*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Ish, lama tak menulis aih, masih mabuk koi raya nie. Cakap pasal raya, apa 
kata kali ini kita sembang sikit pasal raya.

Dua tiga hari menjelang raya, saya sekeluarga menerima sekeping kad raya 
daripada seorang sahabat di Terengganu, yang saya anggap begitu special dan 
lain dari yg lain. Saya jadi terpegun seketika apabila membaca kad raya 
tersebut kerana tidak ada apa yang dicoretkan beliau melainkan satu patah 
perkataan sahaja, iaitu 'Allah Hu Akbar!!'.

Saya tidak pasti apa yang ingin disampaikan beliau melalui coretan seringkas 
itu, tapi saya yakin ada begitu banyak maksud yang tersirat yang ingin 
diluahkan, mungkin kerana terlalu gembira dengan kejayaan PAS menawan 
Terengganu atau pun mungkin kerana terlalu gembira hingga tak terkata kerana 
'salam' yang selama ini ingin mereka sampaikan kepada Dr Mahathir terjawablah 
sudah. Apa-apa pun, kedatangan kad raya itu menyebabkan saya beralih angin 
berhari raya di Terengganu walau pun niat asalnya ingin berhari raya di 
Pahang.

Lalu, kami pun bertolak ke sana; perjalanan kami itu meng-takdirkan kami 
melalui sempadan Kelantan, Terengganu dan Pahang - 3 buah negeri yang sedang 
merasai kesan domino atau 'kesan budu' perkembangan pengaruh PAS di 
negeri-negeri ketuanan Melayu di bumi Malaysia.

Hari raya pertama, saya ditakdirkan Tuhan berpeluang mengerjakan solat sunat 
aidil-fitri di Masjid Geliga, yang terletak tak jauh daripada rumah Md Nor 
Teja, kroni no wahid Tok Ayah Wan di Chukai, Kemaman.

[By the way, saya dengar cerita Md Nor Teja adalah antara yang jatuh pengsan 
bila diisytiharkan Ayah Wan gugur dengan majoriti 436 di Kemaman.]

Saya tengok Masjid Geliga yang tersergam indah di tepi jalan itu penuh sesak 
dengan jemaah, lelaki pompuan, tua muda berpusu-pusu untuk mengerjakan solat 
hari raya. Kerana tak begitu mengenali jemaah di situ, selepas solat, saya pun 
berkira nak balik. Tiba-tiba, sampai tang Khutbah - tu dia, Tok Khatib bancuh 
dekat sejam lebih. Semua isu keluar, termasuklah bab hudud dan bab kharaj!!

INILAH PERTAMA KALI DALAM HIDUP SAYA, SAYA DENGAR TOK KHATIB BAGI KHUTBAH 
CAKAP BAB KHARAJ!!

Saya lihat seorang pakcik berpakaian dan berwatak ala-UMNO yang duduk di 
sebelah saya sudah naik rimas semacam. Di dua tiga saf berdekatan, saya tengok 
seorang Mat Rock (berkopiah dengan rambut panjang kemas terikat) begitu tekun 
melihat ke arah mimbar; mungkin inilah agaknya pertama kali dalam hidup 
beliau, beliau dengar perkataan hudud dan kharaj. Dalam masa yang sama saya 
dapat lihat pakcik-pakcik dan sahabat-sahabat yang satu-rupa dengan saya 
begitu khusyuk menghayati khutbah tersebut; kadang2 saya dapat lihat ada tanda 
girang yang tersendiri di wajah mereka apabila Tok Khatib begitu bersemangat 
bercerita tentang wajibnya kita berjuang untuk menegakkan Islam sebagai sumber 
perundangan dan cara hidup manusia. Sedar tak sedar, sudah sejam lebih. Fuh! 
Macam ini kalu, tahun depan, boleh lagi lajak mai Terengganu.

Apa-apa pun, saya merasakan pendekatan Tok Khatib masjid geliga ini ada 
bagusnya kerana seperti kita semua tahu, di Hari Raya sahajalah kita akan 
dapat melihat lelaki pompuan, tua muda, mat rock mat umno, mereka yang selalu 
miss solat lima waktu atau yang tak pernah solat jumaat; tapi insyaallah entah 
apa punya budaya, jarang-jarang ada orang Melayu yang sengaja tak datang 
sembahyang hari raya.  Jadi, berkesempatan dengan kesudian mereka menjengah 
masjid di pagi raya yang syahdu ini, diharapkan kalau pun tak banyak, 
sekurang-kurangnya untuk pertama kali dalam hidup mereka, mereka pernah dengar 
ada orang sebut perkataan 'hudud' di dalam masjid - di pagi raya pulak itu. 
Harap-harap perkataan ini akan terngiang-ngiang di gegendang telinga mereka 
hingga bila-bila.

Inilah untungnya apabila sesebuah negeri itu diperintah oleh Jemaah Islam, 
segala-galanya tentang Islam akan disampaikan secara terus-terang tanpa perlu 
berselindung-selindung lagi, tidak seperti cara Hamid Othman. Moga-moga ada 
hati-hati yang terusik di pagi raya itu, insyaallah!!

MOGA-MOGA LIMA TAHUN AKAN DATANG, 6128 ORANG YANG MASIH MENGUNDI WAN MOKHTAR 
ITU AKAN BERKURANGAN JUMLAHNYA!!

Insyaallah, yang tinggal nanti cumalah pengundi-pengundi bukan Islam yang 
jumlahnya sekitar 3420 orang. By the way, saya dimaklumkan bahawa pada hari 
pengundian, khemah-khemah BN di sekitar Chukai dipenuhi dengan petugas-petugas 
bukan Melayu. No wonder, orang2 Melayu pakat lari pergi ke khemah BA!

Banyak sebenarnya cerita-cerita menarik yang diceritakan oleh sahabat-sahabat 
di Terengganu sana. Di satu kawasan di Hulu Terengganu, seorang sahabat 
menceritakan kepada saya kisah kawan-kawannya dalam UMNO yang sama-sama turun 
aktif berkempen untuk BA. Contohnya, ada sekali itu, dua orang petugas UMNO 
diarahkan pergi mengangkut seorang pengundi dengan kenderaan berpelekat poster 
BN; seorang sebagai driver dan seorang lagi sebagai perayu undi. Salah seorang 
pengundi yg diangkut itu ialah seorang makcik tua.

Dalam perjalanan ke pusat pengundian; si perayu undi bertanya kpd makcik ini: 
"Makcik undi apa makcik?". Jawab makcik itu, "Biasalah, kita pangkah dacing".

Lalu dijawab oleh perayu undi ini, dan turut di-ia dan ditokok tambah oleh 
driver kereta berkenaan:

"Haih, orang dah mboh (mahu) dah dacing ini makcik oii; orang dah tak pangkah 
dacing dah aih. Kita semua nak pangkah bulan!!"

TU DIA AIH - DALAM KERETA BN PUN DEPA BOLEH KEMPEN; NO WONDER LA UMNO KALAH 
TERUK!!

Di satu tempat di Terengganu, saya mendengar cerita daripada seorang sahabat 
(yg masih UMNO) yang di musim p/raya yang lalu, selalu ke hulu ke hilir 
bersama orang kuat jentera UMNO Bahagian. Masuk keluar dari satu markas UMNO 
ke satu markas yang lain, siap meeting dengan KDN punya orang lagi. Untuk 
pengetahuan, setiap pegawai KDN ditugaskan menjaga dua tiga kawasan tertentu 
dan dikehendaki menghantar laporan ke pihak atasan dari masa ke semasa. So, 
sahabat saya ini kira punya access yang tidak terkira kepada maklumat2 markas 
UMNO dan butir-butir terperinci laporan KDN ini.

Nak tahu apa dia buat dengan laporan dan maklumat2 itu?

"Photostat dan fax-kan ke merata pelusuk Terengganu!!"

TU DIA - SAMPAI TARA ITU SEKALI UMNO BERPECAH BELAH; BILA DITANYA PASAL APA 
DIA BUAT MACAM ITU. DENGAN SELAMBA DIA JAWAB, "SEBAB DR MAHATHIR!!"

[Bagus jugak kalau Dr Mahathir terus memerintah hingga tahun 2004!!]

Banyak lagi saya nak cerita tapi tak cukup ruang rasanya; cuma saya nak tulis 
satu pertanyaan yang saya kemukakan kepada orang-orang UMNO yang mengundi BA 
di atas, "Adakah PAS masih berpeluang menang di pilihanraya akan datang, 
kerana mengikut pengalaman di Arau, PAS menang atas faktor undi protes; jadi 
sekiranya di Terengganu nanti faktor undi protes itu sudah hilang, apakah 
mungkin orang2 UMNO akan kembali mengundi UMNO?".

