*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di Malam Bulan Purnama 

Awalkata: Untuk merakamkan tibanya bulan mengambang
pada malam ini dan malam esok kita akan bincangkan
sedikit hal bulan. Secara kebetulan pula bulan
mengambang pertama di alaf baru ini akan disambut
dengan satu gerhana bulan pertama kali juga pada tahun
ini. 

* * * * * 

Gerhana bulan berlaku apabila bulan beredar mengikut
orbitnya yang melalui satu ruang kegelapan yang berada
betul-betul di belakang kedudukan bumi. Gerhana bulan
boleh menjadi gerhana penuh (total eclipse) ataupun
gerhana kurang penuh (partial eclipse). 

 Pada 20 Januari, 2000 satu gerhana bulan yang
bersifat 'penumbral' ataupun gerhana penuh dijangka
berlaku. Kali ini gerhana akan kelihat jelas di
sebelah petang di benua Amerika (Amerika Utara dan
Amerika Latin) dan juga Canada. Peristiwa ini juga
dapat kelihatan di Eropah Barat pada pagi Januari 21. 

Kita di Malaysia tidak akan melihatnya lansung.
Tentunya gerhana ini menjadi satu pengalaman kepada
warga Malaysia yang berada di Amerika, di Eropah dan
di Afrika. 

Gerhana bulan dapat dilihat ketika bulan mengambang
penuh dan ketika bulan bergerak memasukki ruang gelap
bumi. Ruang gelap bumi ataupun bayangan bumi ini
sebenanrya berbentuk dua kon yang bertindih
kedudukannya. Kita tidak akan bincangkan segala
ciri-ciri teknikal yang mencetuskan kewujudan gerhana.
 

Memadai kalau kita catatkan di sini betapa bulan
mengelilingi bumi setiap 29.5 hari dan selalunya masuk
dalam ruang bayangan bumi samada di bahagian utara
ataupun barat yang tidak memungkinkan kejadian
gerhana. Akan tetapi, sekali sekala bulan akan
bergerak menerjah bayangan bumi itu yang menyebabkan
berlakunya gerhana. 

Pada kali ini, gerhana bulan akan berlaku selama tiga
setengah jam. Adalah dijangkakan proses gerhana penuh
akan memakan masa 77 minit sahaja. Oleh kerana tidak
ada aktibiti ledakan gunung berapi dalam waktu yang
terdekat adalah dijangkakan warna bulan pada kali ini
merah kekuningan di sepanjang 77 minit itu.  

Adalah dijangkakan gerhana ini dapat dilihat pada
waktu 8.44 malam mengikut Pacific Standard Time. Ini
adalah bersamaan dengan 4.44 pagi mengikut GMT. Kita
di Malaysia dan juga di gugusan kepulauan Malayu tidak
akan dapat menyaksikan gerhana ini kerana permulaan
gerhana hanya akan kelihatan di sebelah barat Latin
Amerika dan peringkat akhirnya akan kelihatan di
bahagian angkasa benua Afrika.  

Mungkin disebabkan perkara ini makanya kita lihat
tidak ada akhbar tempatan yang menerbitkan sesuatu
menarik berkenaan gerhana ini. Namun sesiapa yang
berminat menyaksikan kejadian gerhana kali ini
bolehlah membuka website: //eclipse.span.ch/total.htm.
Kita akan berupaya melihat proses gerhana ini secara
tertunda lima minit siaran lintas lansungnya. 


Kita di Malaysia hanya mampu menyaksikan gerhana bulan
penuh pada Julai 16, 2000. Gerhana penuh ini
dijangkakan berlaku selama 1 jam dan 47 minit. Ini
merupakan gerhana penuh yang paling lama sejak 140
tahun yang lalu (1859). 

Pentingnya Gerhana Bulan 

Secara kasar gerhana bulan adalah satu fenomena yang
berlaku untuk menunjukkan kebesaran Allah. Kerana itu
ada beberapa ajaran dan amalan yang telah diatur oleh
junjungan nabi kita (saw) setiap kali berlakunya
gerhana bulan. Jikalau kita buka Kitab Shahih Bukhary,
kita akan dapati pelbagai pengajaran yang bersangkutan
gerhana bulan dan juga mentari. Dari pengajaran itu
kita akan sedar betapa gerhana adalah satu kekuasaan
Allah yang perlu diambil ingatan oleh hamba-hambanya. 

Bulan Purnama 

Mengikut fahaman orang-orang tua, malam bulan purnama
adalah malam di mana bulan penuh yang berada pada
malam ke-14 dan ke-15. Inilah yang dikatakan 'malam
dahsyat' ataupun 'malam hebat' oleh para golongan yang
serbatahu. Pada malam beginilah manusia dikatakan
bertukar haluan. Kalau di sebahagian setengah bulan
pertama itu dia buas, di bahagian setengah terakhirnya
pula dia akan menjadi tenang. 

Orang Melayu banyak mengetahui pergerakan bulan
melalui kajian saintifik yang dipelajari daripada
barat ataupun daripada ilmu falak. Tetapi, kesan
kepada manusia disebabkan pertukaran pergerakan bulan
tidak pun ditulis secara meluas. Kerana itu
pengetahuan mendalam mengenai kesan-kesan itu hanya
diketahui secara ajaran lisan yang diturunkan daripada
satu generasi kepada generasi yang mendatang. 

-Pentingnya Pergerakan Bulan 

Setiap gerak langkah orang Islam adalah bergantung
kepada pergerakan bulan. Malahan kalau kita lihat
pepatah Melayu, banyak pepatah yang menggunakan
perkataan bulan menunjukkan sesuatu yang mengenai masa
dan perubahannya. 

 Pepatah seperti 'masuk bulan', 'naik bulan', 'dimakan
bulan'. Awal bulan. Hujung bulan, akhir bulan dan
pelbagai bulan lagi. Kerana itu kita dapati banyak
sekali irama lagu yang baik-baik yang dikaitkan dengan
bulan. Malahan kalau kita selidikki lagu kebangsaan
kita yang kini diberi nama 'Negaraku' kita akan
ketahui bahawa pada asalnya iramanya itu adalah
diambil daripada sebuah lagu lama yang tidak diketahui
siapa penggubah asalnya.  

Nama lagu itu ialah ' Terang Bulan'. Apabila Tunku
Abdul Rahman mahukan satu lagu kebangsaan negara,
beliau telah mengambil keputusan mengubahsuai irama
lagu 'Terang Bulan' dan mengharamkan lagu asal itu
daripada dimainkan di khalayak ramai. Sebenarnya
'Terang Bulan' berirama keroncong adalah satu lagu
yang sungguh mempersonakan. Cuma, kini setelah
dijadikan lagu nasional dan rentaknya diubah kepada
gerak 'march' (kemudiannya ditukar pula kepada rentak
cepat), ia membawa satu semangat yang lain pula. 

Memang orang Melayu amat terpesona dengan bulan.
Kerana itu setiap lagu yang mengandungi perkataan
bulan menajdi satu lagu yang 'top' sekali. Ada satu
lagu yang dinyanyikan oleh arwah Tan Sri P. Ramlee
yang berjodol 'Kau Laksana Bulan'.  

Ia sungguh menggiurkan dan menaikkan bulu tengkok bagi
orang muda. Tetapi, sedarkah kita ada kalanya pepatah
yang mengaitkan kecantikan wajah sesaorang wanita
kepada wajah permukaan bulan tentunya tidak tepat?
Kita tahu permukaan bulan bergunung ganang dan
menggerutu seperti muka P. Ramlee yang banyak jerawat
batu pada satu ketika dulu. Yang dikaitkan pada
kecantikan itu ialah cahaya yang dipantulkan oleh
bulan setelah menerimanya daripada matahari. 

