusia sekeliling, sebelum ilmu duniawi
dicurahkan pada mereka. Murid-murid diperingkat
sekolah rendah boleh diasuh untuk menjadi
manusia yang bertanggungjawab dan sentiasa
kreatif dan berusaha. Tapi adakah itu yang 
dibuat untuk anak-anak kita di sekolah?

Hairan ya...kenapa murid-murid diperingkat rendah 
dan menengah dibebankan dengan mata pelajaran yang
tidak akan mereka gunakan bila mereka besar nanti.
Kenapa tidak diguna masa persekolahan mereka khas
untuk mata pelajaran penting, termasuk keagamaan,
moral dan ilmu perhubungan/rumahtangga/pendidikan.
Anak-anak kita mempunyai kemampuan untuk belajar 
apa saja. Kenapa "apa saja" itu adalah sesuatu
yang baik dan berguna untuk kehidupan mereka
di dunia dan akhirat.   

Kita ada Menteri Pendidikan baru yang kita tidak
tahu condong ke arah mana - sekular atau tidak.
Dasar-dasar dan peraturan pendidikan akan 
bertukar seperti biasa bertukarnya Menteri. Dia
bukan ahli politik dan dia ditempatkan demi 
politik - untuk membentuk anak-anak generasi masa
depan yang pro-BN. BN adalah badan sekular, maka
mereka-mereka yang hendak dibentuk sebagai penyokong
perlulah disekularkan terlebih dahulu. Mereka-mereka
ini adalah anak-anak kita. Adakah kita akan membiar
perkara ini terjadi. 

Insyallah, akan muncul pemimpin tulin dari kalangan
anak-anak ini. Didikan dan asuhan ibubapa akan
menentukan. Namun tidak semua ibubapa dapat membimbing
anak mereka untuk menjadi pemimpin mahu pun rakyat
yang berguna. Seandainya mereka (ibubapa) tidak
mendapat didikan yang sempurna, maka bagaimana mereka
nak mendidik anak mereka dengan baik. Maka sebagai
satu masyarakat, kita berharap kepada pemimpin yang
kita pilih. Bersediakan pemimpin BN mengambil alih
sebahagian dari tugas dan wawasan ibubapa? 




--- Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Kemasukan pelajar ke Tahun Satu baru saja  berlalu.
> Pengalaman menjadi penunggu setia di luar bilik
> darjah
> selama dua hari bagi menemani anakku yang
> baru memasuki alam persekolahan amat menyeronokkan. 
> 
> Hari pertama persekolahan umpama satu pesta buat ibu
> bapa. Ramai yang mengambil kesempatan bercuti bagi
> membereskan  segala urusan persekolahan, baik dari
> segi pendaftaran mahu pun urusan pengangkutan. 
> 
> Ada anak-anak yang tak berapa biasa berpisah dengan
> ibu bapa yang masih merengek dan 
> terpaksa dipujuk. Tak kurang juga yang 'buat tak
> kisah' sebab dah biasa dihantar ke Tadika sebelum
> ini.
> 
> Di celah-celah kemeriahan hari pertama persekolahan,
> hati kecilku terusik. Aku berkongsi  kegembiraan
> bersama  anak-anak yang  berlari dengan berpakaian
> seragam, lengkap dengan seluar panjang. Terkenang
> aku
> akan betapa  malangnya nasib segelintir pelajar di
> kalangan kita di tahun-tahun 70-an yang hanya diberi
> lesen untuk memakai seluar panjang setelah melepasi
> SRP.
> 
> Aku masih teringat akan nasib yang menimpa salah
> seorang rakan sebilikku tatkala berada di tingkatan
> empat. Beliau yang merupakan adik kepada salah
> seoarang Mufti bagi sebuah negeri di negara ini,
> telah
> meniru tandatangan abangnya bagi mendapatkan
> pengecualian untuk memakai seluar panjang semasa
> menjalani aktiviti senaman. Masa itu, tingkatan
> empat pun diwajibkan untuk memakai seluar pendek
> semasa kelas Pendidikan Jasmani.
> 
> Hari ini aku merasa bangga. Mungkin pengorbanan
> rakan
> sebilikku yang dilucutkan jawatan sebagai Pengawas
> semata-mata kerana meniru tandatangan abangnya
> (seorang Mufti) telah  membuahkan hasil. Anak-anak
> kita kini bebas menutup aurat, walau pun baru
> memasuki
> darjah satu.( Tak payah nak tiru tandatangan mufti)
> 
> Siapa sangka, hasil pengorbanan kita yang tak
> seberapa
> pada hari ini, bakal melahirkan generasi yang bebas
> mindanya dari dibelenggu oleh
> pemikiran sekular. Insyaallah, salah seorang dari
> anak-anak yang memasuki darjah  satu persekolahan
> pada
> hari Isnin lalu, bakal menjadi
> pemimpin negara yang akan melaksanakan pemerintahan
> Islam sepenuhnya.Masanya akan tiba. Islam tetap akan
> jadi pilihan. Islam du lu........kini........dan
> selamanya. Dari alam malakut hingga ke alam akhirat.
> 
> Wassalam & Salam aidilfitri
> 
> Ikhlas dari:
> 
> engku hamid
> 
> 
> 
> 
> 
>     
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
> http://im.yahoo.com
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>
> 

=====
^`~^`~^`~^`~^`~
^~`^~`^~^~`^~`^
>>=[Dr R.A.]=>>
>>=[B a t u]=>> 
>>=[B a r a]=>> 
^`~^`~^`~^`~^`~
^~`^~`^~^~`^~`^
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: RA Batubara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke