*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BEG SEKOLAH YANG MEMBERATKAN 
 
Oleh Isabella Hiew 

KUALA LUMPUR: Isu kanak-kanak sekolah terpaksa
menggalas beg buku yang berat bukan baru di Malaysia
tetapi sehingga ini ia masih berlarutan. 

Masalah itu sekali lagi ditimbulkan pada seminar
pendidikan pengetua sekolah-sekolah jenis kebangsaan
Cina di seluruh negara baru-baru ini. 

Berikutan itu, para pendidik dan kumpulan-kumpulan
yang prihatin telah merumuskan beberapa
"penyelesaian", antaranya ialah membahagi-bahagikan
buku teks kepada dua bahagian, memperkenalkan sistem
lokar dan perancangan jadual waktu yang lebih sesuai. 

Setiausaha Agung Kesatuan Profesion Perguruan
Kebangsaan (NUTP) N. Siva Subramaniam mengesyorkan
agar jadual waktu pembelajaran dirancang dengan
teliti. 

Ibu bapa bersetuju dengan saranan itu dan mengakui
bahawa jadual yang dirancang dengan kemas akan
mengurangkan jumlah buku yang perlu digalas oleh
kanak-kanak. 

Bagaimanapun, bekas seorang tokoh pendidik, Prof
Fatimah Hamid Don berkata: "Saya tidak faham bagaimana
menjadualkan semula jadual pembelajaran boleh membantu
mengurangkan beban yang perlu ditanggung kanak-kanak."


BUKU TEKS MENAMBAHKAN BEBAN 
Satu kajian yang dijalankan oleh Idris Alimuda,
Presiden Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan
Damansara Utama bersetuju dengan pandangan Prof
Fatimah. 

Katanya, jadual waktu yang kreatif belum tentu boleh
membantu, tetapi sebaliknya, guru yang cekap merancang
mungkin boleh meringankan beban anak-anak muridnya. 

Pada keseluruhannya, murid sekolah rendah tahun 1
hingga 3 menggunakan 10 buah buku teks selain buku
rampaian untuk seluruh mata pelajaran, iaitu dua bagi
Bahasa Malaysia, Inggeris, Matematik, Pendidikan
Moral/Agama dan Muzik, sementara tahun 4 hingga 6 pula
turut menggunakan buku Sains selain mata pelajaran
berkenaan. Selain itu murid-murid juga terpaksa
membawa buku latihan, kotak pensil serta pensil warna.


"Guru yang pandai merancang akan memaklumkan lebih
awal kepada murid-muridnya supaya membawa buku-buku
tertentu saja untuk pembelajaran," katanya. 

Dua faktor menyumbang kepada keberatan beban itu --
aspek fizikal buku yang berat dan guru yang tidak
kemas merancang. 

Nasihat Prof Fatimah ialah: "Bawa hanya buku yang
perlu dan tinggalkan yang lain-lain di rumah." 

Siva berkata, adalah lebih baik bagi murid-murid
meninggalkan saja buku teks di rumah kerana guru-guru
bergantung kepada buku kerja, bukan buku teks, ketika
mengajar. Beliau mendakwa kebanyakan buku teks
mengandungi "maklumat basi". 

Akibatnya, buku teks yang dicetak di atas kertas
bermutu tinggi menggunakan wang pembayar cukai,
tinggal tidak terusik pada akhir penggal persekolahan.


Beliau menggesa Kementerian Pendidikan supaya mengkaji
semula perkara itu dan jika wajar, menghentikan terus
penggunaan buku teks. 

Seorang bapa yang tidak mahu namanya disiarkan
menganggap buku teks sebagai "buku yang tidak
berguna". 

Jika demikianlah keadaannya, cadangan membahagikan
buku teks kepada dua bahagian nampaknya tidak perlu
lagi kerana ia hanya akan menyebabkan kos tambahan. 

BELAJAR MENGGUNAKAN LOKAR 
Satu kaedah yang pasti dapat mengurangkan jumlah buku
yang dibawa murid-murid ialah sistem "buku nota" yang
diamalkan oleh sebuah sekolah rendah terkenal di
bandaraya ini terbukti berkesan. 

Murid-murid akan menyalin kerja rumah harian di dalam
sebuah buku nota untuk semakan ibu bapa. Penggunaan
buku nota boleh diperluaskan untuk menulis senarai
buku yang perlu untuk pembelajaran pada hari
berikutnya. 

Pensyarah Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM),
Prof Hamdan Adnan, menyokong penuh penggunaan lokar.
Pelajar Malaysia boleh belajar menggunakan lokar
dengan berkesan agar mereka tidak perlu menggalas beg
yang sarat buku ketika ke sekolah. 

Fatimah yang juga bersetuju dengan penggunaan lokar
berkata, sistem itu mungkin agak mahal tetapi lokar
diperbuat daripada logam boleh tahan bertahun-tahun. 

Vandalisme mungkin satu masalah tetapi "jangan
dibiarkan soal itu menghalang kita daripada mencuba"
kerana "orang sering memetik bunga dalam taman awam,
tetapi itu tidak bermakna kita kena hentikan penanaman
pokok bunga di situ". 

Satu lagi pilihan ialah mengubahsuai meja murid agar
mereka boleh meninggalkan buku masing-masing di
sekolah di dalam laci yang berkunci. 

"Murid-murid hanya perlu membawa pulang buku-buku yang
perlu untuk kerja rumah," katanya. 

Era informasi sekarang mempunyai pelbagai lagi pilihan
bagi mengatasi masalah itu, termasuk penggunaan
internet atau pemancaran teks daripada komputer ke
atas layar besar yang dipasang di dalam kelas, ujar
beliau. 

"Kita banyak sekali bercakap tentang IT dan komputer
serta pelbagai inovasi yang boleh merevolusi
pendidikan. Jadi, kenapa kita masih lagi terikat
dengan buku teks?" tanya beliau. 

Pun begitu, beberapa pakar ortopedik berkata, daripada
segi kesihatan, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan
bahawa menggalas beg sekolah yang berat boleh
memudaratkan. 

Seorang perunding kanan ortopedik berkata, daripada
pengamalan perubatan selama 35 tahun, beliau belum
bertemu dengan kes di mana kanak-kanak menghadapi
masalah kesihatan kerana membawa beg yang berat. 
-- BERNAMA
  


=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to