Jawab mereka:

"PAS akan terus memerintah di p/raya akan datang, dengan syarat PAS mesti 
perform. Selain dari itu, kalau UMNO nak bangun semula pun, mungkin setakat 
dapat rampas balik 3 empat kerusi saja, kalau nak memerintah semula, payah 
sikit"

Bila saya tanya, pasal apa?

Sahabat ini kata: "Ya lah, bila PAS perintah sahajaja - tol tak payah bayar, 
cukai pintu tak kena, cukai itu cukai ini dah tak ada, kerja pulak 5 hari 
seminggu. Kalau mu pangkah UMNO semula, bermakna mu kena bayar semula Tol, mu 
kena bayar semula cukai pintu, mu kena kerja 6 hari semula. Mu nak?. Jadi, 
daripada nak kena bayar semula benda-benda itu, baik pangkah PAS!"

LA - TAK PERNAH TERFIKIR  SAYA BAHAWA ISU TOL DAN CUKAI PINTU SERTA KERJA 5 
HARI YANG SAYA ANGGAP BENDA KECEK ITU, TIBA-TIBA BOLEH JADI PENENTU 
KEBANGKITAN SEMULA UMNO DI TERENGGANU!!

[Patutlah pun, semalam 20 Jan 2K, kabinet memutuskan untuk menambah hari sabtu 
ke-3 sebagai cuti umum kpd kakitangan kerajaan selain daripada hari sabtu 
pertama tiap-tiap bulan. Jangan terkejut, kalau tahun depan, dia tambah pula 
hari sabtu ke-dua, dan tahun sekali lagi dia jadikan semua hari sabtu hari 
cuti. Ya lah, nu nak tawan semula T'Ganu nu!!]

Selain dari itu, dalam perjalanan merentasi negeri-negeri Pantai Timur itu, 
saya perlu tulis di sini bahawa kenderaan-kenderaan begitu banyak sekali di 
jalan-jalan raya, ya lah musim raya. Kadang-kadang saya terperangkap dalam 
barisan dua tiga puluh kenderaan mengikuti belakang lori tanker atau kereta 
kecil yang dipandu perlahan. Nak potong tak boleh sebab banyak kawasan jalan 
berliku-liku.

Lantas, saya teringatkan  Sammy Vellu - ah, leceh sungguh, di musim-musim raya 
ini terbayang pulak muka Sammy Vellu. Bukannya apa, hari itu dialah yang 
beria-ria benar tak mahu teruskan projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). 
Kalaulah kerajaan ingin nafikan keselesaan kepada pengguna-pengguna Pantai 
Timur kerana faktor politik, maka adalah dirasakan ini amat keterlaluan, 
kerana yang bayar road-tax bukan semuanya orang UMNO; orang PAS, ADIL hatta 
anggota polis dan tentera pun bayar road tax jugak.

Lagi pun, tak masuk akal sangat kalau kerajaan nak batalkan projek LPT itu 
sedangkan dalam masa yang sama kerajaan beria-ria benar ingin membantu membina 
highway di negeri Tamil Nadu, nun jauh di benua India sana. Tak percaya, cuba 
lihat keratan Utusan Malaysia Express  Online ini:

KUALA LUMPUR Jan 8 - Malaysia would submit a final report to the Tamil Nadu 
government on the construction of a RM1.1 billion elevated highway from 
Chennai Port to Meenambakkam airport in four months, Works Minister Datuk Seri 
S. Samy Vellu said today.

[Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kerajaan Malaysia akan menghantar lapuran  
kajian akhir untuk membina lebuhraya berharga RM1.1 billion dari pelabuhan 
Chennai ke lapangan terbang Meenambakkam di negeri Tamil Nadu, India]
 
ISH, ISH, KESIAN KAT ORANG GANU; ANAK DI RUMAH MENJERIT KELAPARAN, KERA DI 
HUTAN PULAK YANG DAPAT SUSU DUMEX!!

Ish, ish tak patut, tak patut.....

Sekian Adanya,
Ahmad Baharudin Kasbi

------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
                http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke