*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semalam pun Samy Vellu nak umumkan tuntutan beliau
iaitu:

i) Cuti umum seluruh negara sempena Thaipusam
ii) Pembinaan landasan keretapi berkembar dari Sentul
ke Batu Caves
iii) Pembinaan sebuah stesen keretapi moden di Batu
Caves bercirikan rekabentuk Hindu
iv) Pembinaan sebuah jalan baru sekitar 30-40 juta
terus ke Batu Caves bagi mengatasi kesesakan lalu
lintas setiap tahun ketika perayaan Thaipusam.
v) Dalam UTUSAN ada gambar yg penganut Hindu mandi
membersihkan diri di Sg. Gombak. MUNGKINkah Sg. Gombak
akan dinaik taraf seperti Sg. Ganges?

Apa yg UMNO tuntut?

i) Berebut jawatan 11 Mei ini
ii) Membiarkan lebih banyak lebuhraya dibina melintasi
masjid. Contohnya Masjid Ar-rahman. Nasib baik masjid
tak ditutup.
iii)  Entahlah............bertambah  sakit hati saya
bila melihat gelagat UMNO yg semakin meminggirkan
kepentingan orang Melayu.

Wassalam

AKU PUN ORANG MELAYU JUGAK!

--- Hang Nawa <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> Assalammualaikum...
> 
> Ini lah bahananya apabila parti yang mewakili
> kaum... masing-masing akan 
> cuba mendapatkan/menambah/menjaga kepentingan bangsa
> masing-masing... 
> percayalah lambat laun perpaduan mereka ini akan
> hancur akhirnya... keadaan 
> ini sudah lama disedari oleh Datuk Onn....
> 
> 
> >From: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: [EMAIL PROTECTED]
> >CC: [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: H-Net* Era MCA/MIC tingkatkan tuntutan
> >Date: Fri, 21 Jan 2000 17:33:57 -0800 (PST)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >Catatan Ibnu Muslim
> >
> >Era MCA/MIC tingkatkan tuntutan
> >
> >
> >Parti-parti komponen BN, khususnya MCA dan MIC akan
> >membuat pelbagai tuntutan kepada Perdana Menteri
> dan
> >Pengerusi Barisan Nasional Pusat, demi untuk
> >kepentingan orang-orang Cina, India dan kaum-kaum
> >menoriti lain.
> >
> >Sebelum ini, MCA telah menuntut jawatan Timbalan
> Ketua
> >Menteri II diwujudkan di Pulau Pinang dan bilangan
> >Ahli Exco di negeri itu ditambahkan seorang lagi.
> >
> >Kedua-dua jawatan yang akan "diwujudkan" itu,
> >hendaklah diisi oleh Adun-Adun MCA di Dewan
> Undangan
> >Negeri Pulau Pinang.
> >
> >Walaupun tuntutan MCA itu telah ditolak oleh
> Barisan
> >Nasional Pusat, tetapi itu bukan bererti tuntutan
> >tersebut akan berakhir begitu sahaja dan mungkin
> >tuntutan yang sama akan muncul nanti.
> >
> >Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa
> banyak
> >tuntutan yang dibuat oleh MCA secara "sulit" dan
> >diluluskan tanpa membuat sebarang pengumuman dan
> >kenyataan akhbar.
> >
> >Apa yang jelas, MCA akan mendapat banyak faedah dan
> >advantage dari krisis politik yang dihadapi oleh
> >Gerakan di Pulau Pinang itu.
> >
> >Dan tidak mustahil, dua orang bekas Adun Gerakan
> (dua
> >Lim) itu akan diterima menjadi ahli MCA yang sah
> pada
> >satu ketika yang sesuai dan munasabah.
> >
> >Pada hemat saya, dalam keadaan seperti sekarang,
> >Pengerusi BN Pusat (Dr Mahathir) akan memenuhi
> hajat
> >dan hasrat pemimpin-pemimpin MCA untuk mendapat
> >kedudukan yang lebih baik dalam kerajaan Negeri
> Pulau
> >Pinang.
> >
> >Para pemerhati dan penganalisa politik tanah air,
> >meramalkan bahawa banyak lagi tuntutan yang akan
> >dibuat oleh MCA Pusat kepada Dr. Mahathir dalam
> jangka
> >waktu singkat.
> >
> >Sebab-sebab utama yang mendorong para pemimpin MCA
> >membuat berbagai tuntutan itu, ialah kerana parti
> itu
> >telah banyak membuat jasa kepada BN dan Umno dalam
> >pilihan raya umum lalu.
> >
> >Pada hemat saya, dalam keadaan seperti sekarang
> ini,
> >jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan
> diberi
> >kepada Umno, walaupun Dr Koh terpaksa meletakkan
> >jawatan kerana tekanan politik.
> >
> >Pendek kata, Dr Mahathir dan Pak Lah terpaksa
> melayan
> >banyak lagi tuntutan dan permohonan daripada
> >masyarakat Cina dan India sebelum pilihan raya umum
> >yang akan datang.
> >
> >Apa yang lebih menarik, akhbar New Straits Times,
> >keluaran 27 Disember telah menyiarkan berita
> mengenai
> >tuntutan masyarakat India terhadap kerajaan Barisan
> >Nasional.
> >
> >Di bawah tajuk "Reward Us For Our Support To BN,
> say
> >Indian Leaders" akhbar itu telah menyiarkan
> >kenyataan-kenyataan para pemimpin India yang
> menuntut
> >kerajaan Barisan Nasional mengambil perhatian yang
> >serius tentang kedudukan masyarakat India yang
> telah
> >memberi sokongan bulat kepada BN dan Umno dalam
> >pilihan raya umum lalu.
> >
> >Presiden Persatuan Tamil Malaysia, (Confederation
> Of
> >Malaysia Tamil) Dr. S. Joseph Rajah menegaskan
> bahawa
> >masyarakat India telah memberi sokongan yang padu
> >kepada BN dalam keadaan parti itu menghadapi
> saat-saat
> >yang genting.
> >
> >Katanya lagi, oleh kerana orang India telah
> dikenali
> >sebagai penyokong BN yang kuat, khususnya dalam
> >pilihan raya lalu, maka kerajaan Pusat harus
> memberi
> >bantuan yang sewajarnya kepada masyarakat India di
> >negara ini.
> >
> >"Ini ialah kerana masyarakat India selama ini,
> >ketinggalan dalam semua bidang termasuk pelajaran,
> >ekonomi dan sosial," ujar Dr S Joseph Rajah lagi.
> >
> >Akhbar yang sama juga, menyiarkan kenyataan
> Setiausaha
> >Agung Persatuan Kebangsaan Guru Tamil, Shahul Hamid
> >Mydin yang menuntut Kerajaan Barisan Nasional
> memberi
> >kemudahan yang lebih banyak kepada sekolah-sekolah
> >Tamil di seluruh Negara.
> >
> >Menurut beliau, hanya sebanyak 300 daripada 530
> buah
> >Sekolah Tamil yang mendapat kemudahan dari
> Kementerian
> >Pendidikan, dan yang baki lagi itu tidak mendapat
> >kemudahan-kemudahan yang sewajarnya.
> >
> >Sementara itu, Presiden Persatuan Wanita India, T.
> >Ramanayagam telah memberi jaminan bahawa
> >pengundi-pengundi India akan terus menyokong
> Barisan
> >Nasional selagi belum ada sebuah parti Alternatif
> yang
> >boleh mengambil tempat BN.
> >
> >Seorang ahli sosiologi, Dr Danisan Jayasoorya dalam
> >laporannya mengenai keputusan pilihan raya umum
> lalu,
> >beliau mendakwa bahawa kemenangan calon-calon BN
> pada
> >29 November lepas, ialah kerana undi dan sokongan
> >masyarakat India dan kaum-kaum menoriti lain.
> >
> >Beliau seterusnya menyatakan bahawa masyarakat
> India
> >mempunyai lebih dari 10 persen undi di lima puluh
> >kawasan pilihan raya di seluruh negara.
> >
> >Tetapi katanya, MIC diperuntukkan, hanya sebanyak 7
> >kerusi di parlimen dan 15 kerusi di Dewan-Dewan
> >Undangan Negeri di Semenanjung.
> >
> 
=== message truncated ===
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to