*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kita perlu tegas dalam isu Bahasa Melayu kalau tidak apa yang tinggal 
dengan orang Melayu. Pendokong Bahasa perlu bekerja keras untuk 
mempertahan hak orang Melayu supaya tidak dinodai oleh orang seperti 
Rais Yatim. Kita telah berusaha berpuluh tahun untuk menaikkan taraf 
bahasa Melayu di peringkat antarabangsa melalui bahasa yang standard 
di sekolah dan sekarang Rais pandai-pandai hendak mengkianati usaha 
tersebut. Kita perlu tolak orang seperti ini dari kepimpinan orang 
Melayu.

Warga NS

> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> BAHASA BAKU : TAHNIAH DATO' RAHIM BAKAR
> 
> TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada Pengerusi Jemaah
> Pengelola DBP, Dato' Rahim bakar diatas kenyataannya
> yang tegas dan berani berhubung isu pemansuhan bahasa
> baku.Sebagai seorang yang mengepalai institusi yang
> dipertanggungjawabkan untuk menjaga martabat Bahasa
> Melayu, kenyataannya memang tepat sekali. 
> 
> Ternyata Dato' Rahim masih seorang Jebat yang suatu
> ketika dulu pernah menerima hukuman akibat
> 'penderhakaannya' terhadap Sultan Pahang. 
> 
> Dato' Rais Yatim dalam kenyataan balasnya mendakwa
> kenyataan Dato' Rahim itu tidak mengikut prosedur
> kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan
> Kementerian Pendidikan.Soalnya sekarang, apakah Dato'
> Rais sendiri telah berbincang dengan DBP sebelum
> membuat kenyataan untuk memansuhkan bahasa baku yang
> berada di bawah tanggungjawab Dato' Rahim dan DBP? 
> 
> Kenyataan Dato' Rahim dan beberapa orang yang lain
> termasuk Prof. Awang Had Salleh, Lim Kit Siang
> ,Presiden Kesatuan Guru, dan lain-lain harus diterima
> dengan ikhlas walaupun bertentangan dengan keputusan
> kerajaan. 
> 
> Kerajaan sepatutnya membuat keputusan mengikut
> kehendak rakyat (yang memilih mereka) bukannya
> bertindak mengikut kepentingan politik
> semata-mata.Apatah lagi, alasan yang diberikan
> terhadap tindakan tersebut tidak manasabah. 
> 
> Dalam masyarakat Malaysia yang mempunyai berbagai
> dialek dan slanga, kita memerlukan satu bahasa yang
> boleh diterima oleh semua pihak.Biarkan masyarakat
> menggunakan dialek dan slanga masing-masing, tetapi
> untuk urusan resmi khususnya di television dan radio
> kita memerlukan bahsa baku. 
> 
> Bahasa Inggeris sendiri mempunyai berbagai slanga,
> tetapi untuk urusan resmi mereka menggunakan bahasa
> Inggeris baku.Alasan mengatakan ia sama dengan Bahasa
> Indonesia amat melucukan. Itu hanyalah pendapat orang
> yang tidak kenal dan tidak pernah menggunakan bahasa
> baku.Apakah bahasa yang digunakan oleh TV3 itu sama
> dengan bahasa yang digunakan oleh TVRI? Jauh sekalu
> bezanya. 
> 
> Lebih mendukacitakan,perjuangan selama 11 tahun yang
> hampir mencapai matlamat menyatupadukan semua kaum di
> bawah satu bahasa kini cuba 'dibunuh'semata-mata
> kerana pengasasnya tidak lagi menjadi orang
> kerajaan.MALANG SUNGGUH BAHASAKU. 
> 
> PAK SHEIKH 
> 
> 
> =====
> COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
> http://im.yahoo.com
> 
>  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE 
HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE 
HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak 
menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-
Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi 
[EMAIL PROTECTED]                    )
>  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>
> 






___________________________________________________________________________
Sign up for Internet Access and Web Hosting at http://www.muslimsonline.net
Get free email and web pages at http://www.muslimsonline.com
___________________________________________________________________________

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bador Aris <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke