Assalamualaikum,
 
Persoalan mengenai identiti melayu(Islam) dibumi sarawak yang semakin terhakis ini tidak pernah dibincangkan langsung dalam ruangan ini. Untuk para netters sekelian orang melayu disarawak tidak mempunyai pemimpin yang berhati waja untuk menangani isu-isu mengenai nasib orang melayu  yang sentiasa diperkotak-katikan oleh taib mahmud dan kuncu-kuncunya. Orang melayu adalah orang yang paling hina dibumi sarawak ini. Mereka boleh buat apa sahaja yang mereka mahu. Contoh yang paling dekat ialah mengenai isu tanah disekitar kampung boyan, kampung surabaya dll, penduduk yang tinggal dikampung-kampung ini merupakan orang-orang melayu islam yang telah beratus tahun menetap disini, iaitu dari nenek moyang mereka....tanah yang mereka diam ini, masih lagi belum bergeran...baru-baru ini tanah ini telah digezetkan sebagai tanah haram oleh kerajaan taib dan kuncu-kuncunya....bayangkan tanah yang telah berkurun lamanya akan dirampas oleh taib dengan hanya memberi pampasan yang tidak seberapa....dan penduduk kampung ini akan dipindahkan ketempat-tempat jauh terperosok dari pembangunan......harapkan orang seperti sulaiman daud untuk membela, dia hanya tau jaga perut sendiri sahaja. Bagi taib, orang melayu adalah 'pembangkang', tengoklah apa komennya mengenai satu perkara....baru-baru ini UiTM sarawak ada membuat jamuan malam di Damai Lagoon Resort bagi menyambut jubli peraknya, para jemputan yang turut hadir ialah Ketua menteri dan Isteri serta naib canselor UiTM serta isteri.....Isteri taib bertanya kepada isteri Naib cancelor, "menginap dihotel mana?......menginap di Merdeka Palace.....OOO itu hotel belong to OPPosition!!!!.....hotel ini adalah kepunyaan orang melayu...dimana abang johari ada juga syer.....nampak tak, to them abang Jo merupakan opposition juga....itu pun abang jo belum sedar lagi.....
pemimpin melayu sarawak tidak dapat diharap lagi.....adalah diharapkan agar saudara-saudara kita pemimpin PAS dapat bercakap dalam parliment, bawa perkara ini kepengetahuan pemimpin-pemimpin melayu yang memperjuangkan Islam....tolonglah orang melayu sarawak ini yang semakin hilang identitinya....kalau tidak ditolong alamatnya hilang habis maruah melayu sarawak ini.
 
sekian wassallam.

Kirim email ke