- Tabiat Manusia dan Pergerakan Bulan 

Kalau kita perhatikan sekeliling kita, akan jelas
terbayang betapa manusia dan binatang berubah perangai
ketika bulan menghampiri malam purnama. Manusia yang
kita ketahui mempunyai 'skru yang longgar' boleh
menjadi ganas secara tiba-tiba. 

 Malahan kalau kita perhatikan binatang peliharaan
seperti kucing dan anjing mereka pun berubah perangai
ketika bulan purnama. Kerana itu sesiapa yang
memelihara anjing jenis 'Routeweilla' amat takut
dengan anjing peliharaannya ketika bulan purnama. Ini
adalah disebabkan baka anjing jenis ini yang datang
daripada kacukan anjing dan serigala. 

- Tabiat Anjing dan Kucing 

Di Eropah ramai manusia yang memelihara anjing untuk
memanaskan badan mereka di waktu tidur. Ini adalah
amalan yang mereka mulakan selepas perang dunia ke dua
dulu. Ketika itu banyak bangunan yang pecah dan tidak
bertingkap. Keadaan ekonomi yang teruk tidak
mengizinkan mereka membeli kayuapi untuk memanaskan
bilik tidur. Jadinya mereka pelihara anjing dan
galakkan anjing itu tidur bersama mereka di bahagian
kaki. Cara ini kepanasan badan anjing itu memanaskan
badan mereka juga.  

Apabila kos memelihara anjing naik mendadak, mereka
mula berubah dengan memelihara kucing pula. Kucing
kegemaran mereka ialah kucing Parsi kerana bulunya
yang lebat. Kucing peliharaan ini digalakkan tidur di
atas dada untuk menjadi pemanas badan. Mereka telah
perhatikan betapa kucing jenis Parsi kerap terlebih
aktif apabila bulan mengambang. 

Kita di Malaysia memelihara anjing dan kucing bukannya
untuk tujuan yang dilakukan oleh orang putih. Kita
pelihara anjing sebagai 'penjaga rumah'. Itu tujuan
asalnya dan pada satu ketika dulu pemeliharaan anjing
adalah satu 'novelty' yang menggambarkan kecanggihan
hidup setara dengan kegemaran orang yang menjajah
kita. Kemudian, bila orang putih mula pelihara kucing
ramai pula orang kita yang memeliharanya.  

Ada yang memelihara kucing sampai berpuluh ekor,
terutama sekali apabila mendapat hadiah istimewa
daripada syarikat yang membekalkan makanan kucing.
Pemeliharaan kucing menajdi satu 'novelty' pula bagi
orang Melayu kerana terikut-ikut dengan budaya yang
dianjurkan itu. Ada yang ke hulu ke hilir dengan beg
khas untuk mengangkut kucing kesayangan.  

Doktor haiwan pun menjadi popular kerana setiap kali
kucing mendengus ia perlu dikejarkan ke klinik haiwan
untuk rawatan. Harga ubat dan pemeriksaannya bukannya
murah, malahan ada kalanya lebih mahal daripada kos
perubatan manusia. 

Lima tahun yang lalu pemeliharaan kucing menjadi satu
trend yang diamalkan oleh orang Melayu kelas atasan
kerana mereka memang tidak punya pilihan lain kerana
kekurangan idea macam mana hendak menghabiskan wang
berlebihan.  

Tetapi mereka lupa bahawa kucing adalah sejenis
binatang yang dikatakan mampu mengubat penyakitnya
sendiri. Kalau tidak percaya tanyalah doktor veterina
di zoo negara. Kerana harimau pun sejenis kucing juga.
Itu sebabnya orang putih kata :"A cat has nine lives".
Malahan pernah dilakukan satu kajian bagaimana seekor
kucing yang dicampakkan pada bangunan yang tinggi
mampu mendarat di tanah tanpa sebarang kecederaaan. 

Setiap kali seekor kucing merasakan tidak sedap badan
dia akan mencari rumput dan herba yang sesuai untuk
dikunyah ataupun dimakan. Dari situ dia dapat
mengubati dirinya yang kurang sehat. 

Minat orang Melayu terhadap pemeliharaan kucing hanya
meluntur di pertengahan tahun sudah apabila tersebar
berita betapa makanan kucing yang diimpot dan ditulis
'HALAL' dikotaknya itu sebenarnya tidak halal. Rupanya
makanan binatang itu adalah lebihan daging khinzir
yang diadunkan dengan bahan makanan yang lain. 

- Kesan Bulan Mengambang pada kehidupan laut 

Fenomena bulan mengambang juga menjadi panduan kepada
para nelayan dan juga tuanpunya kedai-makan di seluruh
dunia. Ketika itu segala kehidupan laut menjadi lebih
berisi. Ketam akan berisi dan mengeluarkan telur.  

Siput dan kerang akan mudah membesar dan lebih isinya.
Akan tetapi, pergerakan angin ketika bulan mengambang
adalah amat berbahaya pada kapal kecil kerana
putarannya kerap sangat berubah. Ketika inilah para
nelayan terpaksa rapat di antara satu dengan yang lain
untuk mengurangkan risiko kapal mereka dilambung ombak
dan terbalik.  

Tetapi, ada kalanya angin akan mati dan membuatkan
perahu layar tidak pun dapat bergerak. Inilah
keajaiban dunia dan kuasa Allah semata-mata. 

* * * * 

Saudara sekelian, 

Sempena bulan mengambang pertama di tahun baru ini dan
bertepatan pula dengan gerhana bulan pertama di alaf
yang baru, saya mengajak saudara memikirkan beberapa
keadaan hidup di sekeliling kita. 

- Orang Melayu pergi ke bulan ? 

A. Setiap kali bulan mengambang tentu kita teringatkan
kejayaan manusia bernama Neil Armstrong yang
menjejakkan kakinya ke permukaan bulan.  

Saya pernah menulis perkara ini dan mengkaitkan betapa
NASA pernah menghantar monyet dahulu ke bulan sebelum
menghantarkan Neil Armstrong. Kita pernah bincangkan
betapa monyet itu datangnya dari Bangi dari satu
kawasan yang kini dibersihkan dan membesar. Inilah
asal usul tapak Universiti Kebangsaan, Bangi.  

Yang menangkap monyet Bangi dulu adalah orang Melayu
dan yang mengekspotnya ke Amerika adalah orang China.
Mungkin pemandu lori ketika itu orang bukan China
atupun bukan Melayu. 

Soalnya sekarang, kalau monyet Malaysia boleh ke bulan
bilakah agaknya seorang anak Melayu dapat menjejakkan
kakinya ke bulan? 


B. Kira-kira empat puluh tahun dulu orang Melayu yang
pergi belajar di sekolah Inggeris datangnya daripada
kampung dan desa. Kebanyakan mereka terpaksa bangun
pukul lima pagi dan mula berjalan kaki ke jalanraya
ataupun jalan besar untuk menunggu bas sekolah yang
akan membawa mereka ke bandar. 

Perjalanan memakan lebih kurang dua jam sebelum sampai
ke sekolah. Mereka ke sekolah berbekalkan nasi yang
dibalut dengan upih pinang. Ketika itu tidak ada
pelastik bungkus ataupun 'aluminium foil' untuk
dijadikan pembungkus makanan. Tidak ada juga wang saku
kerana ibu bapa mereka kebanyakannya pekerja kampung
ataupun bergaji kecil yang hanya cukup untuk makanan
seharian. 

Kini, tahun 2000, anak-anak bandar samada di Kuala
Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Alor Star kena bangun
pagi jam lima juga. Naik bas sekolah yang akan tiba ke
sekolah sebelum pukul 7.30 pagi. Kalau si anak itu
kena bersekolah petang, dia kena bersiap sedia jam
10.30 pagi untuk sampai ke sekolah jam dua belas
tengah hari. Perkara ini berlaku kerana sekolah kita
masih mengamalkan sistem dua persekolahan dalam satu
bangunan.  

Keadaan yang sama berlaku juga di kampung-kampung
tetapi tidak terserlah sangat kerana anak-anak di
kampung lebih selesa mengayuh basikal pergi ke sekolah
mereka. Lagipun lebih menjimatkan. Anak-anak bandar
membeli basikal hanya untuk dikayuh di waktu
kelapangan. Ibu bapa tidak yakin akan keselamatan
mereka berbasikal ke sekolah. 

Kesesakan di sekolah bandar amat jelas apabila hari
Jumaat. Sekolah sebelah pagi tutup awal untuk
membolehkan murid yang beragama Islam pergi sembahyang
jemaah. Tetapi di waktu yang sama sessi sekolah petang
pun dilewatkan untuk tujuan yang sama.  

Soalnya sekarang anak-anak yang sepatutnya berada
dalam bas untuk pulang terpaksa menunggu kedatangan
bas yang kebanyakannya dipandu oleh orang Islam juga.
Kemanakah anak-anak sekolah ini pergi? Ramai yang
merapu tidak tentu hala, merokok, bermain video dan
berjudi secara virtual casino. Semua ini berlaku tanpa
pengetahun ibu bapa. 

Soalnya sekarang kenapakah kita masih mendera
anak-anak sekolah dua sessi selepas 43 tahun kita
merdeka? Di negara barat tidak pun ada sekolah dua
sessi. Tetapi kita amat bangga dengan segala projek
mega tanpa memikirkan betapa perlunya wang itu untuk
membuat lebih banyak sekolah lagi dan menyediakan bas
sekolah secara percuma kepada setiap sekolah agar
tambang bas boleh dikurangkan. 

Empat puluh tahun yang lalu, buku sekolah boleh di
pegang dengan satu tangan. Kini, anak-anak kecil perlu
menyangkut beg sekolah di belakang. Ada pula anak-anak
yang terpaksa meletak tali beg di dahi seperti orang
Tibet dan orang Nepal mengangkut kayu api.  

Apakah disebabkan masalah ini makanya MAHAFIRAUN
melantik dua senator untuk menjadi menteri pendidikan
? Walaupun dulu kita hanya menggunakan papan batu,
kita tidak pun berminat menghisap rokok dan membuat
kerja-kerja yang mengikut perangai hantu.  

Tetapi kini, dengan pelajaran melalui radio dan TV
serta projek video dan Kelas Motivasi, anak-anak kita
sudah pandai buat kerja yang kita sendiri masih belum
selidikki. Anak-anak kita sudah lebih matang
sehinggakan mereka tahu banyak benda di sekolah tinggi
apa yang kita belajar hanya selepas keluar daripada
universiti. Apakah ini yang dikatakan sistem pelajaran
berdemokrasi? 

C. Dulu, selepas sekolah pagi kita berjalan kaki ke
sekolah agama yang ditaja oleh orang kampung. Kita
belajar mengaji dan fardu ain. Ada juga kita belajar
fardu kifayah. Kini anak-anak kita mempunyai guru
agama di sekolah kerajaan. Mereka belajar agama juga
tetapi mereka digalakkan agar tidak melihat bulan.
Bila tiba di rumah kita tanya kenapa ?  

Anak-anak jawab, "Che'gu kata tak payah!" Bila kita
selidikki secara diam-diam barulah kita tahu kerajaan
tidak mahu anak kita taksub pada benda-benda yang
menonjolkan bulan. Benda yaag menonjolkan keris tidak
mengapa. 

D. Satu ketika dulu, masyarakat guru adalah satu
masyarakat manusia yang paling dihormati oleh orang
Melayu. Malahan status yang diberikan kepada para guru
adalah sama dengan status yang diberikan kepada imam,
khatib dan khadi.  

Kalau kita berbasikal dan ternampak guru datang dari
hadapan kita ada anak muraid yang sanggup melencong
dan menyorok diri dalam hutan rimba untuk seketika.
Begitulah hormatnya anak-anak murid. Hormat itu timbul
kerana guru yang cukup berdedikasi.  

Sebalum kita mendengar perkataan daripada mulut mereka
ibubapa kita sudah menyerahkan sebilah rotan saga
kepadanya sebagai simbol menyerahkan nasib punggung
kita pada hayunan rotan itu. Kini, hormat serupa itu
sudah tidak ada lagi kerana peredaran masa dan
peredaran jangkaan hormat manusia.  

Ramai guru yang kerap ponteng kerana memberikan
perhatian kepada masalah politik. Ada juga guru yang
kerap gian menghisap dadah dan mengharapkan anak murid
pergi membelinya. Inilah yang dikatakan dulu lagi:
Bila guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.
Memang pandai pendeta dulu. Mereka semacam sudah lama
tahu perkara begini akan berlaku. 

E. Kebanyakan anak murid sekolah berasrama dulu adalah
mereka yang ibubapanya bertugs sebagai askar ataupun
polis. Peluang anak-anak bersua muka dengan ayah
mereka hanyalah di waktu sekolah bercuti ataupun pada
musim beraya ataupun ketika ayah pulang ke rumah
sebagai jenazah. Nasib anak-anak banyak bergantung
kepada kawalan guru asrama dan bantuan rakan yang
lebih tua.  

Anak-anak jenis ini membesar dengan kudrat Ilahi dan
jatidiri yang membara. Kini mereka berada dipelbagai
posisi pemerintahan kerajaan ataupun dalam sektor
swasta. Anak-anak mereka inilah yang sedang membesar
dan ditanamkan semangat juang yang sama. 

Di sebaliknya pula dengan munculnya beberapa sekolah
asrama swasta yang elit dan berjenama, ramai anak-anak
orang berada yang dibesarkan laksana mereka itu lahir
di istana. Ada yang membesar di negara luar dan pulang
ke negara ini tanpa pengetahuan agama yang sebenar.  

Oleh kerana mereka datang daripada kelas ningrat
ataupun hampir menyerupai kelas berahmin, amatlah
mudah mereka mendapat jawatan yang baik-baik dalam
kerajaan. Mereka cepat naik sebagai pemimpin sedangkan
jiwa mereka kosong utnuk memahami perjuangan bangsa di
zaman dulu. Kerana itu mereka tidak faham apa
sebenarnya makna ketuanan Melayu. 

Demikianlah sedikit kisah untuk menjolok pemikiran
kita yang mungkin menjadi ilham di waktu bulan
mengambang. Setidak-tidaknya kita perlu mengingati
asal usul kita untuk menyedari kegigihan generasi lama
mempertahankan negara dan memperjuangkan semangat
ketahanan ketuanan Melayu. Apakah yang patut kita
lakukan. Apakah kita akan terus berkhayal seprti lagu
" Bulan mengambang, Pak Ngah lah yang balik.
Ala.............hai, sayang?" 

Itukah jadinya nasib kita kalau Pak Ngah terus
terpenjara oleh seorang diktator tua?. Tak mungkin
perkara ini akan dibincangkan oleh orang yang berkuasa
sedangkan mereka sedang sibuk untuk menentukan siapa
di kalangan mereka yang akan terus berkuasa. 

Inilah demokrasi orang Melayu. Tidak cukup dengan
kedudukan ahli dewan senat yang tidak pun dipilih oleh
rakyat melalui peti undi. Sekarang pucuk pimpinan UMNO
pun akan ditentukan tanpa peti undi. Apakah nasib kita
seterusnya ?  

Apakah kita perlu bersabar sehingga Julai 16, 2000 ?
Akan berulangkah nanti sejarah yang baru berlaku di
Indonesia selepas kemenangan Soharto dulu? Bukankah
Soharto tumpas akhirnya lima bulan selepas memenangi
pemilu di Indonesia dulu ?  

Kalau pemilu ke-10 mengisytiharkan kemenangan pada
UMNO dan BN pada 29.11. 1999 apakah serba mungkin
pemerintahan di negara ini bertukar wajah sebelum
munculnya gerhana bulan penuh yang akan dapat kita
saksikan itu? -(MT) 21 January 2000

http://mahafiraun.tripod.com

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke