KRISTIAN MENGIKUT PERSPEKTIF AL-QURAN

   DIFINISI DAN MAKSUD AGAMA

   Disediakan Oleh: UUM Student (Bachelor Of Public Administration)

   Banyak takrif yang telah dikemukakan aleh para ulamak dan sarjana Islam
   dalam mendifinisikan agama antaranya yang disebutkan dalam kitab " Syarah
   Al- Baijuri Ala Al- Jauharah " meletakkan kalimah agama sebagai apa sahaja
   perkara ( ajaran ) yang disyariatkan oleh Allah S.W.T melalui lidah para
   anbiya' dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan hukum .

   Manakala Al-Jarjani dalam kitabnya Al-Ta'rifat mentakrifkan sebagai
   perundangan Ilahi yang menyeru dan mengajak manusia untuk menerima apa
   sahaja yang datang dari Rasulullah s.a.w. Doktor Mohd Abdullah Draz
   Rahimahullah pula mentakrifkan agama sebagai satu i'tiqad kewujudan satu
   zat yang ghaib dan agung yang mempunyai kehendak serta pilihan, mampu untuk
   mentadbir dan menyusun hal-hal kemanusiaan

   Daripada pentakrifan di atas bolehlah kita membuat satu difinisi menyeluruh
   bahawa agama merupakan beberapa himpunan asas dan kaedah yang menetapkan
   sifat zat Allah yang wajib disembah dan himpunan kaedah secara amali yang
   menerangkan cara beribadah. Ianya merupakan qanun dan perundangan Ilahi yang
   membawa manusia untuk beri'tiqad dengan betul dan menyeru manusia agar
   berbudata dan berakhlak mulia.

   Ada juga sebahagian ulama' yang menyimpulkan bahawa agama merupakan hukum
   hakam yang dicipta oleh Allah ta'la bagi menggesa dan menyeru manusia untuk
   melakukan kebaikan diri demi untuk mendapatkan kebahagiaan yang abadi di
   akhirat serta ni'mat kehidupan dunia dengan apa yang dihalalkan oleh Allah
   ta'ala. Pentakrifan agama sepertimana di atas tidak termasuk agama ciptaan
   manusia seperti Hindu, Budha dan seumpamanya yang berteraskan kepada
   legenda, dongengan dan aqal
   semata-mata kerana pentakrifan di atas lebih tertumpu kepada suatu
   perundangan dari Allah yang berupa wahyu diturunkan kepada para abbiya' dan
   rasulnya.

   Walaubagaimanapun ada sebahagian pengkaji meletakkan takrif agama meliputi
   ajaran-ajaran samawi (Islam, Nasrani dan Yahudi ) dan agama wad'I yang
   dicipta oleh manusia berdasarkan kepada lagenda, dongengan dan khayalan (
   Hindu, Budha dan lain-lain). Walau bagaimanapun Allah s.w.t menegaskan
   hanya agama Islam sahajalah yang diakui dan diredhai sebagaimana firmannya
   :

   Ertinya : "Barangsiapa yang mencari selain dari Islam sebagai agama, maka
   ianya tidak akan diterima dan tergolonglah di akhirat daripada kalangan
   orang yang rugi" Surah Ali -Imran ayat 85.

   Firmannya lagi "Ertinya : " Ibrahim a.s telah berwasiat kepada anak-anaknya
   dengan agamanya dan Ya'qub: Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah
   memilih agama Islam untukmu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam
   keadaan muslim "

   Lantaran itulah agama yang benar-benar membawa manusia kepada kesejahteraan
   sejagat ialah Islam yang menyeru manusia agar menyempurnakan hak sesama
   Islam dan juga hak yang mesti diberikan kepada orang kafir yang bernaung di
   bawah pemerintahan negara Islam.

   Islam juga merupakan satu agama yang membawa manusia kepada ketenangan diri
   serta kebahagian hidup di dunia dan akhirat sebagaimana dalam firmannya :

   Ertinya : "Dan dialah yang menurunkan ketenangan di dalam hati-hati orang
   yang beriman untuk menambahkan keimanan mereka" Surah Al-Fath ayat 4 .

   Ia juga merupakan satu agama yang memartabatkan manusia sebagai makhluk yang
   mempunyai kemuliaan dan kehormatan. Ianya jelas disebutkan dalam Al-Quranul
   karim dengan firmannya :

   Ertinya : Sesungguhnya telah kami muliakan Bani Adam dan kami angkat mereka
   dengan kenderaan di darat dan di laut serta kami beri rezeki mereka dengan
   yang lebih baik dan kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang kami
   jadikan dengan kelabihan yang sempurna" Surah Al-Isra' ayat 70.

   Ia juga sebenarnya adalah satu agama yang membangunkan ruh manusia
   sehinggalah manusia itu mulia dan diredhai di sisi Allah . Malahan menjadi
   agama yang menekankan persoalan ketamadunan, kemajuan sains dan teknologi
   agar Islam dan umatnya tidak ketinggalan daripada bangsa dan agama lain. Ini
   suatu perkara yang penting kerana maklumat merupakan satu aset yang penting
   dalam kehidupan manusia .

   Ia merupakan perkara asas dalam penjanaan Ilmu dan pembangunan diri, bangsa,
   negara serta manusia.Kehadhiratn ternologi maklumat mampu untuk
   menyemarakkan lagi percambahan maklumat , malah ia menjadi cabaran kepada
   mereka yang tidak bersedia untuk menerima maklumat . Galongan ini pastinya
   akan ketinggalan dari segi Ekonomi kerana maklumat boleh menjadi lebih
   bernilai daripada wang .

   Dari aspek keselamatan, maklumat boleh menyelamat dan memenangkan sesebuah
   negara . Maklumat membolehkan perancangan dan strategi perniagaan diatur
   dengan rapi dalam perindustrian .Manakala proses pembanguna insan pula,
   maklumat membolehkan insan berinteraksi dengan persekitaran yang lebih luas.
   Disamping itu juga teknologi maklumat membolehkan manusia berhubung
   walaupun pada jarak dan kedudukan yang amat jauh. Dengan terdapatnya satelit
   samada yang berbentuk setempat
   (local set) ataupin interst, dunia menjadi semakin kecil .

   Islam membahaskan kesemua perkara ini hinggalah mencakupi bidang pendidikan
   , ekonomi , pembangunan industri dan juga hubungan antarabangsa . Dalam
   ertikata pembangunan insan pula , ia meliputi aspek ruh, nafsu, hati, akal
   dan intelek serta jasad agar tingkah lakunya dikawal oleh rohani yang bersih
   ..

   Islam juga membicarakan soal kenegaraan ,melantik pemimpin, membentuk
   kabinet atau jemaah menteri dan seumpamanya hinggalah negara itu berada
   dalam kesejahteraan dengan undang-undang yang mendapat keberkatan dari
   Ilahi.

   Perbahasan skop yang meluas dan globalisasi Islam sebagai agama universal
   jelas disebutkan dalam kitab Nazarat Fi Risalah At-Ta Ta'alim

   Yang bermaksud : Islam merupakan Satu undang-undang yang menyeluruh
   merangkumi kehidupan semuanya.Maka ia merupakan negara, tanah air,
   kerajaan, umah dan ia merupakan akhlak , kekuatan atau rahmat dan keadilan .
   Ia merupakan thaqafah, undang-undang, ilmu dan kehakiman, Ia juga adalah
   madah dan kekayaan atau usaha dan kekayaan .Ia juga adalah jihad, dan dakwah
   dan ketenteraan dan fikrah sebagaimana ia adalah aqidah yang benar dan
   ibadah yang sahih sana sahaja.

   Ayat ini membuktikan bahawa Islam adalah agama yang menyeluruh bahkan mampu
   membincangkan perkara-perkara yang bersangkutan dengan aqidah, Ibadah,
   akhlak, pembangunan insan, tamadun, kewujudan, sains, kekeluargaan dan
   seumpamanya . Lantaran itulah, sebenarnya Islam merupakan agama terunggul
   yang sewajarnya dianuti oleh semua umat manusia.

Kirim email ke