*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Catatan Ibnu Muslim

Era MCA/MIC tingkatkan tuntutan
 

Parti-parti komponen BN, khususnya MCA dan MIC akan
membuat pelbagai tuntutan kepada Perdana Menteri dan
Pengerusi Barisan Nasional Pusat, demi untuk
kepentingan orang-orang Cina, India dan kaum-kaum
menoriti lain. 

Sebelum ini, MCA telah menuntut jawatan Timbalan Ketua
Menteri II diwujudkan di Pulau Pinang dan bilangan
Ahli Exco di negeri itu ditambahkan seorang lagi. 

Kedua-dua jawatan yang akan "diwujudkan" itu,
hendaklah diisi oleh Adun-Adun MCA di Dewan Undangan
Negeri Pulau Pinang. 

Walaupun tuntutan MCA itu telah ditolak oleh Barisan
Nasional Pusat, tetapi itu bukan bererti tuntutan
tersebut akan berakhir begitu sahaja dan mungkin
tuntutan yang sama akan muncul nanti. 

Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa banyak
tuntutan yang dibuat oleh MCA secara "sulit" dan
diluluskan tanpa membuat sebarang pengumuman dan
kenyataan akhbar. 

Apa yang jelas, MCA akan mendapat banyak faedah dan
advantage dari krisis politik yang dihadapi oleh
Gerakan di Pulau Pinang itu. 

Dan tidak mustahil, dua orang bekas Adun Gerakan (dua
Lim) itu akan diterima menjadi ahli MCA yang sah pada
satu ketika yang sesuai dan munasabah. 

Pada hemat saya, dalam keadaan seperti sekarang,
Pengerusi BN Pusat (Dr Mahathir) akan memenuhi hajat
dan hasrat pemimpin-pemimpin MCA untuk mendapat
kedudukan yang lebih baik dalam kerajaan Negeri Pulau
Pinang. 

Para pemerhati dan penganalisa politik tanah air,
meramalkan bahawa banyak lagi tuntutan yang akan
dibuat oleh MCA Pusat kepada Dr. Mahathir dalam jangka
waktu singkat. 

Sebab-sebab utama yang mendorong para pemimpin MCA
membuat berbagai tuntutan itu, ialah kerana parti itu
telah banyak membuat jasa kepada BN dan Umno dalam
pilihan raya umum lalu. 

Pada hemat saya, dalam keadaan seperti sekarang ini,
jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan diberi
kepada Umno, walaupun Dr Koh terpaksa meletakkan
jawatan kerana tekanan politik. 

Pendek kata, Dr Mahathir dan Pak Lah terpaksa melayan
banyak lagi tuntutan dan permohonan daripada
masyarakat Cina dan India sebelum pilihan raya umum
yang akan datang. 

Apa yang lebih menarik, akhbar New Straits Times,
keluaran 27 Disember telah menyiarkan berita mengenai
tuntutan masyarakat India terhadap kerajaan Barisan
Nasional. 

Di bawah tajuk "Reward Us For Our Support To BN, say
Indian Leaders" akhbar itu telah menyiarkan
kenyataan-kenyataan para pemimpin India yang menuntut
kerajaan Barisan Nasional mengambil perhatian yang
serius tentang kedudukan masyarakat India yang telah
memberi sokongan bulat kepada BN dan Umno dalam
pilihan raya umum lalu. 

Presiden Persatuan Tamil Malaysia, (Confederation Of
Malaysia Tamil) Dr. S. Joseph Rajah menegaskan bahawa
masyarakat India telah memberi sokongan yang padu
kepada BN dalam keadaan parti itu menghadapi saat-saat
yang genting. 

Katanya lagi, oleh kerana orang India telah dikenali
sebagai penyokong BN yang kuat, khususnya dalam
pilihan raya lalu, maka kerajaan Pusat harus memberi
bantuan yang sewajarnya kepada masyarakat India di
negara ini. 

"Ini ialah kerana masyarakat India selama ini,
ketinggalan dalam semua bidang termasuk pelajaran,
ekonomi dan sosial," ujar Dr S Joseph Rajah lagi. 

Akhbar yang sama juga, menyiarkan kenyataan Setiausaha
Agung Persatuan Kebangsaan Guru Tamil, Shahul Hamid
Mydin yang menuntut Kerajaan Barisan Nasional memberi
kemudahan yang lebih banyak kepada sekolah-sekolah
Tamil di seluruh Negara. 

Menurut beliau, hanya sebanyak 300 daripada 530 buah
Sekolah Tamil yang mendapat kemudahan dari Kementerian
Pendidikan, dan yang baki lagi itu tidak mendapat
kemudahan-kemudahan yang sewajarnya. 

Sementara itu, Presiden Persatuan Wanita India, T.
Ramanayagam telah memberi jaminan bahawa
pengundi-pengundi India akan terus menyokong Barisan
Nasional selagi belum ada sebuah parti Alternatif yang
boleh mengambil tempat BN. 

Seorang ahli sosiologi, Dr Danisan Jayasoorya dalam
laporannya mengenai keputusan pilihan raya umum lalu,
beliau mendakwa bahawa kemenangan calon-calon BN pada
29 November lepas, ialah kerana undi dan sokongan
masyarakat India dan kaum-kaum menoriti lain. 

Beliau seterusnya menyatakan bahawa masyarakat India
mempunyai lebih dari 10 persen undi di lima puluh
kawasan pilihan raya di seluruh negara. 

Tetapi katanya, MIC diperuntukkan, hanya sebanyak 7
kerusi di parlimen dan 15 kerusi di Dewan-Dewan
Undangan Negeri di Semenanjung. 

Kesimpulan yang dapat diambil daripada
kenyataan-kenyataan beberapa orang pemimpin masyarakat
India yang disiarkan oleh akhbar News Straits Times
itu, maka sudah pasti banyak lagi tuntutan yang akan
dikemukakan oleh MIC kepada Dr Mahathir, demi untuk
kepentingan pengundi-pengundi India. 

Dalam keadaan Umno yang semakin lemah ini, parti-parti
komponen lain akan mengambil kesempatan untuk membuat
tuntutan yang sama untuk kepentingan kaum
masing-masing. 

Tidak mustahil, MIC akan menuntut dua lagi jawatan
timbalan Menteri dalam penyusunan semula kabinet
selepas ini, berikutan dengan kemenangan 100 peratus
calon-calonnya dalam pilihan raya umum lalu. 

Dari segi logiknya, kalau MCA telah membuat berbagai
tuntutan, maka MIC juga berhak membuat tuntutan yang
sama, kerana kedua-dua parti itu (MCA-MIC) telah
berjasa kepada Umno dan BN. 

Inilah masalah besar yang dihadapi oleh Umno selepas
pengaruhnya sudah hilang dan terhakis di kalangan
masyarakat Melayu dan Islam. 

Walaupun dalam zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman
dulu, pemimpin-pemimpin MCA cuba membuat berbagai
tuntutan untuk kepentingan masyarakat Cina pada waktu
itu, tetapi sebagai seorang Perdana Menteri, Tunku
Abdul Rahman mempunyai "alasan yang kuat" untuk
menolak tuntutan MCA itu. 

Tunku Abdul Rahman, mengingatkan para pemimpin MCA,
"kalau tuntutan-tuntutan" itu dipenuhi, maka sudah
pasti PAS akan bertambah kuat dan pengaruhnya akan
merebak dan meluaskan ke negeri-negeri lain di sebelah
pantai barat. 

Dalam erti kata lain, orang-orang Melayu akan
menentang Umno, kalau sekiranya tuntutan MCA itu
dilayan atau dipenuhi. Dengan alasan kerana takutkan
PAS dapat meluaskan pengaruhnya di luar Kelantan dan
Tereng-ganu, maka Tunku Abdul Rahman telah berjaya
meng-halang pemimpin-pemimpin MCA daripada membuat
perbagai tuntutan yang menyentuh perasaan orang-orang
Melayu dan Islam. 

Tetapi alasan-alasan yang digunakan oleh Tunku Abdul
Rahman itu sudah tidak boleh pakai lagi, kerana PAS
bukan sahaja telah berjaya meluaskan pengaruhnya di
sebelah pantai barat, tetapi juga telah berjaya
menubuhkan cawangannya berhampiran dengan sebuah rumah
ibadat Cina (Tokong) di kawasan Chow Kit. 

Kita tunggu dan lihat, tuntutan-tuntutan yang dibuat
oleh MCA dan MIC kepada Dr Mahathir selepas ini. 
 
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke