*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Gembira di hariraya

bila kita dapat membesarkan ALLah
yang dijelaskan dalam takbir yang diualang sebut

bilakita sedar kekerdilan diri
yang jelas disebut dalam takbir raya

bila kita lebih kenal siapa ALLah dan siapa diri kita
sehingga tangisan menitisnya air mata
seakan dirasakan satu nikmat
memikirkan akan fenomena kehidupan - yang terlihat dan yang tersurat
itulah gembira di hari raya

tunduk dan sujud bukan hanya kerana perintah
tetapi disertakan rasa syukur dan terima kasih
bentuk badan kita sesuai dengan segala cara ibadat kita - qiam, ruku',
i'tidal dan sujud
sebagaimana disebut oleh nabi Ibrahim

ketika kaabah dibina
wahai Pencipta ku
jadikan kami orang yang muslim kepadaMU
dan juga akan zuriat ku
jadikan kami ummat selanjtnya selepas aku
dan ajarkanlah kepada kami cara untuk beribadat kepadaMu
dan terimalah taubat kami
Sungguh Engkau Pemilik, Pencipta, dan Penerima taubat!

Itulah nikmat di hari mulia
bersihnya rasa di jiwa
minta ampun kepada ALLah dan kepada menusia
seluruhnya

ALLah dikenal -  jauh perjalanannya
tidak kita mendabik dada berkata : ALLah itu telah aku kenali
sejelas-jelasnya
kerana itu tanda Ia jauh dari jiwa

Sungguh - perjalanan ini satu yang tiada kesudahan
takut dan harap - akan rahmatNya

Gembira raya - dimana letaknya
di dalam jiwa - di hati yang redha
maaf dan memaafkan - sesama manusia
kepada ALLah berharap sentiasa
Itulah bahagia di hari mulia
membesarkan Pencipta di dalam jiwa
kecilnyamakhluq apalah yang ada
mati semuanya terkubur jua
kekalnya ALLah hidup sentiasa
tiada Ia sama dengan sebarang apa benda.

Puji hanya bagiIa
Dikias banyak pada manusia
agar sifat-sifat ALLah dapat gambarannya
dengan meminjam rupa sifat pada manusia
Tetap kekalnya maksud - walam yakullahu kufuan ahad!

Menitis anirmata di hari mulia
biarpun dengan baju lama yang masih usang
bukankah  akhirnya sama
dengan kain kapan yang putih
kita kan hijrah mengadapNya
Itukah pertemuan menuju bahagia?

itulah bahagia di hari raya
bahagia dihati gembira di mata

Hanya ALLah penafsir segalanya...


waLLahu a'lam

abuhanif





[EMAIL PROTECTED] wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamu'alaikum,
>
> Lagu2 raya pun dah berkumandang bertali-arus - ajak
> orang bergumbira. Raya mood pun dah mula menyerang
> pejabat2.  Semua sudah siap sedia untuk
> bergembira.......bergembira?
>
> Semakin umur meningkat semakin hilang erti "bergembira
> di hari raya".  Apa yang sebenarnya hendak
> digembirakan?  Adakah kerana puasa begitu bagus tahun
> ini maka melayakkan kita bergembira? - Kalau puasa
> begitu bagus, sudah tentu orang akan bersedih dengan
> perginya ramadhan kerana tak dapat puasa dan tarawih
> lagi. Adakah kerana pakaian baru? - Itu budak2 punya
> cerita. Adakah kerana banjir kuih-muih? - Apa nak
> diherankan dengan kuih-muih segera yang begitu banyak
> dipasaraya; "London almond" pasaraya pun sedap juga.
> Adakah kerana boleh jumpa mak-bapak sanak-saudara? -
> Tak raya pun  boleh jumpa juga.  Adakah kerana dapat
> bonus raya? -  Lepas tolak duit sekolah budak2 dan beli
> pakaian raya,  apa yang tinggal lagi sedangkan bulan
> masih panjang.  Jadi dimana sebenarnya letak "gembira
> raya"?  Inilah yang  sedang teman fikirkan beberapa
> detik menjelang  1 syawal ini.
>
> Wassalam
>
> -----------------------------------------------------
> Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: [EMAIL PROTECTED]



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke